Khamis, 19 Januari 2012

Umno patut sokong Pas dapat jaga Melayu

Maka berkatalah pemimpin Umno Selangor Pas melukut di tepi gantang kerana hal ehwal Islam di Selangor dipegang MB Selangor Tan Sri Khalid.

Secara tak langsung Umno iktiraf bahawa Pas adalah parti yang memperjuangkan Islam.
Secara tak langsung juga nampak jahil benar pemimpin Umno yang menganggap bahawa agama Islam tu hanya kepunyaan Pas.Adakah Tan Sri Khalid tu bukan orang Islam dan Umno merasa bimbang yang saya rasa diperbuat-buat untuk cucuk orang Pas bangkit terkinja-kinja bantah Tan Sri Khalid jaga Hal Ehwal Islam di Selangor.
Umno patut kutuk jika yang pegang hal ehwal Islam di Selangor ialah Ronnie Liu atau Dr Xavier Jayakumar sebab depa bukan orang Islam.

Kenapa Umno tak rasa bimbang hal ehwal Adat Resam Melayu , Belia dan Sukan dipegang YB Dr Yunus (PAS).Kenapa Umno bimbang Hal Ehwal Islam dipegang MB Khalid sedangkan selama ini Umno hanya pentingkan bangsa Melayu saja dan tak ambik peduli hukum-hakam Islam malah pemimpin Umno sendiri suka sangat hina hukum Islam?Bukankah Pas sendiri kata nak ganti Umno, jadi eloklah jaga Adat Resam Melayu dan hak Melayu yang dirosakkan Umno.

Sekarang kita nak tengok pulak bila MB Khalid jaga Hal Ehwal Islam apa tindakan yang mampu beliau buat untuk Islam dan syiar Islam di Selangor.Seperti yang kita semua tahu ternasuklah Umno yang perbodohkan diri sendiri bahawa Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri ialah raja atau pun sultan.Sendiri mau ingat kuasa siapa yang lebih besar.

Jangan nak takbur dan bongkak sudahlah bila umat Islam beramai-ramai ke masjid kata ,"Ini adalah hasil usaha aku bukan orang lain', kalau tidak baru sama dengan si mamat yang kena pecat tu.Buat apa pun ingat hasil usaha dia saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan