Jumaat, 16 Julai 2010

Media 'Pak Turut' dilarang sebut 'Barang Naik ' , memang betoi rakyat nak dibodohkan macam lembu

Semua media pro Umno-Bn diarahkan supaya tidak guna perkataan 'Barang Naik' (BN) bila laporkan kenaikkan harga barang. Habis tu nak guna perkataan apa? Media 'pak turut' Umno-Bn iakan saja kehendak pemimpin Umno-Bn yang mahukan rakyat dibutakan dan dipekakkan daripada membincangkan kenaikkan harga barang yang bebankan rakyat bawahan.

Malaysiakini - Editor diarah elakkan perkataan 'barang naik' melaporkan;

Dalam usaha mengelakkan kecaman rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5-dalam-1 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, semua media yang dikawal kerajaan diingatkan supaya tidak menggunakan perkatan 'barang naik' dalam laporan mereka.

Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.

Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.

Taklimat berkenaan dikendalikan oleh penasihat media perdana menteri dan editor berkenaan memberitahu Malaysiakini ia dijalankan dalam suasana yang mesra.

"Mereka secara hormat memohon kita supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti itu sukar jika tidak dilayan,” kata seorang daripada editor itu.

Media juga digalakkan oleh penasihat berkenaan supaya menjelaskan “rasional pengurangan subsidi" dalam laporan berita mereka dan juga menekankan bahawa harga gula dan bahanapi di Malaysia masih yang terendah di rantau ini.-Malaysiakini. Baca lagi klik tajuk di atas.

Memang betoi lah rakyat nak dibodohkan macam lembu bodoh! Perkataan yang diboldkan itu hanya nak kelabukan orang kampung yang tak faham apa itu 'pelarasan harga', 'rasionalisasi subsidi' dan 'rasional pengurangan subsidi'. Kalau makan asam jawa tentu rasa masam, makan mak jon tentu rasa kelat-kelat takkan kalau sebut nama lain rasa boleh berubah?

Mungkin ada yang seronok bila sebut 'barang naik' terutamanya bini kita . Kalau 'barang tak naik' cepat-cepat la hang pa pi berubat silap haribulan bini minta cerai!

Sampai tua la kita kena tipu bila tiap-tiap kali Barang Naik! Pangkah lagi kalau mau terus Barang Naik! Selamatkan anak cucu kita daripada terus ditipu BN demi masa depan generasi akan datang.

2 ulasan:

  1. Salam...
    nak bt cam na...depa memang suka kena tipu..bila org pakat dok kata ubah pilihan dlm mengundi..depa xmau..depa dok kata..xblh ubah..tok nenek kami undi depa dr dulu..kalo xundi kira derhaka...susah nak ubah mentaliti org melayu la ni...setia xkena tempat..wallahua'lam

    BalasPadam
  2. depa x suka gna perkataan barang naik...mmmmmmmmm..kalau mcm tu kita guna babi negara(bn)...huhuhuhu..-anakmu......

    BalasPadam