Ahad, 8 Januari 2012

Kenduri kesyukuran Hasan Ali dipecat daripada Pas?

Akhirnya Presiden Pas menggunakan kuasa yang beliau ada untuk pecat 'Patih Kerma Wijaya' Dato' Dr Hasan Mohd Ali daripada Pas berkuatkuasa serta merta.Mungkin Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang dah buat solat istikhoroh untuk buang segala bisul dan nanah yang bakal jadi barah yang bisa rosakkan Pas di masa depan apatah lagi pru 13 semakin dekat.

Sewaktu Hasan Ali berjumpa Murshidul Am Pas yang pada ketika itu ada bersama Presiden Pas selesai saja perjumpaan tersebut Murshidul Am Pas kata semua dah selesai dan akan buat jamuan kesyukuran (klik) sebab si Hasan tu dah insaf kerana hina agenda Negara Berkebajikan Pas.Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya si Hasan tu terus menerus bercakap ikut sedap mulut dia bukan ikut kehendak parti sedangkan beliau berada dalam jamaah Pas.

Kini Hasan Ali dah dipecat daripada Pas.Eloklah sapa-sapa yang berasa nak buat jamuan atau kenduri kesyukuran dipersilakan.Eloklah Pas Pusat buat kenduri dan mana-mana ahli Pas yang dhoif pakat kutip duit buat kenduri kecil-kecilan!Presiden Pas kini dilihat lebih tegas dan berwibawa untuk bawa Pas ke Putrajaya dengan izin Allah SWT.

Pemimpin yang bongkak, takbur, sombong dan ingat hanya beliau saja yang bijak dan cerdik memang patut dipecat dan keluar Pas.Jawatan exco yang dipegangnya itu hasil titik peluh rakyat yang lawan Umno wajib diletak secepat mungkin.Jangan tunggu lama-lama.

Baca juga;
Perkasa sudah jangka Hasan Ali dipecat , kata Ibrahim Ali-M'insider
Hasan:Saya sedih dibalas sedemikian rupa-Malaysiakini
Hasan Ali: Sedih perjuangan martabatkan Islam diperlekehkan Pas-M'insider
Selangor akan bincang pengganti Hasan Ali Rabu depan-M'insider

1 ulasan:

  1. ana amat setuju hasan ali letak jawatan exco secepat mungkin.hasan ali kena pegang dan patuh kata kata beliau semasa memberi motavasi tentang intergriti dn propersionalism dalam hal hal berkaitan jawatan dn tanggongjawab.

    BalasPadam