Rabu, 7 Julai 2010

Suara Keadilan:KDN buat siasatan di premis percetakan di Shah Alam


Kenyataan berterusan pemimpin PKR Tian Chua bahawa Suara Keadilan akan terus dicetak walaupun tiada permit penerbitan telah menyebabkan pihak penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri melakukan siasatan dibeberapa premis percetakan di Shah Alam.

Terkini dua buah kilang percetakan di Shah Alam termasuk kilang yang mencetak Harakah ,akhbar rasmi parti Pas pagi ini telah didatangi empat pegawai penguatkuasa KDN dari cawangan negeri Selangor untuk buat siasatan samada kilang terbabit mencetak Suara Keadilan yang permit penerbitannya ditamatkan minggu ini. Walaupun pihak pengurusan kilang memberitahu tidak ada sebarang cetakan suratkabar Suara Keadilan empat pegawai penguatkuasa KDN tetap buat siasatan dibahagian percetakan kilang yang disiasat.

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin telah bagi amaran keras jika pihak Suara Keadilan dan pencetak terus terbitkan edisi yang tiada permit premis mereka akan disita.

Berkaitan;
KDN cari edisi terbaru Suara Keadilan-Malaysiakini
Suara Keadilan: Apabila demokrasi dihukum mati -Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam...
    knp taim PR jek ada kes cari sehingga ke lubang cacing tpi kalo Umno-Apco tu siasatan bt sambil lewa jek..seseungguhnya, doa org2 yg dizalimi itu dimakbulkan Allah..wawahua'lam

    BalasPadam