Ahad, 11 Julai 2010

Kalau rakyat nak tukar kerajaan sekat apa pun dah tak jalan!

Ketakutan apa yang ada kepada Kerajaan Umno-Bn sehingga menggantung permit penerbitan akhbar parti-parti Pakatan Rakyat. Permit dah tamat tak disambung dan melambat-lambatkan hanya-semata-mata mereka adalah daripada parti-parti yang tidak bersekongkol dengan Umno-BN.

Jika laporan yang dibuat akhbar-akhbar alternatif tak betoi ,tak benar saman bukannya tutup akhbar yang tak menyokong Umno-BN! Dunia semakin maju kedepan bukan mundur ke belakang. Orang tak baca akhbar mereka baca berita blog dan berita-berita online yang ada di internet. Umno-Bn boleh menyekat rakyat daripada membaca media alternatif tapi kerajaan tidak dapat menyekat media baru yang setiap detik dan saat boleh mengetahui apa yang dikatakan Raja Petra dan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang berada di London.

Umno-Bn tidak mahu rakyat bawahan yang tidak ada kemudahan internet membaca akhbar Suara Keadilan, Harakah dan lain-lain media yang tak mesra BN.Kekangan ke atas media alternatif dah tak berkesan jika rakyat terus mahukan perubahan dalam pru akan datang. Jika rakyat maukan perubahan , nak tukar kerajaan yang ada buat la menatang apa pun dah tak berkesan lagi. Longgok duit berjuta-juta belum tentu boleh menang pilihanraya. Contoh di Sibu.

Tak kan nak renew permit akhbar kena berlutut depan Menteri , menangis-nangis baru Menteri nak luluskan permit baru?Gila ka apa?

Baca juga ;
Nik Aziz :Boikot media pro BN jika permit tak diperbaharui-Harakahdaily
Edisi terbaru Suara Kedailan terbit tanpa permit-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Salam...
    Rakyat skrg bijak membuat pertimbangan..jika sekatan terus dilakukan keatas akhbar2 PR..rakyat akan lebih berpendapat btapa kejamnya pemerintahan Umno Apco..wallahua'lam

    BalasPadam