Sabtu, 7 Januari 2012

Mari kita baca kenyataan penuh Anwar dari kandang tertuduh sebagai sumber maklumat Ogos 2011

Anwar Ibrahim sudah pun didapati tidak bersalah pada tarikh 9-1-12.Sebagai sumber maklumat saya siarkan kembali apa yang Anwar cakap dari kandang tertuduh pada 22 Ogos 2011.Dalam hujah Anwar ini ada disebut penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes yang dihadapi beliau.Ini adalah versi bahasa Melayu.Versi bahasa Inggeris ada di sini.

DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN
PERBICARAAN JENAYAH NO: 45-9-2009

PENDAKWA RAYA
LAWAN
DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

KENYATAAN DARI KANDANG MAHKAMAH 22 Ogos 2011
Nama saya Anwar Bin Ibrahim. Saya adalah Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Pada tahun 1990-
an, saya merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehinggalah saya
dipecat pada September 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad
setelah saya enggan meletak jawatan. Beliau telah memberikan kata dua kepada saya samada meletak
jawatan serta-merta atau berdepan dengan akibat buruk termasuklah pertuduhan jenayah bagi
salahlaku seks dan tuduhan rasuah.
Saya enggan tunduk kepada ugutan tersebut dan segala-galanya bergejolak. Penyingkiran saya secara
zalim dan mengaibkan dirancang serentak dengan serangan ganas media yang dikuasai sepenuhnya oleh
Dr. Mahathir. Peristiwa ini meledakkan demonstrasi secara besar-besaran di seluruh negara dan
mencetuskan gerakan pembaharuan (islah) yang dikenali dalam sejarah negara kita sebagai era
Reformasi.
Selepas beberapa siri perbicaraan pameran dan palsu yang telah mengenepikan undang-undang serta
keterangan dan tatacara jenayah yang dicabuli sewenang-wenangnya oleh pihak pendakwaan dan
mahkamah, saya telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun.

TUDUHAN TERHADAP SAYA
Saya secara tegas menafikan tuduhan terhadap saya. Dengan penuh yakin saya ingin menyatakan pada
mana-mana ketika bahawasanya saya tidak pernah melakukan sebarang perlakuan seks dengan
pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tanpa sebarang keraguan saya menegaskan bahawa dakwaan
beliau adalah satu fitnah jahat dan satu pendustaan keji.
Dakwaan ini merupakan satu cubaan keji dan hina untuk menjatuhkan nama baik saya dan mengaibkan
maruah keluarga saya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja
termasuk ugutan penjara untuk 20 tahun lagi. Namun percayalah saya tidak akan menyerah dan
dengarlah ikrar saya, mereka tidak akan dapat menundukkan saya untuk sujud mengalah. Malah ia akan
memperteguh keyakinan untuk meneruskan perjuangan sehingga kebenaran terserlah akhirnya. Betapa
sekalipun badai melanda, namun menyerah tidak sekali.

Merujuk Jean Racine, penyair agung Perancis dalam karya beliau, Phaedra:
“Kalian harus tahu bahawa saya tidak sedikit pun gentar dengan kezaliman yang kalian lakukan bahkan
ianya memperkukuh tekad untuk memelihara maruah diri dan nama baik saya.”
Insha-Allah, saya sedia pertahankannya dengan jiwa raga saya. Kata-kata Nelson Mandela yang
diungkapkan dari kandang mahkamah ketika perbicaraan sumbang dan palsu yang terkenal sebagai
“Perbicaraan Rivonia 1963” di bawah rejim Apartheid:
“Saya telah berjuang menentang ketuanan kulit putih dan saya telah menentang ketuanan kulit hitam.
Saya mengidamkan kewujudan masyarakat demokratik dan merdeka di mana rakyat dapat hidup
bersama-sama dalam suasana harmoni dengan peluang yang setara. Ia merupakan cita-cita murni yang
saya perjuangkan dalam kehidupan ini namun jika terpaksa, saya sanggup mati demi
mempertahankannya.”
Pada tahun 1998, dengan mata ditutup dan tangan digari, saya telah dibelasah kejam oleh Ketua Polis
Negara dan dibiarkan terdampar hampir mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman. Alhamdulillah, masih terdapat beberapa orang anggota polis yang menunjukkan simpati dan
prihatin cuba membantu saya pada ketika itu setelah kecederaan parah.
Kemudiannya, terdedah muslihat untuk menutup kes tersebut oleh Abdul Gani Patail (kini Peguam
Negara) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara tatkala saya didakwa dalam pertuduhan kini). Perkara ini
dilakukan dengan pengetahuan Dato’ Yusuf Zainal Abidin, ketua pihak pendakwaan dan beliau turut
bersubahat dengan mereka.
Semua nama-nama tersebut terkait secara langsung ataupun tidak langsung dengan perbicaraan
pameran dan palsu 1998. Muslihat mereka bertambah dahsyat manakala mereka bersekongkol
menyembunyikan keterangan bersabit skandal mata lebam dan percubaan menghalang proses
pengadilan. Kesemua mereka ini merupakan orang-orang yang sama terlibat dengan giatnya dalam
pendakwaan terhadap saya. Seperti mana yang disebut, res ipsa loquitur (sudah terang lagi bersuluh),
namun dalam hal ini, saya tidak berbicara tentang kecuaian tetapi pembuktian jenayah dalam
perancangan jahat dan konspirasi “paling keji”.

Keadaan sedemikian memaksa saya memilih untuk membuat kenyataan dari kandang mahkamah. Dan
dalam kenyataan ini, saya dengan sedaya upaya melafazkan dengan benar untuk menangkis fitnah,
penipuan dan muslihat jahat yang telah dikisahkan selama ini. Memetik Shakespeare:
“Dan mari kami gegarkan ke telinga kamu sekali lagi,
Setelah sekian lama terlindung daripada ceritera kami...”
Sejak dari awal lagi perbicaraan ini dinafikan padang sama rata malah dikendalikan secara tidak saksama
kendati kuasa dan muslihat pendakwaan.
Pihak Pendakwaan Gagal Melaksanakan Tugas Dengan Profesional
1) Meskipun hal yang dianggap biasa dalam prosiding jenayah tidak terpenuhi dalam kes saya, pihak
pendakwaan tuntas enggan menyerahkan bahan-bahan penting buat pembelaan saya, termasuk:
a) senarai saksi pendakwaan;
b) nota pemeriksaan utama yang dicatat oleh pegawai perubatan mengenai pengadu di Hospital
Kuala Lumpur (HKL);
c) kenyataan saksi (termasuk pengadu) dan;
d) sampel forensik dan bahan-bahan untuk pemeriksaan dan pengesahan yang bebas.
Semua ini telah menyebabkan asas pembelaan saya terbatas malah menyebabkan ketidakadilan
yang parah. Secara waras, satu-satunya kesimpulan yang dapat dirumuskan seseorang itu daripada
kedegilan pendakwa dalam tindakan jahat ini bahawasanya terdapat muslihat tangan-tangan
tersembunyi dan pastilah ianya bertentangan dengan perintah Tuhan.
2) Kegagalan Yang Arif untuk menegur kenyataan pihak yang bermusuh dengan saya yang mengulas
mengenai aspek-aspek perbicaraan ini dengan maksud menghina dan mengaibkan saya. Perkara
tersebut termasuklah persoalan sama ada saya patut memberi sampel DNA atau tidak; menyalahkan
pihak pembelaan kononnya sengaja melengahkan prosiding ini; dan menghebahkan maklumat yang
tertakluk atas perintah larangan. Ulasan-ulasan umum ini telah dibuat tanpa menghiraukan perintah
Yang Arif.

Ulasan tersebut dibuat oleh para pemimpin tokoh politik UMNO, termasuk Dato’ Sri Najib dan
dirancang melalui kawalan media cetak dan elektronik seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The
New Straits Times dan TV3. Singgungan yang berterusan oleh Perdana Menteri dan pemimpin
UMNO dalam media dan sanggahan negatif mengenai perkembangan perbicaraan jelas bermaksud
mempengaruhi Yang Arif dan menggambarkan motif politik di sebalik pertuduhan itu.
3) Tindakan terbaru secara angkuh pada hari Selasa dan Rabu lalu di TV3 yang menyiarkan rakaman
wawancara pengadu menyebut perkara-perkara yang jelas menghina prosiding berkenaan
perbicaraan ini. Secara khusus, gambaran pengadu sebagai mangsa yang merupakan seorang
Muslim yang warak dan bertaqwa yang bersedia mengangkat sumpah (mubahalah) dengan
menggunakan kalimat dari Al-Quran.
4) Tetapi kebenaran terserlah ketika perbicaraan ini sedang berlangsung. Si pengadu yang sudah
bertunang tanpa malu berselingkuh dengan anggota pasukan pendakwaan. Selain hubungan sulit ini
menjejaskan kewibawaan pasukan pendakwa, topeng keluhuran budi pekerti si pengadu hancur berkecai disebabkan terdedah skandal hubungan sulit dengan pendakwaraya wanita yang juga
merupakan tunangan orang.
5) Kendati begitu, si pengadu dengan bantuan seluruh jentera dakyah UMNO dan media mereka telah
mencanangkan fitnah terhadap saya. Hakikatnya kesemua usaha ini dibuat untuk menghina saya
dengan perkiraan mempengaruhi perjalanan prosiding dan mengancam saksi-saksi perbicaraan ini.
Di sebalik kesemua pencerobohan ketara ini, Yang Arif tuntas gagal bertindak terhadap sebarang
tindakan menghina mahkamah.
Kewajipan suci seorang hakim tidak sekadar bersemayam di atas kerusi tetapi melaksanakan
tanggungjawab termasuk mengeluarkan notis terhadap sesiapa saja yang mencabar kewibawaan
keadilan. Saya teringatkan bidalan Latin:
“Judex Habere Dabet Duos Sales, Salem Sapicutiae, Ne Sit Insipidus, Et Salem Conscientiea, Ne Sit
Diabolous” (Seorang hakim harus mengecap dua garam, garam kebijaksanaan; seandainya tawar dan
garam suara nurani, seandainya dia terjebak ciri syaitan).

Jawatan seorang hakim merupakan antara yang paling mulia di negara ini. Hakim ialah suara penggubal
undang-undang dan badan untuk melaksanakan keadilan. Beliau memastikan keseimbangan di antara
eksekutif dan rakyat.
Malah yang paling utama sekali dalam menjalankan tugasnya, seorang hakim wajib insaf akan perintah
Allah:
“...jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih
hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.” – (Surah Al-Maidah : 8)
Ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1942, dalam Liversidge lawan Anderson, Lord Atkin
berkesempatan untuk menegaskan dalam House of Lords:
Salah satu tunggak Kebebasan yang telah diterima pakai sekian lama bahawa seorang hakim itu tidak
selayaknya mengagungkan mana-mana individu serta berada di kalangan subjek dan sebarang
menghalang sesiapa sahaja termasuk percubaaan menceroboh oleh penguasa terhadap kebebasan
beliau. Maka waspadalah terhadap apa juga tindakan paksaan yang diwajarkan undang-undang.”
Merujuk kepada kes saya, Yang Arif sesungguhnya telah menyaksikan sikap permusuhan pihak
pendakwaan dan sesungguhnya ianya tidak mengurangkan bidang kuasa Yang Arif terutama demi
memelihara kewibawaan mahkamah dari terus dihina. Malangnya kami merasa bingung mengapa Yang
Arif memilih untuk tidak berbuat demikian. Apa yang berlaku bukanlah tradisi terbaik badan kehakiman.
Dalam perbicaraan pembunuhan Banting sekarang ini, Yang Arif Datuk Akhtar Tahir mengambil
tanggungjawab untuk memanggil penerbit televisyen tempatan atas klip yang ditayangkan semasa slot
Buletin Utama yang berkaitan dengan pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Dato’ Sosilawati
Lawiyah dan tiga yang lain. Keratan laporan akhbar dilampirkan bersama. Yang Arif Datuk Akhtar Tahir
dengan berani memperlihatkan kegigihan kehakiman atas nama hak asasi dan memenuhi syarat penting
perbicaraan yang adil.

Lebih menakjubkan, manakala skandal Timbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latiff terdedah mempunyai
hubungan sulit dengan Mohd Saiful Bukhari tidak langsung diambilkira oleh Yang Arif. Perilaku sumbang
tersebut sewajarnya memaksa Yang Arif bertindak lantaran ia menjejaskan hak saya dibicara secara adil.
Sebagai salah seorang anggota pasukan pendakwaan, Farah Azlina Latiff akan mempunyai maklumat
berkaitan kertas siasatan justeru Mohd Saiful Bukhari akan – menerusi hubungan sulit ini – akan
memperolehi semua kenyataan yang diberikan saksi-saksi, termasuk saksi alibi saya.
Yang Arif malah tidak menyanggah Farah Azlina Latiff kerana mengadakan hubungan sulit dengan Mohd
Saiful Bukhari. Apa yang telah dilakukan hanyalah membawa keluar Farah Azlina Latiff daripada pasukan
pendakwaan atas permintaan pendakwa yang sekaligus mengesahkan secara terbuka kewujudan
hubungan terlarang itu. Farah Azlina Latiff tidak menafikan dakwaan yang dikenakan terhadap beliau.
Begitu juga Mohd Saiful Bukhari tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk menafikan hubungan
jelek itu.
Peguam Negara telah secara terbuka menyatakan sebab-sebab yang akan diberikan kemudian terhadap
hubungan sulit tersebut. Namun sehingga kini belum terdapat sebarang penjelasan disediakan meskipun terdapat maklumat di sebaliknya.Yang Arif di akhir kes pendakwaan memutuskan bahawa kesaksian
Mohd Saiful Bukhari adalah benar dan berwibawa. Saya petik kenyataan Yang Arif seperti berikut:
“Tiada satu pun daripada pemeriksaan balas yang panjang ke atas Mohd Saiful Bukhari atau
daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan lainnya yang boleh ditafsirkan bahawa keterangan
Mohd Saiful Bukhari sebagai sesuatu yang meragukan. Saya menemukan keterangan Mohd Saiful
Bukhari sebagai kukuh. Beliau telah dengan benar dan tanpa menokok tambah atau memperbesarbesarkan
keterangan yang diceritakannya secara terperinci setiap minit bagaimana beliau telah
diliwat ole tertuduh pada tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam pertuduhan. Saya mendapati
beliau seorang saksi yang benar dan keterangannya adalah berwibawa serta seandainya diterima
akan mengukuhkan kesemua fakta-fakta yang diperlukan untuk membuktikan dakwaan terhadap
tertuduh.”
Para peguam saya menegaskan Yang Arif telah dengan ini menghakimi saya dari awal lagi sebelum
pengadilan sebenar. Yang Arif sepatutnya hanya memutuskan keabsahan keterangan akan siapakah
yang bercakap benar pada saat penggulungan pembelaan, di mana saya dijangka akan memberi
keterangan secara bersumpah. Para peguam saya tidak pernah, pada bila-bila masa pun merujuk kepada
petikan di atas secara berasingan. Mereka menumpukan perhatian terhadap perkara nyata sama ada
saksi itu benar atau tidak, akan diputuskan pada penggulungan hujah kes pembelaan.Peruntukanperuntukan

dalam Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah menyediakan panduan kepada seorang hakim
tetapi ia tidak dipatuhi. Seksyen tersebut perlu diulangi di sini. Ia menyatakan:
“Pada penggulungan perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang
dikemukakan sebelumnya dan hendaklah memastikan sama ada pendakwaan telah membuktikan
kesnya melampaui keraguan munasabah.”
Berdasarkan apa yang dihuraikan di atas, saya sesungguhnya telah dinafikan ruang membela diri secara
keterangan bersumpah. Bermakna tindakan tersebut gagal memastikan saya mendapat perbicaraan
yang adil serta menjamin kesaksamaan.

Mahkamah Rayuan Bertindak Sumbang
Permohonan saya ke Mahkamah Rayuan supaya Yang Arif menarik diri atas alasan membuat
penghakiman awal yang akan mengakibatkan penghakiman berat sebelah telah pun didengar pada 6
Julai 2011. Satu salinan perintah tersebut dilampirkan bersama-sama ini. Tiada penghakiman bertulis
dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Julai lalu. Rayuan tersebut telah ditolak sekaligus berdasarkan
bantahan awal pihak pendakwaan bahawa rayuan tersebut bukannya satu perintah muktamad.
Demikian alasan yang diberikan mahkamah terbuka. Tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang dari
itu. Mahkamah Rayuan malah mengambil masa tidak lebih dari lima minit untuk melupuskan rayuan
tersebut.
Anehnya tanpa pengetahuan saya atau para peguam saya, pada waktu yang sama terdapat
penghakiman setebal 40 halaman atas nama Yang Arif Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak juga
bertarikh 6 Julai 2011. Satu salinan penghakiman itu dilampirkan bersama-sama kenyataan ini.

Persoalannya ialah, mengapa Mahkamah Rayuan tidak membaca 91 perenggan keputusan penghakiman
bertarikh 6 Julai pada hari tersebut? Jelas sekali, penghakiman tersebut berada di tangan beliau pada 6
Julai tetapi secara rahsia telah disembunyikan daripada pengetahuan saya dan awam. Surat bertarikh 11
Ogos 2011 kepada para peguam saya beserta satu salinan penghakiman turut dilampirkan dalam
kenyataan ini. Seperti biasa, Yang Arif pastinya memperolehi manfaat membaca penghakiman tersebut
yang pastinya akan tambah memburukkan lagi sikap berat sebelah Yang Arif terhadap saya.
Penghakiman tersebut merupakan satu serangan terbuka terhadap saya dan akan saya rujuk
selanjutnya. Memadai ditegaskan kini bahawa penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut yang ditulis
selepas 6 Julai 2011 dan mengandungi kritikan keras terhadap saya tanpa peluang untuk menjawabnya.
Ini menimbulkan persoalan: rayuan itu telah ditolak in limine (segera), berdasarkan alasan bahawa
keputusan Yang Arif tersebut itu bukanlah ‘perintah muktamad’. Sepatutnya perkara itu telah berakhir
kerana ia akur bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melayan rayuan itu. [Yang Arif Datuk
Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak membisu semasa penghujahan terhadap bantahan awal]. Penghujahan
penghakiman tersebut tidak menyentuh alasan dan faktor lainnya. Itu saja keputusan Mahkamah
Rayuan pada 6 Julai lalu tanpa menambah sedikit pun. Bantahan awal tersebut dirujuk, tetapi tidak sebagai bahagian utama penghakiman. Bahagian utama penghakiman itu melangkau lebih jauh lagi. Ia
sekadar digunakan untuk menyerang saya.
Jika begitu, mengapa Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap
saya sepanjang penghakiman tersebut? Beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian
malah ini merupakan penyalahgunaan kuasa kehakiman ketara atau sebenarnya satu muslihat
mengampu penguasa politik? Tidak ada lagi hujah munasabah untuk menjelaskan mengapa beliau
melancarkan serangan keji terhadap saya dengan menyatakan dalam perenggan seperti berikut:
[5] Kes ini akan tercatat dalam sejarah. Ia akan tersenarai sebagai satu-satunya kes di dalam negara
kita atau dalam lingkungan negara-negara Komanwel di mana perayu selaku tertuduh secara
berterusan dan konsisten memfailkan satu demi satu permohonan untuk menggugurkan hakim
perbicaraan daripada terus mendengar dan menyambungkan pendengaran perbicaraan liwat
yang sedang berlangsung.
[6] Si perayu seolah-olah mencuba sedaya upaya melengahkan perbicaraan kes liwatnya atas alasan
yang hanya diketahui oleh dirinya sendiri, ini mengecewakan pihak pendakwa dan menimbulkan
kejengkelan masyarakat awam.
[15] Ia merupakan suatu kritikan yang tidak munasabah [terhadap hakim yang arif] bermaksud untuk
menipu dan mengelirukan masyarakat awam. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi sentiasa
sukar untuk mewajarkan.
[18] Adalah amat sukar untuk kami menerima Notis Usulan yang difailkan berdasarkan kepercayaan
tulen bahawa hakim perbicaraan bersikap tidak adil terhadap perayu.
[49] Pertuduhan diperihalkan secara jelas apa yang dilakukan perayu kepada Mohd Saiful Bukhari Bin
Azlan [SP1]. [Adalah prinsip asas dalam undang-undang bahawa keterangan, bukan pertuduhan,
yang akan membuktikan kesalahan].
[50] Perbicaraan ini dilengah-lengahkan tanpa kewajaran. Ia mendapat liputan luas media.
[56] Setelah memaparkan sikap jelik yang bercanggah dengan etika kehakiman, Datuk Haji Abdul
Malik Bin Haji Ishak kini tanpa segan silu berleter mengenai kewibawaan sistem kehakiman yang
baik. Namun apa yang kedengaran tidak lebih dari suara sumbang berat sebelah:
“Prasyarat sistem kehakiman yang baik adalah kebebasan dan tidak berat sebelah. Bagi sistem
kehakiman yang kukuh dan berkesan, kesaksamaan para hakim amatlah penting. Namun tidak
dinafikan bahawa keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman juga dibentuk dan diacu
melalui penampilan.”
Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak telah meremehkan penghakiman hakim-hakim di Mahkamah
Rayuan termasuk Richard Malanjum, kini Hakim Besar (Sabah dan Sarawak). Walaupun dia tidak
mempunyai bidangkuasa untuk berbuat demikian. Singgungan tersebut jelas bermaksud menghina
mereka apabila menyatakan:

[72] Rowstead tidak menganggap “bahaya sebenar berat sebelah” sebagai hujah dalam menentukan
sama ada JC yang arif sepatutnya menarik dirinya sekalipun Mahkamah Persekutuan telah awalawal
lagi menggunakan hujah tersebut dalam kes berikut:
(a) Majlis Perbandaran Pulau Pinang lwn Syarikat Bekerjasama-sama Serbaguna Sungai
Gelugor dengan Tanggungan [1993] 3 MLJ 1, FC; dan
(b) Mohamed Ezam bin Mohd Nor & lain-lain lwn Ketua Polis Negara [2002] 1 MLJ 321,
FC
[73] Berikutnya cadangan Rowstead bahawa permohonan penarikan diri hakim untuk didengar oleh
seorang hakim lain adalah agak radikal. Kami menegaskan permohonan penarikan diri dalam kes
seperti ini, wajar didengar di peringkat permulaan oleh hakim perbicaraan, selanjutnya oleh
mahkamah ini.
[74] Rowstead tidak membuat pertimbangan atau mengambilkira Seksyen 3 dari Akta Keadilan
Jenayah (CJA) yang dibaca bersama Seksyen 50(1)(a) CJA dan Penyata Penjelasan tambahan.
[75] ‘Permohonan penarikan diri yang disebut di dalam Notis Usul mengambilkira perbicaraan

panjang yang dan memperlihatkan muslihat si perayu di setiap sudut dan sisi dalam usahanya
untuk menjejaskan perjalanan kes perbicaraan jenayah pihak perayu bagi suatu kesalahan
meliwat SP1. Kes ini adalah ibu kepada semua perbicaraan di Malaysia.
[Sesungguhnya saya berhak untuk menggunakan kesemua ruang perundangan yang ada. Tidak
terdapat sebarang usaha untuk dari mana-mana pihak untuk menghalang saya dari berbuat
demikian dengan memohon suatu perintah bagi mengisytiharkan saya terlibat dalam tuntutan
guaman yang mendangkalkan.]
Seperti yang dirujuk sebelumnya dalam kenyataan ini, Yang Arif pastinya berpeluang membaca
penghakiman ini setelah ia diedarkan melalui surat bertarikh 11 Ogos 2011. Ini bermakna Datuk Haji
Abdul Malik Bin Haji Ishak mendakwa saya sebagai berperibadi buruk.
Berdasarkan perkara tersebut , apakah mungkin saya dijamin dibicarakan secara adil atau seolah-olah
mendapat imbasan perbicaraan yang adil? Lantaran itu hakim sekarang terheret memperkukuh sikap
berat sebelah terhadap saya?

Apakah munasabah untuk saya memberi keterangan bersumpah apabila Timbalan Pendakwa Raya
memiliki penghakiman yang sama yang boleh digunakan terhadap saya dalam pemeriksaan balas? Yang
Arif tidak boleh mengenepikan apa yang telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak
dalam penghakiman bertarikh 6 Julai 2011 memandangkan ianya suatu penghakiman yang panjang.
Sesungguhnya ini adalah satu skandal!
Tambahan pula, mengapa penghakiman tersebut tidak dibacakan di mahkamah terbuka meskipun ia
ditulis selepas tengah malam pada 5 Julai 2011, supaya saya dapat membalas dan mematahkan
kesemua dakwaan yang dibuat oleh Datuk Haji Abdul Malik Bin Haji Ishak terhadap saya?
Prinsip asas dalam perundangan adalah seseorang tidak harus dihakimi tanpa diberi peluang pembelaan.
Tiada sesiapa menyangkal hakikat tersebut. Seawal 12 Ogos 1999, Mahkamah Persekutuan, mahkamahtertinggi di tanah air ini dalam Insas Bhd dan Anor lwn Ayer Molek Rubber Company Bhd dan lain-lain,
selepas merujuk sumber undang-undang berkaitan persoalan tersebut, memutuskan:
‘Singgungan menyelar Mahkamah Rayuan terhadap Mahkamah Tinggi, pemohon dan peguam mereka
patut dilupuskan dari penghakiman Mahkamah Rayuan, kerana ia menjurus untuk mengheret dan
mencemar seluruh pentadbiran undang-undang. Penghakiman harus berteraskan hukum dan tidak
wajar menyimpang daripada kewarasan, kesederhanaan dan berhemah. Ia juga tidak seharusnya
memaparkan emosi dan hilang pertimbangan seperti yang dipaparkan dalam penghakiman Mahkamah
Rayuan.’
Merujuk kepada kes di Mahkamah Agung India, State of Pradesh lwn Mohd Naim, Mahkamah
Persekutuan mengambil kira penghakiman tersebut;
‘Seandainya terdapat satu teras dalam pentadbiran keadilan, ianya adalah perkara berikut: kebebasan
para hakim mesti dikekalkan dan mereka mesti dibenarkan untuk melaksanakan tugas secara bebas,
tanpa rasa takut dan tanpa campur tangan sesiapa pun termasuk oleh mahkamah ini. Pada masa yang
sama, tatkala menyatakan pendapat mereka, para hakim dan majistret mesti didasari pertimbangan
keadilan, kesaksamaan dan kekangan diri. Sering berlaku manakala kenyataan yang terlalu umum
didapati bercanggah dengan tujuan asal ianya dibuat. Prinsip kehakiman mengakui bahawa kenyataan
menyelar individu atau penguasa sewajarnya diberi pertimbangan oleh mahkamah sekiranya : (a) Pihak
yang dibicarakan atau kelakuannya masih dalam pertimbangan mahkamah mempunyai peluang untuk menjelas atau membela dirinya; (b) sama ada terdapat keterangan jelas mengenai tingkah lakunya yang
mewajarkan kenyataan tersebut dikeluarkan dan (c) sama ada ianya perlu untuk maksud membuat
keputusan kes itu, sebagai sebahagian daripadanya, untuk mencela perilaku tersebut. Juga diakui
bahawa pengumuman kehakiman mestilah berdasarkan hukum dan biasanya tidak menyimpang
daripada kewarasan, kesederhanaan dan berhemah.’
Dalam kes Insas, Mahkamah Persekutuan menerima pakai apa yang disebut dalam AM Mathur lwn
Pramod Kumar Gupta & lain-lain tatkala menolak semakan petisyen lemah yang mengandungi kata-kata
menghina terhadap Encik AM Mathur, peguam kanan dan juga mantan Ketua Peguam Negeri.
Mahkamah justeru memperakui,‘Kekangan dan disiplin kehakiman diperlukan untuk pentadbiran keadilan yang teratur sepertimana
keberkesanan pasukan tentera. Kewajipan kekangan, merendah diri dalam menyempurnakan tugas
harus menjadi tema malar segar kepada para hakim kita. Mutu penghakiman adalah penting seperti juga
langkah mempertahan kebebasan badan kehakiman. Kekangan kehakiman dalam hal ini mungkin lebih
baik dikenali sebagai rasa hormat kehakiman, iaitu rasa hormat oleh badan kehakiman. Rasa hormat
kepada orang-orang yang dihadapkan ke mahkamah serta lain-lain institusi negara; pihak eksekutif dan
badan perundangan. Sewajarnya terdapat sikap saling hormat menghormati. Apabila teras ini gagal
dipertahan atau apabila pengadu dan orang awam percaya bahawa hakim berkenaan telah gagal dalam
memelihara prinsp-prinsip tersebut; ia akan menjejaskan kewibawaan para hakim mahupun proses
kehakiman. Sesungguhnya jawatan hakim amat berkuasa. Para hakim bukan sahaja mempunyai kuasa
untuk membuat keputusan mengikat, keputusan mereka mengabsahkan penggunaan kuasa oleh
pegawai lainnya. Para hakim mempunyai kuasa muktamad dan kuasa tersebut tidak boleh dipertikai.
Namun mereka tidak boleh menyalahgunakan kuasa mereka dengan ulasan keterlaluan, teguran kasar
yang tidak sopan mengkritik peguam dan saksi-saksi. Kami akui bahawa mahkamah mempunyai kuasa
untuk bertindak dengan bebas berdasarkan keyakinan mereka terhadap sebarang perkara yang
dikemukakan kepada mereka untuk diputuskan, namun menjadi prinsip umum bahawa demi menjamin
keluhuran pentadbiran keadilan, maka dihalang membuat kenyataan menghina terhadap individu atau
pihak berkuasa yang di dalam pertimbangan melainkan jika ia benar-benar perlu untuk membantu
keputusan mahkamah dengan menyinggung perlakuan mereka.’

Ketua Hakim India, Bhagwati dalam State of Madya Pradesh & lain-lain lwn Nandlal & lain-lain, tatkala
menolak keras kecaman hakim, menyatakan:
‘Sebagai kesimpulan kita boleh perhatikan bahawasanya para hakim tidak harus menggunakan bahasa
yang kesat dan leteran mengutuk dalam mengkritik kelakuan pihak-pihak atau saksi-saksi mereka.
Mereka mesti bertindak dengan waras, sederhana dan kekangan diri. Mereka harus tawaduk mengakui
mereka bukanlah serba sempurna dan apa-apa kecaman keras dan cacian yang dilemparkan oleh
mereka terhadap mana-mana pihak boleh disalah anggap serta tidak wajar dan tidak berasas. Justeru
mereka boleh menyebabkan kemudaratan serta mengakibatkan ketidakadilan. Dalam kes ini,
pemerhatian yang dibuat dan kecaman yang dinyatakan oleh Bam Lal J sama sekali tidak berasas dan
tidak munasabah dan tidak wajar dibuat.’
Maka dalam keadaan sedemikian, bagaimana mungkin saya memberikan keterangan bersumpah?
Tatkala mengeluarkan perintah agar saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan untuk
ditemuduga di mahkamah, Yang Arif telah secara terbuka dalam mahkamah ini memberikan ruang
mudah kepada saksi-saksi tersebut bahawa mereka boleh menolak untuk ditemuramah. Ini menjejaskan
proses keadilan. Yang Arif melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seseorang yang
memikul amanah menegakkan keadilan. Malah, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak dan isterinya
Datin Sri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan SAC Dato’ Rodhwan Ismail
yang dipaparkan sebagai berperanan penting dalam keterangan SP1 datang ke bilik temuduga
mengulangi hujah yang sama iaitu, “Kami tidak bersedia untuk ditemubual”. Perdana Menteri malah
menyebut Yang Arif mencadangkan kemungkinan tersebut. Oleh kerana mereka merupakan saksi
penting, pihak pembelaan terpaksa memilih untuk mengeluarkan perintah sapina untuk memaksa
mereka hadir ke mahkamah. Keputusan Yang Arif itu memaksa saya untuk tidak memberi keterangan
secara bersumpah. Saya tegaskan sesungguhnya saya terlah bersedia dan sanggup memberikan
keterangan bersumpah, akan tetapi kecacatan yang dipaksakan ke atas saya, di mana tatacara Yang Arif
mengendalikan perbicaraan ini dan bagaimana penghakiman Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Julai 2011
yang telah sampai ke pengetahuan Yang Arif berkenaan perkara yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Sesungguhnya perbicaraan saya ini suatu konspirasi politik dan sewajarnya Yang Arif tidak terjerumus ke
dalam kancah dengan mencadangkan saksi-saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan boleh
menolak untuk ditemuduga. Ini bukan dalam bidangkuasa Yang Arif untuk mencadangkan sedemikian.
Saksi alibi saya yang telah dimaklumkan kepada pihak pendakwa juga tersenarai dalam senarai saksi
pendakwa yang tidak dibekalkan kepada peguam pembela. Mereka adalah saksi alibi pembelaan. Saya
dimaklumkan hal ini pertama kali berlaku.
Malah pemilik unit 11-5-2, Haji Hasanuddin Abd Hamid telah diganggu secara berterusan di mana
kenyataan beliau telah dirakam selama tiga puluh jam. Perkara ini dijelaskan apabila beliau telah
ditemubual oleh para peguam di hadapan saya. Siasatan polis telah dengan sengaja merencat
pembelaan saya.

Ianya suatu persendaan tatkala pihak pendakwaan menawarkan pada penggulungan kes mereka
seorang saksi alibi bernama Fitria Binti Dipan tetapi menurut pengakuan mereka sendiri tidak dapat
dikesan!
DAKWAAN PENGADU ADALAH REKAAN SEMATA-MATA
Seperti yang saya katakan sejak awal lagi, saya menafikan segala tuduhan yang direka pengadu terhadap
saya.
Pengadu menyatakan dalam keterangannya pada 26 Jun, 2008, beliau tiba di Kondominium Desa
Damansara pada jam 2:45 petang untuk membincangkan urusan kerja dan menyerahkan dokumen yang
dikirimkan Ibrahim Yaakob [Ketua Staf saya] kepada saya. Katanya lagi dia memberhentikan vannya di
pos keselamatan dan menyebut nama kod 'Mokhtar' kepada pengawal kondominium sebelum
dibenarkan masuk. Dia meletakkan kenderaannya dan mengambil lif untuk ke Unit 11-5-1 di mana saya
dikatakan berada di meja makan di ruang tamu. Dia mengatakan bahawa dia duduk di meja yang sama
dan memulakan perbincangan. Beliau memberitahu mahkamah tentang bagaimana kesatnya saya
meminta seks.
Perkara berikut terdapat di dalam lampiran.

Apabila disoal, beliau menjawab bahawa SP1 merasa marah dan takut dan tidak bersedia untuk
melakukannya, akan tetapi tetapi kerana saya kelihatan marah, dia akhirnya akur. Perlu diperhatikan
pada peringkat ini pengadu boleh, berdasarkan pengakuannya sendiri ketika pemeriksaan utama
(examination-in-chief), meninggalkan bilik kerana tidak ada sebarang bukti percubaan oleh saya untuk
mengunci pintu dari dalam.
Dia juga mendakwa bahawa dia diarahkan masuk ke bilik tidur dan bahawa dia masuk kerana takut.
Bahkan di peringkat ini, pengadu berpeluang untuk meninggalkan ruang tamu, walaubagaimanapun dia
tidak berbuat demikian. Bukti selebihnya menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang
dan kesempatan untuk melarikan diri tetapi dia tidak berbuat demikian. Alasannya kerana beliau takut.
Namun alasan tersebut itu bertentangan dengan segala fakta. Beliau adalah seorang lelaki di awal dua
puluhan, enam kaki, mempunyai fizikal yang sihat serta cergas dan mempunyai hubungan dengan pegawai atasan polis dan golongan elit politik, di samping dengan akses kepada lingkungan dalaman
kekuasaan. Tambahan lagi, beliau pernah menjadi mahasiswa operatif UMNO yang penting, menjalani
latihan rapi yang dikendalikan Biro Tata Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Manakala saya
seorang lelaki berusia 60 tahun, mempunyai sejarah kecederaan belakang dan telah menjalani
pembedahan belakang yang besar dan juga tidak memegang apa-apa posisi kuasa. Jika benar saya boleh
memberikan apa-apa jenis pengaruh yang tidak wajar atau tekanan mental kepadanya, ini boleh dengan
mudahnya diselesaikan dengan satu panggilan telefon kepada kenalan-kenalannya yang mempunyai
kuasa itu. Berkenaan dengan ketakutan terhadap kecederaan fizikal, adalah sesuatu yang memerlukan
khayalan yang jauh untuk mencadangkan bahawa saya boleh menyebabkan apa-apa kecederaan fizikal
kepadanya.

Ketika pemeriksaan balas, bukti penting yang berikut telah didapatkan daripada pengadu. Beliau
mengakui bahawa dia membawa bersamanya pelincir dan telah secara sukarela dan tanpa teragak-agak
menggunakannya. Beliau mendakwa bahawa berlaku persetubuhan dan ia adalah menyakitkan dan
kasar. Walau bagaimanapun, ini jelas tidak mempunyai sandaran dalam bukti-bukti perubatan oleh
pihak pendakwa bahawa adanya carikan atau koyakan. Selepas perbuatan yang dikatakan itu, beliau
memberi keterangan bahawa dia telah duduk untuk minum dan berbual mesra dengan saya. Yang
menakjubkan, tiada usaha yang dibuat oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan
segera. Sebaliknya, beliau menghadiri satu acara PKR pada hari esoknya. Pada sebelah malam, beliau
menyertai mesyuarat Anwar Ibrahim Club di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda
ketidakselesaan sama ada emosi atau fizikal apatah lagi trauma. Sebaliknya, beliau menjalankan
urusannya dengan cara yang tenang dan yakin. Oleh itu, kelakuannya benar-benar tidak konsisten
dengan dakwaannya.
Dalam apa jua keadaan, dia tidak membuat laporan polis dan tidak mendapatkan rawatan perubatan,
walaupun dua hari sebelum perbuatan yang dikatakan itu, beliau telah bertemu dengan Dato’ Sri Najib
dan Rosmah serta telah bercakap di telefon dengan Musa Hassan dan bertemu dengan Rodhwan di
sebuah hotel.
Adalah jelas, dari keterangan di atas, bahawa pengadu telah berbohong walaupun Y.A., dengan terdapat
bukti sebaliknya yang menyakinkan, mendapati dia seorang saksi yang benar pada penutup kes pihak
pendakwa. Ini bertentangan dengan logik akal, apatah lagi undang-undang.


Kemudian lagi, keterangan pakar berkaitan DNA yang dibawa sepanjang kes pendakwa melalui PW4, Dr
Seah Lay Hong dan PW5, Nor Aidora bt Saedon sangat dipersoalkan kerana maklumat penting berkaitan
analisis DNA oleh kedua-dua saksi itu yang sepatutnya diberikan kepada mahkamah tetapi secara
mencurigakan mereka berdua tidak memberitahu maklumat tersebut sedangkan mereka mengesahkan
kewujudan maklumat itu. Kemungkinan bahawa sampel yang dianalisis telah tercemar dan ditempatkan
tidak langsung diambil kira walaupun kemungkinan itu begitu jelas sekiranya analisis dilakukan menurut
garis panduan yang ditetapkan oleh komuniti forensik antarabangsa. Panduan antarabangsa tidak
dipedulikan, terang-terangan diabaikan oleh PW4 dan PW5 untuk menyesuaikannya demi kes
pendakwaan. Adalah jelas jika kemungkinan yang dinyatakan itu diperiksa, kesimpulan yang dicapai
akan sangat berbeza kerana air mani pengadu telah dijumpai dalam duburnya sendiri, ada bukti yang
jelas bahawa terdapat spesimen selain dari Lelaki Y di sekeliling punggung pengadu, kawasan rektum
bawah dan atas dan terdapat bukti-bukti yang jelas sampel telah diceroboh sebelum dihantar untuk
analisis. Dalam keadaan sedemikian, integriti sampel tersebut sudah pasti dicurigai. Tambahan pula,
integriti PW4 juga dipersoalkan kerana dia dengan mudah menolak kemungkinan yang sangat tinggi
bahawa sampel yang dihantar kepadanya sudah mengalami kemerosotan ke tahap tertentu sebelum
sampai kepadanya. Hakikatnya sampel yang dihantar untuk analisis bukanlah yang telah diambil
daripada pengadu.
Perbicaraan dalam Perbicaraan
Tindakan seperti Gestapo ketika saya ditahan dan seterusnya penahanan dan soal siasat oleh polis
semua menampakkan tangan-tangan kekuasaan politik yang merencanakan. Apakah yang menyebabkan
perlunya untuk menghantar sekumpulan komando bertopeng untuk melaksanakan penangkapan jika
bukan satu percubaan mempamerkan kuasa politik dan untuk memaparkan dendam kesumat? Faktafakta
yang mengejutkan ini benar-benar telah diabaikan oleh Y.A.
Y.A.telah membuat ketetapan yang awal untuk menolak bagi mendapatkan semula item-item tertentu
termasuk botol air, tuala Good Morning, ubat gigi dari lokap di IPK, Kuala Lumpur di mana saya telah
ditahan semalaman dari 16.7.08 hingga 17.7.08. Walau bagaimanapun, anda telah mengubah ketetapan
ini kemudiannya yang merupakan sesuatu yang paling mengejutkan dan tidak pernah berlaku sebelum
ini.


Walaupun dalam Bicara dalam Bicara, saya telah merujuk kepada peranan Taufik dan Supt. Jude Pereira,
pendakwa telah memilih hanya untuk memanggil Taufik dalam bantahan dalam Bicara dalam Bicara.
Taufik cuba untuk menghasilkan salinan fotostat waran tangkap yang hanya ditanda sebagai ID dan oleh
itu, tidak boleh dianggap sebagai keterangan dalam Bicara dalam Bicara. Satu salinan fotostat dokumen
tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam mahkamah. Dalam Bicara dalam Bicara bukti utama bagi
dokumen itu sepatutnya telah diberikan jika rekod asal telah hilang atau musnah.
Pihak pendakwa tidak dapat menutup kelemahan dengan mengeluarkan waran tangkap asal sewaktu
perbicaraan utama. Ia adalah bukti bahawa 3 salinan waran tangkap berada dalam milikan Supt. Jude
Pereira. Bukti waran tangkap terdapat semasa Bicara dalam Bicara.
Malah, Supt. Jude Periera, di mana peranannya yang telah dibangkitkan oleh saya semasa Bicara dalam
Bicara, memilih untuk tidak memberi keterangan serta salinan asal waran tangkap Bicara dalam Bicara.


Tatkala Bicara dalam Bicara lah, Supt. Jude Periera sepatutnya memberi keterangan. Adalah jelas
menyalahi undang-undang bagi mahkamah untuk menerima keterangan Supt. Jude Periera ketika
perbicaraan umum dengan tujuan untuk menyangkal bukti saya dalam Bicara dalam Bicara bahawa
profil DNA dari tuala Good Morning, berus gigi dan botol air mineral telah diperolehi dengan kaedahkaedah
yang tidak adil dan cara yang salah dan oleh kerana itu penahanan saya adalah menyalahi
undang-undang.
Malah, keterangan Supt. Jude Pereira dalam perbicaraan umum mengesahkan bahawa terdapat
ketidakpatuhan kepada Peraturan 20 Peraturan-peraturan Lokap, 1953 bahawa saya, selepas saya
ditangkap pada 16.7.08, telah tidak diletakkan di dalam lokap dari 6.00 petang hingga 6.00 pagi di hari
berikutnya. Peruntukan-peruntukan Peraturan 20 adalah mandatori.
Berdasarkan fakta-fakta tersebut, membawa saya ke Hospital Kuala Lumpur(HKL) adalah melanggar
Peraturan 20. Justeru mendapatkan profil DNA daripada item-item yang dinyatakan tadi oleh pihak polis
merupakan cara yang salah dan kaedah yang tidak adil. Ini diburukkan lagi dengan bukti-bukti bahawa
Supt. Jude Periera dalam perbicaraan umum menyatakan bahawa dia tidak mengarahkan anggota polis yang menjaga lokap untuk tidak menyentuh barang yang dinyatakan walaupun anggota polis dalam
perbicaraan umum sebelum Bicara dalam Bicara, jelas berkata bahawa Supt. Jude Periera telah berbuat
demikian.
Makanya, Supt. Jude Periera, dalam keterangan bersumpah dalam perbicaraan utama, menyokong
dakwaan pembela bahawa kaedah yang tidak adil dan cara yang tidak adil telah digunakan oleh pihak
polis untuk mendapatkan profil DNA daripada item-item yang dinyatakan itu.
Daripada perintah yang dibuat oleh mahkamah untuk tidak menerima barang-barang itu, adalah jelas ia
adalah berdasarkan kepada cara dan kaedah yang tidak adil yang digunakan oleh polis dengan maksud
bahawa dengan helah dan tipu daya pihak polis cuba untuk mendapatkan bukti DNA itu.
Dalam apa jua keadaan, daripada keterangan DSP Taufik yang diberikan dalam Bicara dalam Bicara dan
perbicaraan umum, alasan penahanan tidak diberikan olehnya kepada saya di Segambut kerana jelas
bercanggah dengan keterangan S.N. Nair dan saya sendiri.
Soal mencabar bukti yang diberikan dalam perbicaraan utama oleh DSP Taufik dan Supt. Jude Periera
tidak timbul. Penegasan yang dibuat secara bersumpah oleh saya bahawa saya telah ditangkap dengan
kaedah yang tidak adil dan menyalahi undang-undang dan cara yang tidak adil yang telah digunakan
untuk mendapatkan profil DNA dalam Bicara yang dalam Bicara langsung tidak dicabar oleh pihak
pendakwaan dengan membawa bukti yang sah di sisi undang-undang untuk membantah penegasan itu.
Malah, Y.A. sewajarnya membuat kesimpulan yang bertentangan terhadap pihak pendakwaan kerana
mereka gagal untuk berbuat demikian.

BUKTI FORENSIK
Kes pendakwaan bergantungkepadaketeranganDNA,iaitu kononnya"penemuan cecair air mani" atau
"sperma". Ia merupakan satu-satunya bukti forensik pihak pendakwaa, malah keseluruhan kes mereka
bergantung kepada “keterangan” ini. Namun, asas pembuktian pihak pendakwa goyah, akan
tetapiinitidakmenghalang mereka untuk bersubahat dengankekuasaan serta
kemudiannyamelancarkankempenmemburuk-burukkansaya.

Hakikatnya tidak ada sebarang bukti sama sekali, DNA atau lain-lainnya, yang pernah dijumpai di tempat
perlakuan tersebut dikatakan terjadi, tidak di kamar mandi, bilik tidur, permaidani atau di tempat lain di
mana bukti itu sepatutnya telah dijumpai.
Supt. Pereira, walaupun telah diarahkan untuk menyimpan sampel HKL(ditandakan B1 ke B10) ke dalam
peti sejuk, dengan sengaja melanggar arahan Dr Siew Sheue Fong (Doktor Forensik HKL) serta mengakui
beliau telah melakukan pelanggaran serius terhadap IGSO, apabila beliau dengan sengaja menyimpan
sampel HKL dalam kabinet pejabatnya selama kira-kira 43jam sebelum menyerahkannya kepada ahli
kimia. (malah beliau menyatakan bertanggungjawab sepenuhnya kerana melanggar IGSO). Kita harus
sedar bahawa kononnya perlakuan liwat itu didakwa berlaku dua hari sebelum sampel itu diambil. Di
tambah lagi dengan kelewatan selama 43jam untuk menyerahkannya kepada ahli kimia, bermakna
sampel itu sudah berusia sekurang-kurangnya 90jam sebelum ia diperiksa ahli kimia tersebut. Tidak syak
lagi, telah berlaku kemerosotoan mutu spesimen. Namun, pihak pendakwaan tetap menyatakan
sebaliknya.
Dalam apa jua keadaan, kelewatan selama 43jam untuk menyerahkan sampel itu kepada ahli kimia
menyebabkan integriti sampel tersebut dipersoal, kerana ianya telah rosak akibat bakteria. Selain
itu,dengan tidak menyimpan sampel di simpanan barang kes polis(yang mana hanya Supt Jude Pereira
sahaja punya akses), beliau telah dengan sengaja melanggar peraturan IGSO serta memberi peluang
kepada mereka yang lain untuk punyai akses kepada sampel itu dan dengan mudah untuk mensabotaj
sampel tersebut. Kenapa hal ini dipandang sebelah mata?
Supt Jude Pereira tidak ada alasan yang munasabah samada yang didasari undang-undang atau
berasaskan amalan untuk membukaP27(sebuah beg besar kalis rosak, mengandungi ke semua sampel
HKL yang telah ditutup dan yang telah diserahkan kepada beliau). Sampel-sampel itu ditandai dengan B1
sehingga B10.Ternyata tindakan tersebut merupakan upaya untuk memperolehi sampel-sampel tertentu
kerana ianya tidak kalis sabotaj dan sengaja ditutup dengan pita mudah tanggal serta penutup kertas
mudah tanggal HKL.
Dr Siew Sheue Fong, tatkala di mahkamah, sentiasa enggan untuk merujuk nota perubatan beliau
semasa pemeriksaan balas walaupun seringkali gagal mengingati butir-butir terperinci. Ketika waktu
rehat misalnya, beliau kelihatan mencuri-curi melihat notanya. Doktor ini tidak jujur dan tidak berlaku
adil terhadap kerjayanya yang menuntut beliau bersikap adil serta bebas. Seringkali pula kedua-dua
mereka, DrSiew dan Dr Mohd Razali Ibrahims engaja enggan menjawab soalan-soalan penting yang dikemukakan oleh peguam saya. Meskipun begitu, keterangan Dr Siew dan Dr Razali telah diterima
tanpa ragu.
Dr Seah Lay Hong (Ahli Kimia) memberi keterangan bahawa apabila beliau menerima 12sampel HKL, ada
2 sampel yang ditanda ianya diambil pada tarikh berbeza, beliau mengaku tidak berbuat apa-apa untuk
mendapatkan penjelasan daripada Dr Siew. Beliau mengaku bahawa beliau percaya Dr Siew. Peguam
saya tuntas membantah tindakan yang melanggari garis panduan makmal antarabangsa dan peraturan
Jabatan Kimia Malaysia tersebut . Walaupun tindakan itu dan kegagalan untuk mematuhi peraturan
yang ketat didedahkan, keterangan DrSeah telah diterima sepenuhnya sedangkan ianya sepatutnya
ditolak sama sekali kerana tidak cekap dan kecuaian yang melampau.
Keterangan yang dikemukakan pembelaan membongkar kepalsuan hujah pendakwa yang dikatakan
mempunyai bukti “cecair air mani” atau “sperma”. Ianya tidak berasas sama sekali. Bukti tersebut
hanyalah rekaan pihak pendakwa semata-mata. Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa memandangkan
sejarah serta rekod pihak pendakwaan sebelum ini. Jikalah benar pihak pendakwa punya bukti forensik
seperti yang diperkatakan sudah pasti bukti-bukti tersebut akan dijaga rapi, tidak seperti yang saya
ungkapkan di atas, bahawa betapa cuainya mereka mengendalikan sampel-sampel tersebut.

RINGKASAN
Tuan Yang Arif telah gagal untuk memastikan perbicaraan yang adil seperti yang ditunjukkan, antara
lain, oleh contoh-contoh berikut:
1. Keengganan anda semasa perbicaraan ini untuk memerintahkan bahan-bahan penting diberikan
kepada pembelaan saya, sungguhpun kebanyakannya anda fikir sebagai relevan, malahan tuntutan
keadilan mengkehendaki anda agar sepatutnya memerintahkan ia boleh diberikan sebelum
perbicaraan. Kegagalan anda berlaku adil dan menggunakan budi bicara kehakiman terhadap perintah
pendedahan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggar
piawaian antarabangsa sesebuah negara moden yang menjunjung kedaulatan undang-undang.
2. Keengganan anda untuk mengambil peduli dan bertindak sewajarnya dengan menuntut
pertanggungjawaban terhadap perbuatan mereka yang terang-terangan membocor dan menerbitkan
melalui media permohonan pendakwaan sebelum perkara itu didengar di mahkamah. Anda juga
bersikap acuh tidak acuh terhadap bantahan saya di atas segala pencerobohan ini. Ini telah dengan sengaja atau tanpa disedari memudahkan konspirasi untuk memburuk-burukkan saya di khalayak awam
sedangkan ketika itu perbicaraan sedang berlangsung.
3. Kegagalan anda untuk memerintahkan saksi-saksi penting bagi pembelaan saya untuk hadir
perbicaraan memberikan keterangan, di mana penglibatan mereka cukup nyata dan jelas terhadap isuisu
berkaitan perbicaraan dan melalui pengakuan bersumpah serta diakui oleh kenyataan-kenyataan
yang dibuat saksi-saksi ini kepada media. Saksi-saksi ini berkaitan dengan keadaan di mana si pengadu
datang untuk membuat aduan awal berkaitan saya. Semua keterangan ini berkaitan si pengadu.
4. Anda mendapati si pengadu sebagai "seorang saksi benar" pada penggulungan kes pendakwaan.
Ini jelas sikap menghukum yang berat sebalah terhadap saya. Oleh yang demikian, anda telah menafikan
hak perlembagaan saya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan kerana itu melayakkan saya
untuk dilepaskan tanpa syarat serta tuduhan terhadap saya digugurkan. Tanpa menghiraukan perkara
ini, anda bukan sahaja gagal untuk mengeluarkan perintah pembebasan saya tetapi telah menolak bulatbulat
penarikan diri anda daripada terus mengadili perbicaraan ini.
5. Untuk anda menyimpulkan si pengadu ialah seorang saksi benar tanpa terlebih dahulu
mendengar keterangan pembelaan akan menyebabkan penerusan perbicaraan ini menjadi usaha sia-sia.
Apalah gunanya untuk saya mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa si pengadu
sebenarnya pembohong jika anda telah mendapati"dia seorang saksi yang benar" serta keterangannya
boleh dipercayai dan muktamad, oleh yang demikian ia tidak dapat disangkal? Ia tidak dapat
dipertahankan dan undang-undang tidak membenarkan anda melakukan apa yang anda telah lakukan.
6. Penemuan anda bahawa si pengadu telah memperkuat keterangan dirinya dengan membuat
aduan kepada doktor-doktor perubatan terhadap serangan seksual merupakan suatu kesilapan yang
amat nyata. Selain itu, ia mengenepikan penemuan klinikal bahawa tiadanya penembusan. Anda juga
gagal untuk menyoal kenapa pendakwaan tanpa sebab yang jelas enggan memanggil pegawai perubatan
yang pertama memeriksa si pengadu untuk memberi keterangan di mahkamah. Apakah tidak terlintas di
fikiran anda bahawa kegagalan ini berpunca daripada niat untuk menyembunyikan bukti yang tidak
berpihak kepada pihak pendakwaan?
7. Anda menerima bulat-bulat bukti forensik yang menguatkan keterangan daripada si pengadu
dalam keadaan terdapat kebimbangan yang jelas bagaimana sampel-sampel tersebut diperolehi, dilabel,
disimpan dan dianalisa.

KESIMPULAN
Keseluruhan proses ini hanyalah satu rekayasa Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk
melenyapkan saya dari medan politik dengan cara memenjarakan saya. Oleh itu, saya nyatakan di sini
bahawa saya sudah hilang kepercayaan terhadap perbicaraan ini sungguhpun pasukan peguam pembela
berusaha keras membuktikan betapa saya sebenarnya tidak bersalah. Sudah saya katakan dari awal lagi
ini bukanlah perbicaraan jenayah. Ianya satu rekayasa semata-mata untuk memastikan saya tidak
mencabar mereka dari terus berkuasa.
Pada tahun 1998, Tun DrMahathir Mohamad taksub dengan manipulasi ala Machiavelli- politik
menghalalkan cara- mengerah segenap kekuasaan negara memfitnah saya. Beliau berjaya menghumban
saya ke penjara selama 15 tahun sungguhpun saya tidak bersalah. Itulah penindasan dan kezaliman yang
dikenakan ke atas saya. Dan itulah juga bentuk penindasan dan kezaliman yang berterusan.
Dato’ Sri Najib Tun Razak menuruti jejak mentornya, menggunakan segenap kekuatan dan aparat
kekusaan samada melalui media, polis, peguam negara dan badan kehakiman untuk merencat
perlaksanaan keadilan dan melenyapkan saya dari terus berjuang
Usaha untuk menghumban saya ke penjara menjadi keutamaan selepas kejayaan Pakatan Rakyat pada
pilihanraya umum tahun 2008. Kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila sekatan undangundang
yang menghalang saya dari bertanding berakhir seterusnya membolehkan saya bertanding
kembali dan menang. Kemenangan pilihanraya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh itu disusuli pula
dengan terpilihnya saya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia.
Oleh yang demikian ianya bukan sekadar kebetulan apabila konspirasi ini muncul tiga bulan selepas
kejayaan Mac 2008 dan dakwaan terhadap saya dibuat hanya sebulan sebelum saya bertanding kerusi
parlimen Permatang Pauh. Rentetan peristiwa yang terungkap sebelum pendakwaan dibuat menjadi
bukti bahawa fitnah mutakhir ini dicedok daripada skrip fitnah 1998. Hanya pada episod terbaru ini,
tiada episod hitam mata lebam dan rakan subahat melakukan jenayah. Pada episod kedua ini, para
konspirator telah melakukan beberapa perubahan plot agar ianya kelihatan lebih teratur. Fitnah terbaru
kali ini menampilkan si pengadu sebagai seorang mangsa yang tidak berdaya. Ini dibuat setelah
menyedari kaedah pengakuan ala Stalin dan kaedah mengheret mangsa-mangsa ke khalayak awam sebagai mereka yang bertaubat dan menyesali perbuatan terkutuk yang dilakukan sebelum ini sukar
diterima malahan dicemuh rakyat.
Kerana itu semasa keseluruhan pertanyaan pendakwa terhadap pengadu, pihak pendakwa sedaya upaya
berusaha melakar gambaran kononnya si pengadu ini seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak
berdosa. Si pengadu digambarkan sebagai seorang yang menyatakan kebenaran serta kesaksiannya
perlu dipercayai walaupun bukti menyatakan sebaliknya. Hakikatnya si pengadu hanyalah seorang yang
disingkir dari universiti, diambil bekerja secara sambilan untuk menolong Ketua Staf saya dan sematamata
digunakan sebagai bidak catur demi niat jahat mereka terhadap saya. Namun mahkamah
memutuskan selepas penggulungan kes pendakwaan bahawa dia sesungguhnya seorang saksi yang
benar.
Konspirasi ini dirancang teliti dan melibatkan Perdana Menteri sendiri dan isterinya Rosmah Mansor.
Berdasarkan pengakuan si pengadu, dia telah menemui Perdana Menteri dan isterinya di kediaman
mereka dan di situlah dia mengadu kononnya menjadi mangsa jenayah seksual. Kenyataan awal Dato’
Sri Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu semata-mata untuk berbincang mengenai
biasiswa merupakan satu dusta dan hanya ditarik balik selepas pendedahan dibuat melalui media sosial
dan blog-blog internet. Dato’ Sri Najib dan Rosmah agak ketara tidak mahu kelihatan dekat atau terlibat
dengan konspirasi ini apatah lagi lantaran penglibatan mereka dalam beberapa skandal lain yang telah
dibangkitkan di parlimen. Sehingga kini dokumen-dokumen tersebut belum dinafikan. Ternyata
pertaruhan dalam konspirasi ini mahal harganya. Maka konspirasi ini direncana teliti agar tidak
menemui jalan buntu. Kemungkinan tersebut lebih nyata manakala BN yang dipimpin UMNO kian
tergugat dan mungkin kehilangan kuasa kepada Pakatan Rakyat.
Pertuduhan utama konspirasi ini adalah untuk merekayasa fitnah terhadap saya kononnya melakukan
liwat. Mereka berhasrat memburukkan peribadi dan kewibawaan saya menjelang kempen menjelang
pilihanraya kecil tersebut. Bagi mencapai tujuan ini, serangan media ganas dan jijik dilancarkan serentak,
antaranya dengan menganjurkan perhimpunan dan ceramah di mana tumpuan perdebatan itu bukanlah
berkaitan isu-isu sosial, ekonomi atau politik. Kandungan ceramah mereka semata-mata berkenaan
fitnah terhadap diri saya dengan tujuan mencemar akhlak saya di mata rakyat.

Para dalang tersebut, dengan alasan tersendiri memperolehi maklumat dalaman pihak pendakwaan
yang kemudiannya digunakan maklumat tersebut untuk dijaja ke seluruh negara secara jelek dan lucah
untuk membunuh keperibadian saya secara terancang sebab-sebab tertentu, memperolehi maklumat rahsia yang bakal digunakan pihak pendakwaan dan menjelajah keseluruh kawasan untuk memcemar
keperibadian saya demi memastikan kekalahan pilihan raya kecil tersebut. Walaubagaimanapun Allah
Maha Besar, Alhamdulilah saya memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti undi sebanyak
15,000.
Keghairahan melenyapkan karier politik tidak pernah pudar sama sekali. Dato’ Sri Najib menyangka
dengan menghancurkan masa depan saya, maka sekaligus meranapkan prospek Pakatan Rakyat untuk
mengambil alih tampuk pemerintahan.
Justeru, semuanya dikerahkan agar dapat menyumbat saya ke penjara sekali lagi serta memastikan
kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO terus memerintah.
Mengambil kira kesemua perkara di atas, saya nyatakan di sini bahawa perbicaraan ini walau apapun
maksud dan tujuannya hanyalah suatu sandiwara. Saya menegaskan demikian bukan kerana saya
membenci Yang Arif atau menyimpan dendam terhadap sesiapa. Apa yang saya nyatakan dari kandang
tertuduh ini adalah apa yang saya yakin berdasarkan kebenaran. Dan keyakinan ini lahir hasil dari
berkhidmat demi rakyat selama lebih dari 40 tahun, yang mana ¼ dari tempoh itu saya ditahan di Pusat
Tahanan Kamunting dan kemudiannya dipenjara di Sungai Buloh.

Hakikatnya saya dihukum dan dipenjarakan bukan kerana saya bersalah, akan tetapi kerana keyakinan
saya dan pastinya pada tahun 1998, saya merupakan ancaman jelas kepada pemerintahan kuku besi
Mahathir yang berusia lebih dari dua dekad.
Tetapi saya duduk di hadapan kamu di dalam kandang tertuduh hanya untuk bercakap apa yang saya
tahu dan apa yang saya percaya dengan keyakinan terhadap kebenaran. Dan keyakinan ini dibawa
setelah berada di dalam perkhidmatan awam selama lebih daripada empat puluh tahun dimana suku
daripadanya telah dihabiskan di balik tembok pemenjaraan di Kamunting dan di Sungai Buloh.
Hakikatnya saya dihukum penjara bukan kerana apa-apa jenayah yang telah saya lakukan tetapi kerana
kepercayaan dan keyakinan politik saya. Lebih tepat lagi, ianya kerana pada tahun 1998, saya telah
menjadi ancaman yang jelas terhadap pemerintahan autokratik Mahathir yang berusia lebih dari dua
dekad itu.
Saya nyatakan sedemikian sebagaimana yang saya ungkapkan sebelumnya kerana keluhuran mahkamah
telah terjejas dan memperlihatkan gejala gejala perbicaraan sandiwara dimana skripnya telahpun
dirangka dan hukumannya telahpun termaktub. Saya nyatakan sedemikian kerana sebagai seorang hakim yang mengadili perbicaraan ini, anda tanpa ragu lagi menunjukkan sikap anda yang berat sebelah
itu. Saya nyatakan sedemikian kerana anda enggan menarik diri walaupun bukti sikap berat sebelah
anda sebagai hakim terhadap saya menggunung banyaknya. Saya menegaskan sedemikian kerana anda
membiarkan sahaja segala pencerobohan yang melanggar peraturan dan prosedur manakala anda tidak
menghiraukan bantahan saya berkenaan kecurangan pihak pendakwa. Sedangkan penyelewengan serta
kecurangan itu pastinya membuatkan seorang hakim yang adil menyedari akan niat jahat pihak
pendakwaan.
Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hakim, firman al- Quran:“ .. Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil..”
Surah An-Nisaa: 58






Tiada ulasan:

Catat Ulasan