Rabu, 11 Januari 2012

Senangnya polis buat kesimpulan , peserta 901 bawa bom!?

Saya tergelak dan tersenyum bila pihak polis kata bom milik peserta perhimpunan 901  -Utusan Malaysia Online kata sumber polis (klik). Petikan Utusan Malaysia online;
Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.
“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.
“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.
“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini

Ha ha ha .Ini keyataan biaq betoi bro.Semasa 3 dentuman kuat di luar Mahkamah tu saya dengar ketiga-tiga letupan tersebut.Ramai peserta himpunan terkejut bila letupan pertama berlaku dan berlari ke arah jalanraya menghala ke Matrade untuk lihat apa yang berlaku.Saya masa tu berada di perkarangan pintu mahkamah melihat rakyat sedang berpesta keseronokan bila Mahkamah istihar Anwar tidak bersalah kongkek Saiful.Malu la saya nak sebut banyak kali.Allah SWT Maha Mengetahui!

Saya tanya salah seorang peserta demo 901 yang pi tengok bom yang meletup tu,"Bunyi apa kuat sangat?".Kawan tu kata kat saya polis kata bunyi bom!". Saya kata ,"Laaa pasal apa bom?".Kawan tu kata kat saya ,"Besa la bang...dalam hati sudah kena bom Anwar dibebaskan tu pasal bom!"

Salah satu bom yang meletup tu diletak dalam kon polis.Siapa yang berani letak dalam kon polis sedangkan polis penuh berkeliaran di jalanraya hadapan pintu masuk Mahkamah?
Pihak polis begitu mudah kata peserta perhimpunan 901 bawa bom bagaimana pulak jika orang tuduh Pekida dan Perkasa pulak yang bawa bom?
Kalau orang tuduh kata polis yang buat kerja tu sudah tentu pihak polis akan bagi amaran dan ambil tindakan jangan sebar kabar angin, penyebar kabar angin akan didakwa.Siasat la betul-betul jangan main tuduh ja!

Masih ingat selepas Demo Bersih 2.0 bila Timbalan Ketua Polis Negara bagi amaran kepada anak Hj Muhammad Sabu jangan tuduh polis langgar Hj Muhammad Sabu hingga cedera kepala lutut dan terpaksa buat pembedahan.

Di negara Mesir sewaktu awal kebangkitan anak muda negara itu buat demontrasi jatuhkan Mubarak berlaku provokasi pihak berkuasa untuk kata bahawa penunjuk perasaan yang bertindak liar.Tapi sebaliknya merekalah yang menyamar sebagai penunjuk perasaan di kalangan rakyat yang bangun jatuhkan Mubarak.

1 ulasan:

  1. saya cadangkan setiap interi mesai merah letakan tarikh berbanding meletak masa

    BalasPadam