Selasa, 10 Januari 2012

Surat pecat Hasan sudah dihantar, Nasa sokong Hasan Ali

Surat pemecatan telah dihantar kepada Hasan Ali- Harakahdaily


 PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.
Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat AJK PAS Pusat semalam membuat keputusan memecat Hasan.Baca semua di
sini.
Sementara itu mantan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli majlis syura Pas hadir ke rumah Hasan Ali bagi sokongan moral atas pemecatan Hasan Ali oleh Pas Pusat.Tengok video di sini.Nasa memuji Hasan dan kata banyak 'belajar' daripada Hasan Ali.Turut serta dalam majlis tersebut ialah Braheng Ali Presiden Perkasa yang ajak Hasan joint Perkasa.

Berkaitan;
Pas:Hasan dipecat kerana salah sendiri bukan sebab Anwar Ibrahim-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan