Sabtu, 31 Julai 2010

Mansuhkan ISA, jadi alat politik- Ku Li

Pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengulangi desakannya agar kerajaan memansuhkan undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan selain digunakan untuk menyemai perasaan takut di kalangan rakyat.

“Ketika anda berada di persidangan ini, biar saya berhujah, sehingga ke tahap minimum yang mutlak, kita harus meminta agar memansuhkan akta-akta yang tidak adil dan yang disalah guna sehingga menyekat kebebasan yang kita pernah menikmati ketika negara merdeka (lima dekad lalu),” kata beliau.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu disusuli dengan permintaannya agar rakyat menyertai beliau mendesak agar undang-undang sedemikian tidak lagi diguna pakai.

“Saya meminta anda menyertai saya dalam mendesak agar memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan OSA (AKta Rahsia Rasmi 1972).

“Undang-undang ini lazimnya digunakan sebagai alat politik, bukannya sebagai instrumen keselamatan negara. Ini mencetuskan iklim ketakutan (di kalangan rakyat),” kata beliau pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menggesa agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang turut menjejaskan mutu sistem pendidikan dimansuhkan.

“Saya minta anda sertai saya dalam menggesa tindakan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan yang pentingnya AUKU.

“Saya tidak dapat lihat bagaimana anda boleh meneruskan aktivisme seperti kebebasan di UK dan Eire sementara rakan-rakan anda di tanah air dinafikan hak asasi berpersatuan dan bersuara oleh AUKU,” kata beliau dengan merujuk kepada hak-hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata rakyat mesti proaktif dan perlu ada inisiatif untuk menentukan masa depan negara.

Beliau menambah, jika pihak pemerintah mengatakan bahawa “masa depan anda terletak di tangan anda, harap bertanya kepada mereka agar diberikan masa depan itu (kepada anda) terlebih dahulu.”

“Tanya mereka bagaimana anggota paling paling muda dalam Kabinet berusia 45 (tahun)?”

“Purata umur Kabinet (ketika) merdeka bawah 30 tahun. Anda bukan generasi pertama yang cerdik. Tetapi (anda juga) bukannya kurang cerdik.

“Tetapi anda boleh jadi generasi pertama pelajar dan graduan muda dalam 50 tahun membuat negara ini melalui pembaharuan yang besar. Dan, pembaharuan itu kini mendesak,” katanya lagi.

Malah kata beliau, rakyat Malaysia tidak harus diperdayakan dengan rasa terhutang budi palsu kepada kerajaan.

“Anda akan diberitahu bahawa banyak yang diharapkan daripada anda, banyak yang telah diberikan kepada anda, dan sebagainya.

“Semua ini adalah benar. Sebenarnya, banyak yang telah dicuri daripada anda. Sepanjang 25 tahun yang lalu, banyak kekayaan yang dijana oleh rakyat yang berdaya maju dan sumber-sumber yang banyak jumlahnya telah dirampas,” kata Tengku Razaleigh.

“Ini adalah (harta) patrimoni anda,” katanya lagi sambil menegaskan, rakyat tidak harus diimlakkan oleh parti-parti politik.

Justeru kata beliau, generasi muda tidak harus menerima naungan politik, sebaliknya harus berjuang demi masa depan yang lebih baik.-Malaysian Insider- Ku Li desak minta kerajaan mansuh akta sekat kebebasan.

Hujah pendek akal Menteri Pengajian Tinggi

Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin menolak cadangan Pemuda Umno agar benarkan para mahasiswa dan pensyarah dibenarkan berpolitik. Hujah Menteri berkenaan cukup mudah ;

Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang berkata pensyarah yang mempunyai pegangan politik akan berusaha sedaya upaya supaya pemikiran dan pendiriannya menjadi ikutan dan disokong semua pihak.

"Kalau kita benarkan pelajar berpolitik dalam universiti, pensyarah pun hendak berpolitik juga. Kalau kita benarkan kedua-duanya berpolitik, bayangkan kalau pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya pula daripada Pas, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh timbul," katanya.

Menyifatkan cadangan Pemuda itu sebagai populis, beliau berkata Pemuda perlu mengemukakannya kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

"Kalau MT buat keputusan, saya sebagai ahli Umno akan patuh sahaja tanpa banyak soal. Jangan berkokok di luar, bawa dalam mesyuarat MT dan tengok apa keputusannya," katanya.-Malaysiakini Menteri: Pemuda Umno usah berkokok.

Maukah kita terus diperintah kerajaan penipu , dulu, kini dan selamanya.?


Tun Ling Liong Sik bekas Menteri Pengangkutan dituduh di mahkamah atas tuduhan menipu kerajaan pada tahun 2002. Masa itu yang jadi PM ialah Tun Dr Mahathir Mohamed. Turut berada dalam kabinet Tun Mahathir ialah Samy Vellu bekas Menteri Kerjaraya yang juga Presiden MIC hingga kini.Hingga sekarang Samy Vellu belum dapat gelaran Tun.

Mereka bertiga adalah tiga individu yang masing -masing jadi Presiden parti komponen BN era Tun Mahathir (Umno-MCA-MIC).

Turut berada dalam kabinet Tun Mahathir masa itu ialah PM Najib , Muhyidin Yaasin, Tun Abdullah dan ramai lagi kalau nak kira.

Dakwaan ke atas Tun Ling ialah;

Dr Ling didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek "Mega Distribution Hub" di Pelabuhan Klang. Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang. Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.-Malaysiakini.

Jika Tun Ling dihadapkan ke mahkamah banyak rahsia yang akan terbongkar. Yang pasti kita telah diperintah oleh kerajaan penipu dulu, kini dan selamanya! Malunya tak terkira. Tapi rakyat yang buta dan tidak celik-celik terus jadikan Umno-Bn sebagai dewa mereka untuk perintah negara.

Bolehkah Tun Ling bertindak sorang-sorang jika tidak ada tangan yang lebih 'power' di belakang beliau?Siapa mereka?

Berkaitan;
PKR:Kenapa perlu 3 tahun tuduh Ling?-Malaysiakini
PKFZ: Ada lagi VIP didakwa?-Utusan Malaysia Online

Jumaat, 30 Julai 2010

Perpaduan Melayu: Boleh makan sepinggan tapi nafsu nak makan satu lori

Cakap nak buat perpaduan Melayu memang senang. Kata orang 'macam buat cucuq dengan mulut' memang senang. Yang bercakap pulak berada di luar parti nak rangka itu ini janji bagi Pas-Umno bersatu.Hari ini kira besok bagi jadi. Semua bernafsu nakkan perpaduan Melayu Pas-Umno.

Dalam dok cakap nak satukan Umno-Pas tapi dalam masa yang sama serang-menyerang antara dua pihak tak pernah tamat. Tangan kanan mahukan perpaduan tangan kiri kutuk dan hina pemimpin Pas yang menentang perpaduan Pas-Umno. Mangsa kutukan kerana tolak pelan damai perpaduan Pas-Umno ialah Tok Guru Nik Aziz Murshidul Am Pas.

Kata Mat Sabu Ajk Pas Pusat ada benarnya, "Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa.".Baca di sini.

Bila baca berita Malaysian Insider Penyatuan Melayu :NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz antara lain melaporkan cita-cita Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kicdefella) nak satukan orang Melayu tapi dalam masa yang sama 'hentam' TGNA yang katanya jadi penghalang penyatuan Pas-Umno. Umno mau bersatu Pas tak mau sebab TGNA tak mau!

Lapor Malaysian Insider;

“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.

Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.

Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.

“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.

“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.

Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.

“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.

“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.Baca semua klik tajuk di atas.


Dulu ada seorang yang hebat dan gagah .Orang panggil dia Abang Long .Tampar orang sana orang sini.Orang hormat kat dia sebab dia kaki pukoi dan orang lain tak suka cari gaduh. Satu hari dia dihumban ke dalam lokap kerana kesalahan yang dilakukannya. Dalam lokap semasa soal siasat ada lagi yang lebih hebat pada dia lalu tampar beliau sampai memusing. Bila beliau diikat jamin dan keluar daripada pintu lokap kawan-kawannya bertanya kepada beliau, "Bang Long macam mana kat dalam, ok ka?" Jawab Bang Long, "Hang pa tak kena hang pa tak tau, hang pa kena baru tau!". Pas dan Umno dulu besa tidur sebantal sampai sekarang masih ada pemimpin Pas yang makan pencen masa pegang jawatan dalam Kerajaan Campuran tahun 70-an.

Zulkifli Noordin samakan Dap dengan Israel?Minta lenyap daripada peta politik Malaysia

Zukifli Nordin ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat kata Melayu yang bersekongkol dengan Dap sebagai bodoh, haprak. Beliau juga menyarankan supaya Dap dihapuskan daripada peta politik Malaysia. Kata Zul Noordin dalam blog beliau;

Atas alasan itu, saya percaya sudah tiba masanya kita bertindak tegas terhadap kepimpinan DsAP ini. Saya mencadangkan supaya Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran parti DAP ini, ianya hendaklah diisytiharkan sebuah pertubuhan haram yang membahayakan rakyat dan negara ini. Rakyat Malaysia tidak memerlukan kepimpinan yang cauvinis, rasis, berfikiran ala komunis, anti Melayu, anti Islam dan anti Perlembagaan saperti DAP. Meminjam kata-kata Presiden Ahmadinejad, "kepimpinan DAP ini wajib dihapuskan daripada peta politik negara ini"!! Baca semua di sini.

Itulah wajah-wajah orang politik dan penjilat kelangkang pemimpin yang pernah beliau tatang dulu. Dulu lain sekarang lain. Dulu semua ok sekarang semua ko. Dalam Pas pun sama orang macam Zul Nordin pon ada jika dulu diberi jawatan dan pangkat mereka puji melangit kepimpinan kerajaan Pas, tapi bila dah hilang jawatan mereka memercikkan api ke muka pemimpin Pas. Kalau dulu bukan main puji bukan takat jilat malah bunga pinggan pun nak ditelannya!

Sekarang mereka jadi tukang jilat sisa -sisa yang Umno makan untuk terus hidup. Adakah mereka ada prinsip ? Mereka ada prinsip tapi prinsip untuk kenyangkan tembolok sendiri .Prinsip untuk tembunkan perut yang mengempes kerana hilang punca rezeki. Boleh pakai ka orang macam ni?

Menteri Penipu, Kabinet Ditipu?

Jika benar Tun Dr Ling Liong Sik menipu kerajaan Malaysia seperti tuduhan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Putrajaya semalam, bagaimanakah mereka yang ditipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang.

Ketika mempersoalkan perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika benar penipuan itu berlaku, mereka yang ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan hilang kelayakan sebagai anggota jemaah menteri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ling yang juga bekas Menteri Pengangkutan menghadapi tuduhan menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri, timbalannya dan sebahagian anggota kabinet kini adalah anggota kabinet pada masa penipuan itu didakwa berlaku.

"Persoalannya ialah bagaimana sebahagian yang kena tipu masih kekal dalam jemaah menteri hingga sekarang dan menjawat jawatan yang lebih besar iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi anggota jemaah menteri pada 2002 yang turut kena tipu masih kekal dalam kabinet kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Jika tuduhan ke atas Ling benar, Mahfuz menyifatkan perkara itu sangat memalukan kerana perkara itu menunjukkan dalam kabinet kerajaan BN ada penipu dan ada yang kena tipu sehingga mengakibatkan kerugian yang sangat besar kepada negara dan rakyat.

"Yang menipu sudah tentu jahat dan bijak. Yang kena tipu pula sudah tentu lemah dan bangang.

“Yang tipu tak beramanah sementara yang kena tipu pun sama tak beramanah dan pak angguk dalam mesyuarat jemaah menteri.

"Apalah malang rakyat Malaysia diperintah oleh kerajaan Umno BN yang anggota jemaah menterinya orang yang bodoh bangang dan mudah ditipu sebanyak dua kali dalam tempoh tak sampai dua bulan," kata Mahfuz.

Malaysia, katanya, tidak akan maju jika jemaah menteri dari kalangan penipu dan menteri yang mudah ditipu terus berkuasa.

Sambil menyatakan BN boleh dibaca sebagai "Bohong Negara," Mahfuz menyeru rakyat supaya "menyelamatkan Malaysia daripada penipu negara".

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berharap semua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik turut sama dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku itu.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, anggota kabinet bukan anggota pasukan bola sepak amatur.

Jika pasukan bola sepak amatur ditipu, katanya, ia masih boleh dimaafkan.

Tetapi, kata Salahuddin, anggota kabinet memegang jawatan berprofil tinggi yang memberikan kesan amat besar kepada kepentingan dan harta negara.

"Apabila mereka ditipu sehingga dua kali dalam tempoh tidak sampai dua bulan, ia merupakan condict unbecoming kerana mereka sebenarnya melakukan act of negligence yang didefinisikan sebagai the failure to use ordinary care.

"Sebab itulah kesemua anggota kabinet yang didakwa telah ditipu itu mesti bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan kerana kerugian yang telah ditanggung oleh negara berhubung perkara itu ternyata amat besar," katanya.

Beliau juga tidak mahu menolak spekulasi yang mendakwa tuduhan terhadap Ling itu sebenarnya adalah sindiran pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Perdana Menteri ketika penipuan itu didakwa berlaku.

"Beberapa pihak telah mula mendakwa dan membuat spekulasi bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya ialah 'dakwa Ling, sindir Mahathir'.

"Susah juga untuk terus menolak spekulasi itu," katanya.-Harakahdaily.

Khamis, 29 Julai 2010

Ikat Jamin Liong Sik RM1Juta


Bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik dituduh berhubung kesalahan berkaitan dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mahkamah Sesyen di sini petang ini.

Pendakwaan ke atas bekas presiden MCA ini dilihat sebagai perkembangan mengejutkan – lama dinantikan ekoran janji Jabatan Penguam Negara akan membawa “jerung besar” – selepas tiga orang didakwa berhubung isu ini akhir tahun lalu.

Ling dipercayai sebagai individu pertama yang memegang gelaran “Tun” didakwa di mahkamah.

Tuduhan yang dikenakan ke atas beliau berkaitan dengan penilaian tanah di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan atau secara alternatif di bawah Seksyen 417 kanun yang sama.

Ling meminta dibicarakan apabila tuduhan dibicarakan ke atas beliau.

Peguam Negara memohon beliau diikat jamin RM1 juta dan peguam pembela tidak membantah.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail manakala Ling pula diwakili oleh Datuk R R Sethu.

Di bawah Seksyen 417, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun manakala di bawah Seksyen 418, tidak lebih tujuh tahun.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 September. Isteri Ling, Toh Puan Ena Ling juga hadir di mahkamah hari ini.

Ling akan menjelaskan ikat jamin esok kerana sudah terlewat untuk beliau menyediakan wang jaminan hari ini.-Malaysian Insider Skndal PKFZ: Liong Sik Hadapi Tuduhan Menipu.

Bagaimana dengan lain-lain orang orang kenamaan yang bergelar Tun yang juga ada tuduhan lebih kurang macam Tun Ling?

Berkaitan;

PKFZ: Ling hadapi tuduhan pecah amanah-Malaysiakini

Eric Chia in the making ?-Penarik Beca

Subsidi rakyat dikerat, kroni dibayar RM222.58 juta-Harakahdaily

Tengokla gelagat Presiden Palestine


Ini gambar terbaru dalam facebook aku copy masuk dalam blog. Tengokla gelagat Presiden Palestine yang juga pemimpin pergerakkan Fatah Mahmoud Abbas. Di belakang tersenyum mesra bekas Perdana Menteri Israel Ehud Olmert.

Hamas sayap pejuang Islam Palestine berkuasa di bumi Gaza yang jadi medan sembelihan dan pembunuhan umat Islam Palestine oleh askar Israel

Sayap pejuang Palestine di Tebing Barat (West Bank) dikuasai pejuang nasionalis Fatah.

Dua sayap pejuang Palestine ni tak pernah bersatu dalam membebaskan bumi Palestine daripada Yahudi Israel.

'Saya dengar 'GELI' bila sebut perpaduan Pas-Umno'- Mat Sabu


Kata Mat Sabu AJK Pas Pusat bila isu perpaduan Pas-Umno berkumandang semula;

"Sebagai kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat, saya lihat sudah ada kemahiran dan pemimpin tidak melatah seperti sebelum pilihan raya 2004 yang mana DAP lari keluar yang akhirnya kita kalah sebagai pakatan pembangkang," katanya.

Namun, katanya kini Umno memainkan rentak yang sama iaitu isu Melayu untuk bersatu dengan PAS.

Menurutnya, mereka menggunakan mufti untuk kepentingan politik sempit padahal peranan mufti menasihati tingkah laku kepimpinan Umno yang terlalu banyak penyelewengan sehinggakan rakyat terpaksa menolak kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Mufti pun jadi kalut sekarang ini nak satukan PAS dan Umno. Saya dengar 'geli' bila sebut tentang kerjasama PAS dan Umno. Nak kerjasama macam mana, depan ajak elok dengan senyuman sampai ke telingga tapi di belakang mereka panah kita dengan anak panah berbisa.

“Lupakanlah kerjasama tu kerana yang penting biar Umno karam manakala kita daki Putrajaya bersama parti dalam Pakatan Rakyat yang lain," tegas beliau.-Harakahdaily Tahyul :Melayu mundur jika Umno kalah.

Presiden Pas :'Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.

“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.

“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.

“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.-Malaysian Insider.

Saiful Bukhari Kena Sumpah


Saya tak pernah ambik tahu kes liwat berprofil tinggi yang libatkan Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat Saiful Bukhari. Tapi bila timbul salah seorang pendakwa wanita kes Anwar , Timbalan Pendakwaraya ada hubungan sulit dengan Saiful Bukhari menimbulkan tandatanya apakah sumpah Saiful sebelum ini yang bersumpah dengan nama Allah dilakukan secara ikhlas atau untuk tunjuk lain.

Saiful yang mendakwa diliwat Anwar Ibrahim pernah bersumpah seperti berikut;

"Saya Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah SWT dan akan dilaknat oleh Allah SWT sehingga hari kiamat."Baca arkib berita Malaysiakini 15 ogos 2008 - Saiful:Saya diliwat tanpa rela .

Sekarang Saiful pulak didakwa ada hubungan sulit dengan wanita yang mendakwa Anwar kes liwat Saiful. Saiful belum buat sebarang penafian dengan pendedahan hubungan sulit dengan Timbalan Pendakwaraya Farah Azlina Latif. Apakah tidak perlu untuk Saiful bersumpah untuk katakan pendedahan hubungan dengan Timbalan Pendakwaraya itu hanya fitnah?

Malaysiakini melaporkan 'Hubungan romantis', DPP digugur daripada kes Anwar;

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.Baca lagi kli tajuk.

Berkaitan;
Liwat 11: 'Hubungan romantis' jadi tumpuan-Malaysiakini
Lawyer: Did DPP have sex with Saiful ? Yes or no?-Malaysian Today
Saiful akan berkahwin dengan Farah?-Suara-Keadilan Online
Setelah Janna Syariza gugur, Farah Azlina juga gugur?- Suara-Keadilan Online

Rabu, 28 Julai 2010

Benarkan Pegawai Pendidikan Berpolitik Cara Muhyidin Nak Saingi Najib?

Lapor Malaysian Insider;

Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah “terdesak Umno-BN” yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan seharusnya memansuhkan terus Peraturan 21 Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang mengehendaki kakitangan awam memperoleh kebenaran bertulis daripada ketua perkhidmatan awam jika mahu terlibat dalam politik.

“Ia satu langkah yang silap. Dari sudut parti politik Umno, keputusan itu adalah langkah terdesak mereka, mereka cuba untuk menggunakan selok-belok undang-undang dan peraturan (untuk kepentingan Umno-BN) untuk memperdayakan rakyat,” kata Aziz ketika ditemui selepas Diskusi KAMI Ketiga yang membincangkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini hari ini.

“Langkah ini memang tidak logik. Pengumuman Ketua Setiausaha Negara menjadi bahan ketawa,” katanya Aziz lagi.

Aziz memberitahu langkah membenarkan guru-guru kumpulan itu terlibat aktif dalam politik akan menjejaskan aspek keberkecualian guru dalam perkhidmatan awam.

“Kita mahukan satu perkhidmatan awam yang berkecuali, kita berkompromi dengan aspek keberkecualian dengan mengeluarkan perintah baru ini,” kata beliau lagi.

Keputusan terbaru ini diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya.-Malaysian Insider Prof Aziz:Benar guru aktif berpolitik langkah silap Umno-Bn.

Dulu-dulu jika para guru atau cikgu sokong parti Pas ,aktif dalam politik Pas mereka akan diberi amaran , jika masih engkar yang bertugas di Kedah misalnya akan ditukar ke pedalaman Pahang Sabah dan Sarawak. Zaman tu Umno besa la kuat lintas tepi jalan pun kalu kenal buat-buat tak kenal tapi la ni bila dah air masuk lubang hidung macam-macam peraturan dipinda untuk menyelamatkan Umno yang dah tua dan uzur.

Umno juga dulu tak sayang Pas tapi la nie sayang sungguh Umno kepada Pas .Sayang untuk selamatkan Umno supaya terus berkuasa. Yang faham , faham la yang tak faham ikut suka la.

Muhyidin Yaasin yang juga Menteri Pelajaran mahu juga pengaruhnya terus kekal dan kalu boleh pengaruhnya ditambah-tambah macam makan nasi. Satu cara nak kekal pengaruh dan kalu boleh menyaingi PM Najib ialah dengan menjadikan pegawai-pegawai pendidikan dibenarkan berpolitik dan sudah tentu mereka dijadikan 'kem' yang menyokong Muhyiddin.

Kalau cikgu boleh berpolitik sudah tentu anak murid pun boleh berpolitik..elokla murid - murid pun tak mengantuk dalam kelas . Jadikan juga matapelajaran politik sebagai satu subjek untuk peperiksaan di sekolah menengah.

Mahkamah: Syed Hamid Albar nafi ada dana politik


Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar memberitahu Mahkamah Sesyen di sini Selasa bahawa beliau tidak terbabit dalam meluluskan 'calling visa' atau permit kerja pekerja Bangladesh untuk dana politik.

Ketika memberi keterangan dalam kes perbicaraan rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don, Syed Hamid juga turut menafikan bahawa dirinya ada meminta adik iparnya, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, untuk mengumpul duit dana politiknya.

Ketika disoal balas peguam Datuk V Sithambaram yang mewakili Wahid, bekas menteri itu bersetuju dengan cadangan peguam walaupun bahagian kelulusan "calling visa" telah diserahkan kepada Ketua Pengarah Imigresen, dirinya atau setiausahanya juga masih boleh meluluskannya jika ada permohonan daripada majikan.

Bagaimanapun, beliau menafikan ada sebarang penglibatan mana-mana individu ketika proses kelulusan "calling visa" dilakukan.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mengenali individu yang bernama Sim Guan Yu atau Datuk Low yang dikatakan berperanan mengumpul dana politik.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu memberitahu bahawa kenyataan dalam prosiding sebelum ini iaitu mengenai Wahid (tertuduh) menerima rasuah RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian, untuk mempercepatkan proses kelulusan 4,337 "calling visa" pekerja Bangladesh, adalah tidak betul.

Ketika ditanya mengenai kenyataan seorang saksi bahawa ahli perniagaan yang bernama Sim itu telah menyebut mengenai bayaran setiap `calling visa' berharga RM180 untuk diluluskan, beliau menjawab "Tidak".

"Saya juga menafikan ada kewujudan sebuah dana politik untuk diri saya sepertimana dalam kenyataan seorang saksi iaitu Burugabudeen Mohamed Ismail, bahawa saksi itu telah diberitahu oleh adik ipar saya (Syed Abdullah) bahawa kewujudan kutipan itu.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan ada individu tertentu yang menggunakan nama saya untuk mengutip dana demi kepentingan mereka," katanya.

Syed Hamid, berkata demikian pada perbicaraan Wahid, 57, yang dituduh menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low pada 10 Julai 2008 untuk bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.-Bernama.

Harussani kata ada lagi pemimpin Pas selain Hasan jumpa beliau

Nampaknya Mufti Perak Harussani terus guna taktik menyerang dan bertahan selepas mendedahkan ada pemimpin Pas datang jumpa beliau . Selepas PJ Pas Selangor Hasan Ali diketahui sebagai orang yang jumpa Harussani kini beliau kata ada lagi pemimpin Pas selain Hasan Ali yang bertemu beliau. Siapa lagi pemimpin Pas selain Hasan Ali yang bertemu Harussani?

Malaysian Insider melaporkan Harussani dedah ada bertemu pemimpin Pas selain Hasan Ali;

ufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan perpaduan Melayu.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

“Saya sebut Hasan sebab beliau mengakui sendiri jumpa saya, sebab itu saya boleh cakap,” katanya.

“Kebetulan beliau ahli PAS, ada juga ahli Umno datang jumpa saya berbincang soal ini. Mereka tanya jalan penyelesaian perpecahan orang Melayu.

“Yang lain saya tidak mahu cakap, nanti mereka bergaduh sesama sendiri pula.

“Sebelum ini pun saya cuma kata ada orang PAS jumpa saya, ada orang Umno dan ada juga NGO jumpa saya, itu sahaja. Jadi kalau anda hendak korek usahlah nak korek,” katanya ketika ditemui dalam sesi temu bual khas bersama The Malaysian Insider semalam.

Beliau berkata ada banyak pihak datang menemuinya bagi membincangkan akan perkara itu.

“Saya tidak tahu kenapa mereka datang cari saya, mungkin sebab saya paling lantang bercakap?” kata Harussani.

Sebelum ini Harussani berkata beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan membuat kenyataan pengakuan terbuka Sabtu lalu.

Bahkan Harussani menjelaskan, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan Melayu. Baca semua klik tajuk di atas.

Berkaitan;

Anwar :Perjelas tujuan sebenar kerjasama Pas-Umno-Sinar Harian Online

Selasa, 27 Julai 2010

"Aku kata sapa yang curi bukan Pa yang curi"

Bila timbul isu pertemuan PJ Pas Selangor Hasan Ali dengan Mufti Perak Harussani ada kawan-kawan masih tak puas hati dengan penjelasan Hasan Ali. Mufti Perak nak kata apa pun biaqpila tapi yang masih mengkelan dan mengerutu ialah apabila Hasan Ali kata pertemuan itu bukannya bincang perpaduan Umno-Pas tapi nak cari pengalaman daripada Harussani yang berpengalaman selama 30 tahun sebagai mufti.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.Baca semua di sini.

Teringat aku akan kisah dalam sebuah masjid bila duit dalam tabung masjid hilang. Tukang cuci masjid pun tuduh orang itu dan orang ini. Kebetulan seorang jamaah masjid itu tiap-tiap hari solat jamaah lima waktu kat masjid .Nama panjang dia Mustapa nama pendek dia Pa.Besa la orang Utara sebut nama tak habis depa panggil nama pendek ja. Tukang cuci masjid buruk-burukkan kepada jamaah masjid yang lain kata Pa yang curi duit tabung masjid. Berita itu sampai ketelinga Pa. Pa datang kepada tukang cuci masjid itu dan terus tampar tukang cuci masjid dan kata , "Pasai apa hang tuduh aku curi duit tabung masjid , hang nampak ka aku yang curi?" Jawab tukang cuci masjid itu terketar-ketar ,"Aku bukan kata Pa yang curi aku kata 'sapa' yang curi....

Kata Khalid Samad dalam blog beliau;

Dalam masa yang sama, ada pula yang mengatakan bahawa Tan Sri Harussani tidak berbohong dalam soal ini, kerana Dato’ Dr. Hassan Ali ingin melepaskan dirinya dari dikenakan tindakan disiplin setelah menerima amaran keras tidak lama dahulu. Ini merupakan satu kemungkinan sahaja, akan tetapi amatlah malang sekiranya PAS Selangor mempunyai seorang Pesuruh Jaya yang menipu. Berdasarkan tarbiyyah dan latihan keagamaan yang dibangga-banggakan sebagai asas kekuatan PAS, kemungkinan adanya Pesuruh Jaya Negeri yang sanggup berbohong adalah hampir mustahil! Ianya satu kemungkinan yang perlu ditolak, mentah-mentah. Tidak mungkin Dato’ Pesuruh Jaya menipu kepada ahli dan pimpinan PAS serta rakyat jelata. Tidak mungkin!
Kesilapan Dato’ Dr. Hassan Ali hanyalah kerana membenarkan dirinya ditipu oleh seorang Mufti UMNO/BN yang tegar. Kesilapan beliau adalah kesilapan menghormati dan menyanjungi Tan Sri Harussani dan menjadikan beliau sebagai seorang pakar rujuk. Kesilapan ini adalah kerana kurang bijaknya beliau dalam mengenali sifat lawan. Namun, kurang bijaknya itu bukanlah satu kesalahan. Seperti kata-kata pujangga Inggeris, “stupidity is not a crime”.
Baca lagi di bawah.

Berkaitan;

Harussani Berbohong?-Blog Khalid Samad
Pas minta Umno lupakan dialog, tetap tidak mahu layan-Malaysian Insider
Pas tidak perlu orang tengah bincang perpaduan-Nik Aziz -Berita Harian Online
Harussani: 'Ya , Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik'-Malaysian Insider.
Mufti Perak :Saya tidak berbohong-Malaysiakini

Adun Sri Muda Nafi Lindungi Kumpulan Semesta Kerana Bonus

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menafikan beliau menerima menerima bonus daripada syarikat perlombongan pasir Selangor Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak ia beroperasi pada 2008.

Kelmarin, Datuk Seri Dr Khir Toyo mendakwa Shuhaimi melindungi Kumpulan Semesta dalam perang mulut membabitkan kedua-dua mereka hanya untuk mendapatkan bonus enam bulan.

Sehari sebelum dakwaan itu, wakil rakyat PKR tersebut mendesak Khir agar “tutup mulut” dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri berhubung isu perlombongan pasir secara haram.

“Saya mempertahankan Kumpulan Semesta sejak ia dimulakan sehingga kini tanpa menerima bonus satu sen pun,” kata Shuhaimi kepada The Malaysian Insider.

“Bonus enam bulan?... saya tidak pernah mengambil bonus satu bulan pun, sebab kami hendak mengembalikan khazanah negeri kepada rakyat,” kata beliau yang juga ahli lemabaga Kumpulan Semesta.

Beliau berkata, Khir ketika kepimpinannya sebagai bekas menteri besar Selangor tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan tanah-tanah sejak lombong di kawasan-kawasan milik negeri ditutup.

“Khir adalah menteri besar selama lapan tahun. Apa yang beliau lakukan untuk memulihkan kawasan tanah yang rosak dan kawasan perlombongan yang ditinggalkan oleh kroninya, yang kini kelihatan sebagai kawasan perang?” kata Shuhaimi.

Shuhaimi juga memperlekehkan bahawa politik Khir sudah tidak lagi relevan dengan menegaskan kerjaya politik doktor gigi itu sudah pun berakhir.

“Modal politik Khir sudah berakhir. Masanya sudah berlalu,” kata Shuhaimi dengan merujuk kepada tindakan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang turut melancarkan serangan sendiri dalam isu perlombongan pasir.

Tindakan Noh itu dilihat cuba mengetepikan saingan pengaruh dengan Khir.

“Nasihat saya kepada Khir, bersedialah untuk disejukbekukan,” kata Shuhaimi lagi.

Pada Sabtu lalu, Shuhaimi meminta Khir supaya “tutup mulut” dan berhenti daripada menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat kononnya gagal menangani isu perlombongan pasir haram.

Katanya, Khir selaku menteri besar sebelum Mac 2008 telah gagal dalam tugas dan tanggungjawabnya mengatasi masalah tersebut tetapi kini mempertikaikan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khir baru-baru ini mendakwa lombong pasir di Kuala Langat haram dan menjejaskan kawasan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun pakar alam sekitar dilantik anak syarikat kerajaan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mempertikaikan dakwaan Ketua Pembangkang itu.

Firma perunding yang dilantik Kumpulan Semesta untuk pelan pengurusan alam sekitar bagi lombong pasir di Olak Lempit, Banting berkata tidak ada bukti menunjukkan kegiatan di kawasan seluas 48 hektar itu menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Pengarah Enviro Enhance Sdn Bhd P.K Geetha memberitahu firma itu tidak menemui sebarang impak ke atas kualiti air di Paya Indah Wetlands kerana lombong tersebut terletak di hilir kawasan paya berkenaan.

Beliau berkata proses membersih pasir juga dilakukan menggunakan air dari kolam di dalam kawasan lombong milik Kumpulan Semesta.-Malaysian Insider.

Isnin, 26 Julai 2010

Umno 'ketegaq' nak juga perpaduan Umno-Pas.

Ubat untuk penyakit degil atau 'ketegaq' kata orang Utara amat sukar diubati. Penyakit ini tidak ada di hospital atau pakar tradisional dapat mengubatnya kecuali dengan diri sendiri yang mampu mengubahnya.

Kalau budak-budak yang degil larang dua tiga kali tak dengaq kita boleh ambik rotan 'warning' dia tapi kalau orang tua ketegaq nak buat lagu mana?Kata Ketua Penerangan Umno Malaysia Ahmad Maslan, Umno tetap akan buat perpaduan dengan Pas walaupun Tok guru Nik Aziz dan Muktamar Pas dah kata tidak ada lagi rundingan dengan Umno untuk bentuk kerjasama Pas -Umno.

Nampaknya makin dihalang perasaan cinta terhalang Umno makin bertambah kuat nak buat kerjasama dengan Pas. Masa air paras pinggang bukan main hebat lagi kata tak perlu nak tolong-tolong kami kuat! PM kami dapat sokongan 70% daripada rakyat. Tapi sekarang boleh kata semua pemimpin Umno amat cinta dan sayang kepada Pas. Kenapa?

Kata Ahmad Maslan ,“Nik Abdul Aziz boleh cakap apa saja tapi dalam PAS itu ada juga kumpulan-kumpulan tertentu. Sebagaimana orang maklum, PAS ini bukannya semua berkisar pada Nik Abdul Aziz saja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pengurus Felda 2010 di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata PAS tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk presiden, timbalan presiden dan jawatankuasa tertinggi parti.

“...tentunya mereka mempunyai pandangan tertentu yang saya kira mungkin menyokong cadangan kita,” katanya ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang sekali lagi menolak cadangan tersebut.

Ahmad berkata pemimpin utama Umno sentiasa positif mengenai tujuan usaha itu kerana mereka meletakkan kebajikan umat Islam sebagai keutamaan.Baca Umno tetap mahu jalin kerjasama perpaduan dengan Pas meskipun ditolak Muktamar , Nik Aziz.- Bernama/Malaysian Insider.

Bagi Umno TGNA merupakan batu penghalang perpaduan Pas-Umno. Apakah Pas tanpa TGNA akan ikut kehendak Umno yang mahu Pas bersama Umno?Baik pun ada makna tak buat baik pun ada makna , jaga-jaga.

Ahad, 25 Julai 2010

Bila lubang dah pecah kata lagu lain pulak...

Harussani pun dah mengaku kata jumpa Hasan Ali PJ Pas Selangor. Tak mengaku kata jumpa pun kena mengaku juga akhirnya sebab lubang dah pecah awal lagi!Harussani pun kata memang jumpa tapi bukan bincang perpaduan Pas -Umno tapi bincang perpaduan Melayu. Pulak dah! Kalau bincang perpaduan Melayu kira bincang politik la .Sebab Melayu masuk Pas dan Umno kerana beza ideologi sudah tentu nak bersatu kena bincang politik dulu baru kira yang lain. Pusing pi pusing mai maksudnya sama ja nak jadi broker satukan Umno-Pas. Masa belum pecah lubang kata lain bila dah terburai semua kata lain pulak!

Antara Hasan dan Harussani siapa yang lebih telus? Rakyat semakin bijak bukan bodoh bila semua cakap pemimpin akan dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa. Siapa putar alam ?

Malaysiain Insider melaporkan, Harussani :'Ya , Hasan jumpa saya tapi tak bincang kerjasama politik';

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga mengesahkan ada menemui Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali, tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Harussani berkata setakat ini beliau hanya mengadakan pertemuan dengan seorang pemimpin dari PAS iaitu Hasan.

Ini kali pertama Harussani berkongsi identiti tentang Hasan yang sebelum ini didakwa mengadakan pertemuan memintanya menjadi orang tengah dalam isu kerjasama politik dan perpaduan PAS dan Umno.

Kata Harussani, kedua-dua mereka tidak membincangkan kerjasama politik Umno dan PAS tetapi mengenai perpaduan orang Melayu di negara ini.

“Kami memang tidak membincangkan langsung pasal kerjasama Umno dan PAS tetapi perpaduan orang Melayu di negara ini kerana kami melihat orang Melayu semakin berpecah.

“Kami hanya membincangkan soal bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan perpaduan di kalangan orang Melayu, itu sahaja.

“Langsung tidak menyentuh soal kerjasama politik Umno dan PAS,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas kenyaataan Hasan semalam yang mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan Harussani dua bulan lalu tetapi menegaskan mereka tidak membincangkan soal kerjasama politik Umno dan PAS.

Ia kenyataan pertama Hasan sejak Harussani mendedahkan ada pemimpin PAS dan Umno menemuinya dan meminta beliau mengaturkan kerjasama perpaduan membabitkan kedua-dua parti itu.

Malah kata Hasan, beliau tidak diberi mandat untuk mengaturkan perbincangan dengan mufti berkenaan berhubung kerjasama politik Umno dan PAS.

“Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu.

“Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu,” kata Hasan.

Pertemuan itu didakwa berlangsung di ibu negara hujung Mei lalu.

Hasan menambah pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya.

Dalam ulasan lanjut, Harussani bagaimanapun berkata tiada parti yang layak untuk membincangkan soal perpaduan orang Melayu kecuali Umno dan PAS.

“Ingin saya tegaskan perpaduan orang Melayu boleh berjaya sekiranya kerjasama Umno dan PAS dapat diwujudkan.

“Ini kerana saya melihat Umno memperjuangkan orang Melayu manakala PAS pula memperjuangkan agama Islam, jadi siapa yang lebih layak untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu melainkan kedua-dua parti ini.

“Saya ingatkan melalui perbincangan untuk menyatukan orang Melayu boleh mencari jalan penyelesaian tetapi jadi makin teruk pula,” katanya.

Sebelum ini Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Setakat ini kenyataan Harussani telah ditolak pemimpin tertinggi PAS dengan menyifatkannya sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.-Malaysian Insider.

Baca juga;

Hasan ali diminta saman Harussani -Malaysiakini

Hasan akui temu Harussani tetapi bukan sulit-Harakahdaily

'Hidung tak mancung , pipi terserong-serong'-TGNA

PAS tidak memerlukan peranan orang tengah jikapun parti Islam itu mahu mengadakan perbincangan dengan Umno mengenai soal penyatuan Melayu, kata Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ini terus dengan pendirian yang telah dicapai parti itu pada muktamar-muktamar tahunan mereka sejak 2008 bahawa PAS tidak akan menjalin kerjasama politik dengan Umno agar “tangan PAS tidak digigit kali kedua.”

PAS mahu kekal dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP dan PKR, kata beliau.

“Ada orang hendak menjadi orang tengah, mimpi... kalau saya (PAS) mahu, saya boleh jumpa Perdana Menteri, tak perlu (orang tengah),” kata beliau pada majlis ceramah isu-isu semasa anjuran PAS Kuala Terengganu di sini.

“(Ini macam) hidung tak mancung, pipi terserong-serong,” tambah Nik Aziz dengan merujuk kepada tindakan beberapa pihak termasuk Umno yang menimbulkan semula syor kerjasama perpaduan dan penyatuan Umno dan PAS sejak kebelakangan ini.

Pakatan Rakyat yang menurunkan calon PAS memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada penguasaan BN pada pilihan raya kecil Januari 2009.

Malah Nik Aziz berkata, beliau tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).

“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya.

Oleh itu dengan merujuk kepada Umno-BN, tambah Nik Aziz, “kami kenal siapa anda.”

“Orang kata kita bodoh, tak mengapa (kali pertama)... tetapi gigit lagi (tangan PAS), kamu memang bodohlah,” katanya Nik Aziz seolah-olah tidak mahu pengalaman lalu berulang dan mahu mengelakkan kerjasama dengan Umno-BN.

PAS menyertai BN pada 1974 dan kerjasama itu berakhir empat tahun kemudian.

Nik Aziz mengatakan demikian ketika timbul semula idea kerjasama politik antara kedua-dua parti berkenaan.-Malaysian Insider Nik Aziz Tidak Mahu Umno-Bn Gigit Tangan Pas Kali Kedua.

Harussani patut letak jawatan -Mahfuz Omar


Harakahdaily melaporkan Kenyataan Hassan: Harussani wajar mohon maaf;

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan penyelewengan fakta seorang mufti seperti Harussani. Kekeliruan yang ditimbulkan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak membuat kenyataan yang mengelirukan itu, sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan apa yang dikatakan Harussani adalah tidak benar," katanya.-Harakahdaily.

Berkaitan;

Hassan akui temu Harussani tetapi bukan sulit-Harakahdaily

Dia tak tau orang tak bodoh-Penarik beca.

Jumaat, 23 Julai 2010

Pemimpin Pas jumpa Harussani tidak wala' kepada parti- Khalid Samad


Mari kita baca sebahagian apa yang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kata mengenai perpaduan Umno -Pas dan jika benar ada pemimpin Pas jumpa Mufti Perak Harussani nak bincang perpaduan Umno-Pas dan atas sifat peribadi sekalipun ianya diangap tidak wala kepada parti kerana membelakangkan keputusan parti dalam muktamar yang lepas. Kata Khalid Samad;


Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah berjuang selama ini, membina asas perpaduan Islam di kalangan ummat Islam bagi menyelamatkan mereka dari asas perpaduan yang palsu di bawah UMNO, untuk secara tiba-tiba menyatakan, “kita tidak berbeza. Kita sama sahaja. Marilah kita bersatu”. Adalah lebih wajar untuk UMNO menyatakan “kita tersilap selama ini dan Syaitan telah menyesatkan kita sehingga rasuah, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan sekularisma diperlihatkannya sebagai penyelamat bangsa Melayu. Kita perlu bubarkan UMNO dan kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS”.

Itu sahajalah kaedah perpaduan yang bermakna.

Ada pula yang bertanya, “kalau begitu, bagaimana pula kerjasama PAS dengan PR?”

PKR dan DAP ada wawasan mereka masing-masing yang inginkan keadilan sosial. Walaupun konsep keadilan mereka berbeza dengan konsep keadilan PAS, namun dari segi praktiknya ada banyak persamaan. Perjuangan mereka turut menolak rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, penindasan dan sebagainya dan walaupun mereka berpegang kepada fahaman politik sekular, mereka tidak menafikan bahawa sekularisme itu adalah sesuatu yang bercanggah dengan fahaman Islam. Pada masa yang sama, keadilan sosial yang mereka perjuangkan meliputi keadilan untuk semua, termasuk orang Melayu dan ummat Islam. Lagipun, perlembagaan Negara yang sediada terus akan diguna pakai di mana persoalan institusi raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa Melayu dan sebagainya akan terus diterima tetapi tidak disalahgunakan. Oleh itu adalah lebih mudah PAS bersama PR dari bersama UMNO yang tidak mempunyai sebarang prinsip.

Berhubung isu perjumpaan pemimpin PAS dengan Mufti Perak pula, ianya amat mudah untuk dirumuskan. SEKIRANYA ada mana-mana pemimpin PAS, walaupun atas kapasiti peribadinya, bertemu dengan Mufti Perak untuk meminta beliau mengusahakan kesatuan UMNO dengan PAS, maka pemimpin tersebut TIDAK WALA’ kepada parti. Ini adalah kerana dasar parti jelas dan ditegaskan di dalam 3 Muktamar berturut-turut. Kukuhkan PR dan tolak perpaduan dengan UMNO!

Pemimpin tersebut patut diberi surat tunjuk sebab dan sekiranya didapati benar beliau bertemu dengan tujuan tersebut, maka beliau patut diminta tinggalkan parti dan sekiranya enggan, dipecat dari parti. Tindakan beliau telah menyulitkan PAS, mengelirukan ahli-ahlinya dan menimbulkan fitnah di kalangan parti-parti rakan dalam PR. Ianya tindakan yang disambut dan disahut oleh UMNO serta rakan-rakan mereka dalam BN kerana berpotensi untuk melemahkan PR.

SEKIRANYA ianya benar berlaku maka PAS perlu menyedari bahawa, malangnya, masih ada di kalangan pimpinannya mereka yang tidak boleh membezakan di antara Melayu dan Islam dan menganggap Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Ini bermakna ada pimpinan yang ‘tidak cukup tarbiyyahnya’ dan oleh itu mereka perlu diturunkan dari kedudukan mereka sebagai pemimpin. Mereka bukanlah seperti saya, seorang ahli biasa (sehingga hujung bulan ini) tetapi mereka ‘pemimpin’ dan oleh itu perlu dipertanggung-jawabkan atas tindakan mereka dengan lebih tegas lagi.

Kalau tidak, maka akan semakin celaru.-Blog Khalid Samad Persoalan Perpaduan Melayu.


Berkaitan;
Bubar Perkasa dan Umno bukan Pas-Harakahdaily
'Saya akan bangkit isu Umno-Pas Ahad ini'-Malaysiakini
Harussani enggan dedah nama pemimpin Umno-Pas -Malaysian Insider

Cadangan bodoh Brahim Ali

Sekarang ini golongan yang berada di luar parti Umno-Pas sibuk nak menyatukan dua parti terbesar yang dianggotai orang melayu iaitu Pas -Umno.Mufti Perak Harussani yang jadi agen Umno menyembunyikan siapa pemimpin Pas yang datang jumpa beliau untuk berbincang perpaduan Pas-Umno akhirnya rahsia itu dah semakin tak jadi rahsia lagi bila tekaan kebanyakkan orang hampir jadi kenyataan iaitu Datuk Hasan Ali PJ Pas Selangor yang juga merupakan Exco di negeri Selangor.

Jika benar orang yang jumpa Harussani itu ialah Hasan Ali dan lain-lain pemimpin kecil Pas Selangor yang sokong Hasan Ali tentu pokok perbincangan yang depa bincang berdua itu menjurus kepada apa yang sudah berulangkali Harussani inginkan iaitu perpaduan MelayuPas -Umno . Takkan bincang pasai nak bagi projek kot! Rahsia yang dah tak jadi rahsia lagi walaupun Harussani sembunyikan nama pemimpin kecil Pas yang datang jumpa beliau . Kecik sungguh dunia ni .

Tu cerita Harussani yang tergila-gilakan perpaduan atau cantuman Pas -Umno termasuk pemimpin kecil Pas yang dah laluk dengan perpaduan Melayu-Islam yang diinginkan sangat-sangat oleh Umno bila air dah masuk lubang hidung. Umno guna khidmat Mufti dok minta nyawa kat Pas

Selepas Harussani kini Brahim Ali pulak yang berkokok atas pagar Umno tapi tak masuk Umno cadangkan dibubarkan saja parti Pas dan Umno jika dua parti tersebut gagal bersatu dan ditubuhkan parti baru .Lapor Bernama/Malaysakini, PERKASA"Bubar Umno,Pas jika gagal satukan Melayu;

Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) mencadangkan Umno dan PAS dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru yang menggabungkan ciri Islam dan nasionalisme Melayu sekiranya kedua-dua parti terus enggan duduk semeja dan mengadakan perbincangan bagi menyatupadukan orang Melayu dan Islam di negara ini.Baca lagi klik tajuk di atas.

Berkaitan;
Umno-pas tidak boleh jalin kerjasama politik-Malaysian Insider/Bernama
PM 'tabur' RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika-Malaysiakini

Khamis, 22 Julai 2010

Perpaduan bangsa hanya sedap di mulut -Mat Sabu

Perpaduan sebenar di kalangan umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan kepada Allah dan bukan berasaskan bangsa, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Ia sama dengan mencari pemimpin. Sebagai orang biasa, kita mencari pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

"Begitu juga dengan perpaduan. Kita mahu perpaduan berasaskan ketaqwaan kepada Allah kerana perpaduan berasaskan bangsa lebih banyak melakukan pengkhianatan dari kebaikan," tegas beliau.

Lebih dari itu, katanya lagi, perpaduan berasaskan bangsa "hanya sedap diucapkan di mulut sahaja".

Sama seperti orang-orang Arab, beliau tidak nampak orang-orang Melayu boleh disatukan atas nama bangsa.

"Bangsa Arab tidak pernah bersatu menentang Israel dan tidak pernah bersatu untuk kepentingan rakyat Palestin yang dijajah.

"Kalau perpaduan boleh diwujudkan atas nama bangsa, sudah lama Arab bersatu melawan Israel dan membebaskan bumi Palestin yang ditakluki," katanya.

Malah, katanya, kerajaan-kerajaan Arablah yang berkomplot menentang usaha-usaha yang dilakukan Mufti Baitulmuqaddis, Muhammad Amin al-Husayni yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentang Zionisme dan penubuhan negara orang-orang Yahudi di bumi Palestin.

"Kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang enggan mengiktiraf kemenangan besar Hamas dalam pilihan raya Palestin 2006 dan kini kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang bersekongkol melakukan sekatan bantuan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya.

Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, tegas Mohamad lagi, tidak akan dibebaskan oleh perpaduan Arab.

"Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa akan dibebaskan oleh orang-orang yang bertaqwa serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang berkaitan dari Eropah," katanya.-Harakahdaily.

Bekaitan;
Hasan Ali dikait lagi dengan isu Umno-Pas -Malaysiakini

Betoika Hassan Ali yang jumpa Mufti Perak bincang perpaduan Melayu Pas -Umno?

Blog pro Umno mendedahkan yang jumpa Mufti Perak Harussani bincang perpaduan Umno-Pas ialah Pesuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali . Gambar pertemuan dengan Harussani tak pulak didedahkan .Moga apa yang dilaporkan blog berkenaan hanya 'perang saraf politik' semata-mata!

Kalau betoi maknanya UG tak mampoih lagi dan ianya terus berjalan secara senyap-senyap macam musang nak makan ayam, macam kucing berjalan atas tikar mengkuang tak bunyiiii....kita tunggu penjelasan Hasan Ali. Baca di sini.

Mufti Perak kata beliau takkan buka rahsia siapa 'pemimpin kecil Pas' yang datang jumpa beliau bincang perpaduan Umno-Pas.

Rabu, 21 Julai 2010

Suaram: Hak asasi semakin buruk di bawah Najib

Ulangtahun pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerajui negara terus dicemari dengan rekod buruknya dalam menangani hak asasi manusia, menurut laporan hak asasi Suaram 2009.

Dilancarkan hari ini, laporan itu memaparkan beberapa pencabulan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui BN.

Penyelaras dan pemantau kumpulan itu, John Liu juga mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi.

“Salah guna itu bukan sahaja oleh polis tetapi juga agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) dan terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya dalam taklimat kepada 30 diplomat, ahli persatuan sivil dan wartawan pada pelancaran laporan itu.

Lapa
n kematian dalam tahanan pihak berkuasa dicatatkan tahun lalu, dengan tujuh daripadanya ketika berada dalam tahanan polis. Kematian kelapan membabitkan setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal-siasat sebagai saksi oleh SPRM.

Turut membimbangkan adalah jumlah orang ramai yang ditembak mati oleh polis. Pada 2007 terdapat 13 kematian dan jumlah itu bertambah menjadi 82 pada 2008 dan terus meningkat kepada 88 pada tahun lalu.

“Tida
k ada seorang pegawai polis yang dipertanggungjawabkan bagi sebarang kematian itu,” katanya.

Liu juga mendakwa kes tidak bertolak ansur dengan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan dasar atau keputusan kerajaan semakin menjadi-jadi. Ramai orang awam ditangkap apabila mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan secara aman.

“Hampir 1,000 orang ditangkap oleh polis kerana terlibat dengan pelbagai protes yang diadakan secara aman, termasuk upacara memegang lilin, memakai pakaian hitam dan juga mengambil bahagian dengan bermogok lapar,” katanya.

Ke
tika krisis kerajaan negeri Perak, 167 orang ditangkap pada Mei lalu, manakala 589 orang termasuk mereka yang di bawah umur ditahan pada ralli anti-ISA Ogos lalu.

Tahanan tanpa perbicaraan masih menjadi satu isu, kata Liu.

“Pada akhir tahun lalu, sembilan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikurung tanpa dibawa ke mahkamah , manakala 1,000 lagi orang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga Akta Dadah Bahaya.” Gambar dan berita Malaysiakini.

PM Najib kata rakyat tak meluat kat Umno, betoika?

Malaysian Insider melaporkan Najib : Jangan Buat Andaian Rakyat Meluat Dengan Umno;

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menafikan rakyat sudah meluat dengan parti itu, sebaliknya menegaskan komponen utama Barisan Nasional (BN) tersebut mempunyai lebih daripada tiga juta ahli.

“Tak betul, tak betul (andaian meluat)... kita adalah parti yang terbesar mewakili orang Melayu, mempunyai 3.1 juta ahli,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Dengan menghalakan jari menandakan “1 Malaysia”, Najib berkata, “saya tidak terima anggapan itu (meluat).”

Sehubungan itu Perdana Menteri dan Pengerusi BN meminta jangan membuat andaian yang “bukan-bukan”.Baca lagi klik tajuk.

Betoika rakyat tak meluat dan menyampah dengan Umno? Kalau tak meluat dalam pru 2008 dua tahun lalu Umno-Bn sampai hilang 5 negeri lepas tu pusing pi pusing mai dapat balik satu negeri bila 3 adun PR di Perak lompat keluar parti Keadilan dan Dap.

Kalau tidak kerana buruk kelaku kenapa sampai boleh hilang 5 negeri? Adakah tsunami politik rakyat terhadap Umno - Bn akan berterusan dalam pru-13 akan datang?Sama-sama kita lihat nanti.

Kenapa pulak seminggu dua ini hanya perpaduan Melayu ditiupkan begitu kencang menggunakan Mufti pro Umno sebagai orang suruhan supaya Pas-Umno bersatu tidur sebantal dan satu katil? Makin dinafi semakin galak Tok Mufti nak satukan Umno-Pas hingga sanggup tidur atas tangga walaupun pintu ditutup rapat. Tok Mufti sanggup terkepit jari celah pintu asalkan Pas - Umno bersatu.

Kempen 'Umno Juara Rakyat' juga dah tenggelam kerana tiada sambutan .'Satu Malaysia' juga akan tenggelam macam Islam Hadhari jika rakyat terus tolak Umno-Bn dalam pru akan datang.

Berkaitan;
Lebih baik berpecah daripada derhaka kepada Allah
-harakahdaily
Khairy sedar Umno tiada masa depan lagi-Harakahdaily
KJ: Cukuplah Utusan, nampak macam kita terdesak-Malaysiakini
Najib didakwa terdesak guna ulama tekan, lemahkan Pas-Malaysian Insider
Umno ajar perpecahan, benci antara kaum-Harakahdaily

Tanya lagi Jamil Baharom tak ada ka ayat tangkap orang tanpa bicara?

Terkini seorang lagi ditahan di bawah akta zalim ISA yang boleh menahan sesiapa saja tanpa dibicarakan. Tangkap, cekup dan di bawa ke Kamunting. Harakahdaily melaporkan Seorang Lagi Ditahan ISA;

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

"Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala-ala samseng tanpa waran.

Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu.

Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam.

Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah.

Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma.

"Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya.-Harakahdaily

Jamil Khir Baharom Menteri Dijabatan Perdana Menteri kata kita kena berpegang kepada 'Tali Allah' dalam nak menyatu Pas-Umno tapi tak ada ka pulak ayat-ayat Quran yang menyebut boleh menzalimi rakyat sesuka hati tangkap rakyat dan dihumban dalam penjara di Kamunting tanpa dibicarakan? Tak ada ka juga ayat Quran sebagai pemerintah kena menjaga kebajikan rakyat bukan menarik segala subsidi untuk rakyat sesuka hati dengan alasan yang tak munasabah? Kalau dengan rakyat minyak petrol 5 sen pun berkira kalau dengan APCO penasihat Umno-BN habis RM 70 juta pun tak pa!

Selasa, 20 Julai 2010

Umno-Pas: Kalau Jerat Dah Kena Kepala Turun Bawah Kaki Naik Atas.


Nampaknya Mufti Perak Harussani dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom berhempas pulas nak juga bagi jadi perpaduan yang dinamakan perpaduan Melayu-Islam , Pas-Umno.

Dakwaan Mufti Perak bahawa memang betoi dan tak bohong kata memang ada pemimpin Pas datang jumpa beliau bincang penyatuan 'Fatah-Hamas' di Malaysia ini menimbulkan tandatanya siapa pemimpin Pas yang dimaksudkan Harussani?Orang Pas mula tertanya-tanya siapa muka pemimpin Pas yang masih lagi syok dengan perpaduan Umno-Pas itu? Siapa orang itu ? Gambar kartun sebelah aku cedok daripada blog Ibnu Hasyim: Sejarah Pas 29 : Jatuh Kerana Kerajaan Campuran. Baca...klik tajuk.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya hari ini.-Malaysiakini Mufti Perak:Saya tidak berbohong.

Sementara Jamil Khir Baharom pulak seperti yang dilaporkan Malaysiakini Menteri: Ajak Pas Bersama Usaha Berterusan;

"Kita bercakap perpaduan umah dan perpaduan umat Islam," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran berkaitan kewajipan bersatu padu pada "tali Allah". "Saya nak ajak (PAS), mari duduk sama. Kita bukti ayat ini yang turun kepada kita. Kita dok letak syarat, sampai bila perpaduan tak akan selesai. Kita duduk bincang dulu," katanya yang juga ketua penerangan Umno Kedah.-Malaysiakini.

Yang pasti Pas-Umno pernah bercerai gara-gara Pas ditendang keluar sewaktu Kerajaan Campuran dulu dalam tahun 1970-an.Kata orang tua-tua "jerat tak pernah lupa pelandok tapi pelandok selalu lupa jerat". Kalau nak terbungkas kaki tergantung ke atas kepala turun bawah cuba-cubalah Pas menikah dengan Umno sekali lagi! Sejarah dan pengalaman tak pernah menipu tapi yang terbuai dengan kelunakkan kata-kata yang nampak macam tulus mulus akan makan diri.

Jamil pulun bukan main lagi atas nama Melayu-Islam tapi bila timbul isu judi bola tak terkeluar pulak ayat-ayat yang kata judi tu haram daripada mulut Jamil yang bertanggungjawab sebagai menteri yang jaga agama Islam.Jamil 'ikhlas' bab penyatuan Melayu bab judi bola macam mana?Awat diam!

Dikala kita seronok pasal perpaduan Melayu kita didedahkan dengan berlakunya rasuah dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno tahun lepas. Baca- Semua calon Ketua Pemuda Umno Guna Wang-Blogger -(harakahdaily):

Blogger terkenal, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz membayangkan semua calon dalam pertandingan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan tahun lalu tidak terkecuali dari berkempen menggunakan wang.

Dalam posting di dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com, yang bertajuk "The Rumble that KJ created", Mohd Ariff Sabri yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan menyifatkan kemenangan Ketua Pemuda Umno kini, Khairy Jamaluddin sebagai "adil dan saksama".

"Beliau (Khairy) memenangi jawatannya dengan adil dan saksama, semua yang bertanding berkempen menggunakan wang. Kita tidak mahu bersikap hipokrit untuk membayangkan walaupun seketika, (bahawa) (Datuk Seri Dr Mohamad) Khir Toyo dan (Datuk) Mukhriz (Mahathir) berkempen tanpa menggunakan wang," kata beliau dalam blognya yang dikunjungi hampir tiga juta pengunjung sejak Jun 2008.Baca lagi klik tajuk. SPRM sila siasat!

Berkaitan;
Dialog Umno-Pas :Saya tak berbohong kata Mufti Perak-Malaysian Insider
Jamil Khir:Dialog Umno-Pas macam 'orang nak kahwin'-Malaysian Insider
Umno terlalu lemah dan terdesak sekarang-Suara-Keadilan Online

Umno Selangor : Khir dan Noh berebut 'lubang'?


Pertembungan Khir Toyo bekas MB Selangor dengan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Noh Omar yang mengadu kekuatan secara berasingan untuk dapat perhatian PM Najib memang menjadi bualan hangat di negeri Selangor. Laporan Malaysian Insider Umno Selangor dilanda 'perang tonjol' pengaruh ?:

Selepas tewas teruk dalam pilihan raya umum 2008 tanpa diduga, puak-puak dalam Umno Selangor kini bekerja keras untuk menonjolkan pengaruh dan kekuatan masing-masing di kaca mata kepimpinan pusat.

Ahli-ahli Umno di peringkat Umno Selangor Umno berpecah kepada aliran Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd. Khir Toyo yang kini merupakan Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.

Kedua-dua pemimpin ini bergerak bersendirian untuk menggerakkan usaha memperlekeh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik perhatian Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor.

Ia terbukti dalam isu pasir yang menjadi perhatian sejak awal minggu lalu.

Khir yang sebelum ini dipersalahkan atas kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional (BN) dua tahun lalu dan Noh pula kini anggota Kabinet persekutuan, dikatakan cuba memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai bakal menteri besar jika BN kembali berkuasa di Selangor.

“Kelihatan kedua-dua bersaing satu sama lain untuk mendapatkan perhatian berbanding bekerjasama demi memperkukuh kekuatan Umno Selangor,” kata seorang wakil rakyat peringkat negeri yang enggan namanya didedahkan.

Pemerhati pula berpendapat situasi yang pernah disaksikan di Kelantan selepas ia jatuh ke tangan PAS pada 1990 mula wujud di Selangor sekarang.

Kedua-dua pemimpin itu mencabar pentadbiran kerajaan negeri dengan mendakwa wujudnya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam aktiviti perlombongan pasir di Selangor.

Khir dan Noh mendedahkan perkara itu dengan mengadakan sidang media berasingan baru-baru ini.

Bekas menteri besar membawa pemberita ke Kampung Bukit Changgang di Dengkil pada 11 Julai untuk mendedahkan perlombongan pasir haram, yang menurutnya menjejaskan Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun anak syarikat pasir kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd menafikan dakwaan itu.

Dua hari kemudian Noh pula menyewa sebuah helikopter untuk melihat sendiri kawasan perlombongan pasir di kawasan Kuala Langat dan Batang Berjuntai dari udara.

Kedua-dua pemimpin itu menafikan wujudnya keretakan dalam hubungan mereka.-Malaysian Insider.

Baca juga;

Isu pasir: Umno kemuka 'bukti' kepada SPRM-Malaysiakini

Umno Kelana Jaya: Berhenti desak Muhammad Taib letak jawatan-Malaysian Insider

Abang tolong adik, adik tolong abang

Malaysian Insider -Auto Debit: Pas pertikai Petronas lantik CIMB bank tunggal;

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan Petronas yang memutuskan untuk mewajibkan pengusaha stesen minyaknya di seluruh negara menggunakan sistem auto debit disediakan oleh CIMB sebagai bank tunggal.

Salahuddin berkata, berdasarkan pekeliling dikeluarkan baru-baru ini pengusaha stesen minyak dikehendaki menggunakan sistem itu mulai 1 September ini.

Pertronas mempunyai 920 stesen di seluruh negara.

“Kami ada menerima aduan daripada wakil penjual Petronas, semua pengedar kini dipaksa untuk menggunakan khidmat sistem auto debit yang disediakan oleh CIMB berbanding masa sekarang di mana mereka bebas untuk menggunakan mana-mana bank mengikut keperluan dan keselesaan mereka,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu Salahuddin mempersoalkan motif keputusan Petronas Dagangan Berhad yang memutuskan untuk menggunakan hanya CIMB sebagai bank tunggal.

“Apakah rasional Pertronas untuk melantik CIMB sebagai bank tunggal... mengapa CIMB diberikan monopoli dalam urusan ini,” kata beliau.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pihaknya juga hairan kerana meskipun Maybank sebagai syarikat dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Petronas memutuskan untuk memberikan khidmat auto debit urusan transaksi stesen minyak kepada satu bank tunggal.

“Adakah Petronas memutuskan kerana ketua eksekutif kumpulan CIMB adalah adik perdana menteri?” katanya.-Malaysian Insider.



Isnin, 19 Julai 2010

Biaq la bagi Umno mengigau sorang-sorang , barang naik jangan lupa!

Sudah-sudah la pemimpin Pas dok kira apa perpaduan dengan Umno. Ada orang Pas dah meluat dengar pemimpin Pas dok ikut rentak pemimpin Umno nak buat perpaduan Melayu .Setiap kali barang naik ada saja Umno cari jalan nak pusing isu.

Bila harga petrol naik, gula naik, gas masak naik, tepung gandum naik penasihat Umno-Bn cari jalan , Apco cari jalan macam mana nak buat tak bagi rakyat marah dengan isu kenaikkan harga barang.Haaa... rupa-rupanya Umno pun mula sebut perpaduan Umno-Pas dan perpaduan Melayu supaya orang Melayu dan rakyat Malaysia pakat-pakat bincang isu perpaduan tak lagi pakat riuh barang naik.

Biaqlah bagi Umno mengigau sorang-sorang dengan Tok Mufti yang gila meroyan nak buat perpaduan Melayu daripada pemimpin Pas terlibat sama dok mengigau peluk Umno tengah-tengah malam.

Ada orang Pas yang kata daripada pemimpin Pas dok layan sikap Umno yang pandai gula-gulakan isu perpaduan lebih baik pemimpin Pas cari jalan bantu anggota Unit Amal Pas yang setengahnya hidupnya 'kais pagi makan pagi kais petang makan petang'! Ada antara mereka tiang rumah pun senget, bumbung rumah berayun-ayun cuba-cuba la pi ziarah .Waktu demontrasi dan tunjuk perasaan mereka berada di saf hadapan untuk hadapi apa saja rintangan yang datang.

Presiden Pas semasa muktamar tahunan di PUTIK Kelantan pun dah kata perpaduan dengan Umno dah tutup buku .

Kenaikkan harga barang golongan miskin dan mustadafiin amat terasa . Lain la dengan golongan kaya dan berada termasuk dalam kalangan pemimpin Pas sendiri tak berapa sangat nak terasa kenaikkan harga barang.

Baca;
Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno-Harakahdaily
Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata Pas-Malaysian Insider
Harga barang dijangka naik 6 bulan lagi-Harakahdaily

Pasir tanah persendirian disapu bersih kroni pemimpin Umno-Bn

Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak kerajaan negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah Umno akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada exco sumber alam Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN Umno.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN Umno memerintah," katanya lagi.-Malaysiakini Isu Pasir :Jangan tunduk pada pembangkang.

Ahad, 18 Julai 2010

Khairy kena sembur kiri kanan pemimpin Umno


Malunya bila Pemuda Umno dituduh tak lagi berjuang untuk orang Melayu oleh pemimpin Umno sendiri . Tapi NGo Perkasa pulak jadi idola orang Umno.Tapi kalau dilihat mana-mana demontrasi anjuran gerombolan ini dua-dua pihak ada. Di mana ada Umno di situ ada Perkasa. Ngo Perkosa ..uupp silap Perkasa dikatakan lebih umph daripada Pemuda Umno yang dikatakan Ku Li gila pangkat dan kedudukkan dalam Umno

Khairy Jamaluddin bukan saja disembur Ibrahim Ali tapi turut diterjah Ku Li Ahli Parlimen Gua Musang yang kata Khairy Ketua Pemuda Umno Malaysia dok himpit-himpit PM Najib sebab nak jawatan menteri. Khairy turut tidak disukai mantan PM Tun Mahathir semasa Pak Lah jadi PM dulu. Tapi orang yang puak-puak Umno ni tak suka lah yang menang jawatan Ketua Pemuda Umno! Pelik bin ajaib jugak dah menang tapi dibenci pemimpin Umno.

Dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun lepas pun bukan semua yang menang disukai ahli dan penyokong Pas , tapi depa wala' diam tak kata apa. Yang jeneh diam ni orang kata lagi bahaya daripada yang jeneh riuh! Wallah hu a'lam.

Khairy jugak dikatakan tidak lagi akan pertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan tahun depan. Betoika?

Lapor Malaysian Insider Ku Li ;Perkasa ambil peluang 'vakum' berpunca daripada Pemuda Umno;

Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat Perkasa, NGO berusia dua tahun ini semakin popular di kalangan orang Melayu kerana sayap Pemuda Umno telah gagal dalam memperjuangkan kepentingan mereka.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, tindak tanduk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan sokongan kepada dasar Datuk Seri Najib Razak hanya satu helah untuk mendapatkan tempat dalam Kabinet.

“Wujud vakum dalam Pemuda Umno, sedangkan ia seharusnya menjadi jurucakap bagi orang Melayu. Tetapi kepimpinan semasa tidak bercakap tentang nasib orang Melayu,” kata beliau.

“Ini menjejaskan kekuatan Umno,” kata Tengku Razaleigh kepada The Malaysian Insider semasa ditemu bual di sini semalam.

Bekas naib presiden Umno ini mendakwa Pemuda Umno buat masa sekarang telah kehilangan ketabahan dan tenaga dalam memperjuangkan hak orang Melayu dengan pemimpin-pemimpinnya hanya memburu kedudukan masing-masing.

“Ini kelihatan sangat menyedihkan, mereka kata dia hendak menjadi menteri... itu sebabnya dia menyokong Perdana Menteri, itu yang orang memberitahu saya,” katanya lagi.

Hakikatnya, kata Tengku Razaleigh, pada masa-masa lalu Pemuda Umno sentiasa mempersoalkan banyak isu berkaitan dengan nasib orang Melayu.

“Itu yang senantiasa menjadi peranan Pemuda Umno,” kata beliau.

Ketua Umno Gua Musang juga berkata, persekitaran dalam parti dilihat memihak kepada Perkasa untuk memikat lebih ramai ahli Umno yang bersungut.-Malaysian Insider.