Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.
Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.
Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.
"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.
Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.

Tindakan provokatif
Ketua Polis Daerah Gombak Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungiMalaysiakini mengesahkan kejadian itu dan berkata ia disiasat bawah Seksyen 285 Kanun Keseksaan.
"Kami belum buat tangkapan dan tak ada suspek lagi," katanya.
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.

Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.
Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.-Malaysiakini
Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.-Malaysiakini
Dulu kepala lembu dibawa ke SUK Selangor.Kini dah dua tiga kali kes buang kepala babi dalam kawasan masjid.Apa ertinya semua ini?Politik kita memang kotor.Mau menang guna macam-macam strategi termasuk amaran akan berlaku rusuhan kaum, sensitiviti agama yang mudah menyala.Guna samseng dah jadi budaya dalam politik negara kita.
Kerja siapa buang kepala babi dalam masjid?Siapa yang suka sangat main politik kepala babi dan gila babi ni?Adakah ini kerja orang Melayu yang beragama Islam atau kaki makan upah? Adakah ini kerja orang bukan Islam yang sengaja mau timbulkan ketegangan agama?Yang pasti mereka yang buat kerja gila babi ni adalah makan upah bukan saja-saja buang kepala babi dalam masjid.
Masjid adalah rumah Allah SWT.Semoga mereka yang buat kerja gila babi ni akan mendapat laknat Allah SWT.
Politik kepala babi , politik guna bom dan politik guna samseng muncul menjelang pru 13.Siapa yang untung?
Baca juga;
Kepala babi :Pas desak polis siasat secara terperinci -Harakahdaily
Kerja budak2 umno arahan bapak umno yang jahil lagi fasiq.
BalasPadamsaya hindu saya ah ching wa buddha kita hormat agama Islam .TUHAN AKAN MENGAJAR LAKNAT YANG INGIN TIMBULKAN RUSUHAN KAUM >INI MESTI KERJA PAK TURUT NAJIB <
BalasPadamISLAM TERANG TERANG DIHINA..DIPERKECILKAN..DIPERBODOHKAN...DIPERLEKEHKAN..KITA TERUS BERCAKARAN SESAMA ISLAM..NAH LIHAT EXCO CINA RONNIE LIU KAFIR WAKIL KERAJAAN NEGERI YANG BERAGAMA ISLAM BOLEH BERCAKAP DAN MELAWAT MASJID DAN MELANTIK WAKIL KERAJAAN NEGERI ..MR.GAN JUGA CINA KAFIR UNTUK SIASAT DAN BUAT LAPURAN KES INI...MANANYA WAKIL KITA ..ORANG ISLAM UNTUK SIASAT DAN MEMANTAU...SEDIH SUNGGUH..MANANYA PEGAWAI AGAMA...MANA..?..MANA ?..MANA ? MANA? MANA?
BalasPadam