Sabtu, 7 Januari 2012

Bai'ah punca Hasan Ali tak keluar Pas tapi duduk dalam Pas baling taik merata

Saya siarkan kembali berita Malaysiakini bertarikh 13 November 2009 laporan Jimadie Othman yang bertajuk Pas akui wujud bai'ah laknat .Kini Umno yang dulunya kutuk Pas guna bai'ah meniru konsep bai'ah dalam Pas semasa persidangan Umno yang lalu.Dah puas Umno kutuk bai'ah dalam Pas dia tiru Pas.Ni perangai puak munafik dalam Umno dulu kini dan selamanya.Parti tolak hudud macam Umno pun nak buat bai'ah.Najib kata Malaysia tak akan laksana hudud.Ingat sampai bila-bila ayat ni.

Pas akui wujud bai'ah laknat-Malaysiakini

 Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahiwabillahiwatallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."


Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra(kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama.-M'kini


Sehingga kini dah masuk tahun 2012 dan bakal berdepan pru 13 tidak ada seorang pun calon Pas yang menang pilihanraya 2008 keluar Pas atau lompat parti.Ini kelebihan Pas yang tidak ada kepada mana-mana parti politik termasuk kawan dan lawan Pas.


Walaupun begitu syaitan dan iblis yang sentiasa menggoda manusia 24 jam tidak pernah putus asa supaya manusia tergoda dengan hasutan mereka.Sedangkan Nabi Adam A.S dan Hawa sendiri pun terpelanting ke dunia kerana tergoda dengan hasutan iblis inikan pulak kita manusia biasa.


Di Selangor bai'ah calon-calon Pas semasa pru 12 yang lalu mungkin berbeza sedikit hingga isteri boleh tercerai jika khianat kepada perjuangan Islam yang dibawa Pas.Adakah ini jadi punca Hasan Ali tidak keluar Pas takut-takut kesemua isteri-isterinya menjadi janda?Jika diberi pilihan sudah tentu si Hasan Ali sayangkan isteri-isterinya daripada Pas!Kalau dia sayangkan Pas dia tak akan buat pesta baling taik kepada Pas dan pemimpin Pas!


Untuk itu Hasan yang kini dilihat jadi liabiliti kepada Pas memulakan agenda lawan dan kutuk Pas supaya Pas pecat beliau daripada Pas.Tapi apa yang berlaku adalah disebaliknya.Pemimpin Pas maafkan Hasan Ali walaupun dia kutuk agenda Negara Berkebajikan Pas malah pemimpin tertinggi Pas gesa supaya ahli Pas pakat buat kenduri kerana Hasan Ali tarik balik apa yang beliau kata kepada agenda Negara Berkebajikan Pas.Nampaknya harapan Hasan Ali supaya Pas pecat beliau tak kesampaian walaupun kini ahli-ahli Pas tengok muka Hasan macam nak makan.Mungkin juga Pas tak pecat Hasan Ali kerana dia bukan Khalid Samad yang pernah digantung enam bulan daripada sebarang jawatan dalam parti oleh jawatankuasa disiplin Pas.Mungkin kini depa yang hukum Khalid rasa menyesal kerana lihat gelagat Hasan Ali yang kini semakin naik tocang.Hasan Ali dilihat bawa agenda sendiri bukan lagi agenda parti.


Setelah Hasan Ali melihat Pas tak pecat beliau maka Hasan pun cuba sesuatu yang baru dengan berkata beliau takkan hadir himpunan 901 kerana itu masalah peribadi Anwar dan seru semua mahasiswa jangan hadir tumpu kepada peperiksaan.Kata-kata Hasan ini telah menjadi konflik dalaman antara Pas-PKR yang sudah tentu menggembirakan kawan-kawan Hasan Ali dalam Umno.Dah puas baling taik kat Pas tapi dimaafkan dia baling taik pulak kat PKR.


Adakah Hasan Ali ada rahsia besar yang diketahuinya hinggakan Pas tak boleh nak buat apa lagi kepada Hasan Ali?
Berkaitan;
 Kenyataan Hasan Ali menghina Presiden Pas, kata Mahfuz-Themalaysianinsider
Azmin gesa Pas ambil tindakan terhadap Hasan Ali-Keadilandaily.com
901;Sayan akan hadir ahli terserah-Presiden Pas-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan