Selasa, 31 Januari 2012

'Kain kita terkoyak juga bukan kain depa saja terkoyak'

Blogger Penarik beca kata kabar angin pru 13 akan diadakan pada Mac atau Jun 2012.Saya pulak diberitahu bahawa pru 13 akan diadakan pada hujung bulan Mei 30 hb 2012 (cuti sekolah penggal kedua)..Ramai pakat teka tarikh pru 13 .Nak buat macam mana dalam dunia ni hanya kerajaan thaghut Umno-Bn saja yang paling penakut dalam dunia nak umum tarikh pilihanraya.Di negara jiran Thailand dan Indonesia tak payah ambik jauh-jauh beberapa bulan sebelum pilihanraya rakyat depa dah tahu tarikh pilihanraya.Di negara kita tarikh pru ada dalam kocek 'First Lady of Shopping'!

Dalam sibuk kita nak melawan Umno-BN kini peluru ditala untuk berperang sesama sendiri.Ini bukan salah penyokong PR tapi salah pemimpin PR sendiri yang buat taik.Kita bawa kereta laju-laju di lebuhraya tapi asyik tekan brek bukan takut perangkap laju  tapi banyak paku ditabur oleh pemimpin PR sendiri!

Isu Hasan Ali mampoih pi la tak jadi kudis pun.Cukup saja bagi ustaz Azhar Idrus melawan gelombang Hasan Ali .

Kita dikejutkan dengan kenyataan Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menyokong pembentukan negara Haram Israel di atas bumi Palestine sekiranya Israel tidak terus zalimi rakyat Palestine.Yang kita tahu dan baca sejarah bahawa negara Haram Israel tu jugak adalah tanah umat Islam Palestine tidak ada sejengkal pun tanah Yahudi Israel di bumi Palestine.Dulu kita membantah kedatangan pasukan kriket Yahudi Israel pada 21 Mac 1997 di hadapan Masjid Ar Rahman dan pintu masuk Universiti Malaysa..Ramai pemimpin Pas dan golongan pelajar ditahan dalam demontrasi tersebut.Kita jugak membantah kedatangan peninju Israel Ilya Grad ke Malaysia tahun lepas.Kini bila Anwar sokong pembentukan negara Israel jika tidak terus zalimi rakyat Palestine atau lainnya disebut pembentukan dua negara di atas tanah orang Palestine hang pa nak kata apa?Adakah Anwar mahu raih sokongan politik dari Amerika Syarikat yang jadi bapa dan ibu kepada Israel?

Umno-Bn  pulak yang dakwa kasih dan sayang kepada umat Islam Palestine yang sebenarnya ada hubungan sulit dengan Israel jadikan isu Anwar dan Israel ini sebagai senjata politik untuk raih sokongan orang Melayu  supaya terus sokong Umno.Baca laporan Wikipedia bebas  kerajaan Umno-Bn ada hubungan sulit dengan Israel sejak sekian lama.Klik di sini.

Keduanya isu Presiden Pas mahu bersara atau pencen tak mahu bertanding dalam pru 13 akan datang.Cuma nak tolong daripada belakang!Menurut laporan Harakahdaily TGHA dilaporkan berkata begini;
Ketika diminta memperjelaskan laporan media kononnya beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Abdul Hadi berkata perkara itu adalah biasa kerana akhlak seorang muslim yang baik adalah tidak meminta jawatan.

"Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat.

"Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya," jelasnya ketika menjawab pertanyaan peserta Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini semalam
.

"Kalau kita lihat di Tunisia, yang menonjolnya Rashid Ghannushi (Parti Nahdah), bila pilihan raya Ghannushi tak jadi calon," jelas presiden PAS itu membuat perbandingan.

Abdul Hadi telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tujuh penggal bermula tahun 1982 dan ahli parlimen selama empat penggal serta Ketua Pembangkang di parlimen.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 selepas PAS menang pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999.

"Inilah adab dalam parti kita, sebab itu kita berbeza dengan Umno," jelas Abdul Hadi
.Baca di sini.

Adakah TGHA dah letih sangat suarakan mahu berundur ketika gendang perang dipalu untuk bertempur dalam pru 13?Kita hormati pandangan TGHA yang tak gila jawatan macam si mamat yang kena pecat tu tapi sesuaikah disuarakan dalam keadaan sekarang?

Dulu semasa kerajaan Pas di Terengganu tumbang dalam pru 2004 tidak ada suara-suara mahu letak jawatan kerana bertanggungjawab atas kekalahan teruk Pas di Terengganu.

Kini ramai orang Pas pakat tanya betulkah TGHA dah tak mahu bertanding pru 13?MB Kelantan TGNA tak pulak mahu berundur diri daripada jawatan MB yang dipegangnya sejak 20 tahun lalu.Bagi beliau perjuangan Islam hingga ke mati.

Ustaz Azizan MB Kedah pulak di lihat mempertahankan AUKU di KUIN.Bagi beliau buku Jingga PR bukan Al-Quran yang tak boleh dipinda-pinda.Ramai yang geram bila MB Kedah tu kata lagu tu.MB Kedah jugak kata beliau tak mahu campurtangan urusan KUIN tak mau ikut perangai Umno semua hal nak masuk campur!Adakah MB Kedah tu berada di pihak yang betul?Mungkin MB Kedah betul pada apa yang dicakapnya tapi tidak betul pada pandangan orang lain.Malah TGHA turut mahu cara MB Kedah tu dijadikan rujukan pimpinan Pas Pusat sendiri.

Apakah MB Kedah tak boleh nak terima pandangan orang lain, pendapat orang lain?Jangan bila orang lain bagi pandangan kira nak patuk dan terus sengat ja!Kita mau orang lain dengar pandangan kita tapi bila orang lain bagi pandangan dan buah fikiran kita tak boleh terima kira nak jerkah ja.Baguih ka lagu tu?

Kerja melawan Umno kini terpaksa 'ditangguhkan' kerana lihat kelibat dan perangai pemimpin PR sendiri sedang bermain-main taik sendiri.Jangan cepat tuduh bahawa semua isu yang libatkan kelambu sendiri kata pihak musuh yang cipta.Sedangkan yang buat taik adalah kita sendiri.


Kita nak ganti Umno tapi jangan bawa sekali perangai Umno dalam jiwa kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan