Khamis, 8 Julai 2010

Akhirnya Kuda-Kuda Yang Keluar PKR Diperkuda Umno

Umno Selangor tak mampu nak melawan hujah Pakatan Rakyat dengan kepimpinan Umno Selangor yang ada lalu mengambil kuda-kuda yang keluar PKR termasuk yang dipecat daripada parti itu untuk buat roadshow bagi rakyat percaya apa yang akan mereka sampaikan dalam ceramah mereka. Ini menunjukkan betapa lemahnya Umno Selangor yang berketuakan PM Najib sendiri selaku Ketua Perhubungan Umno Selangor.Askar-askar upahan yang keluar PKR ini pun dah tak laku ditempat mereka dan kawasan Parlimen yang mereka jadi Ahli Parlimen. Kalau tempat sendiri tak diterima rakyat apatah lagi rakyat Selangor .

Malaysia Insider melaporkan Umno Selangor: Zahrain, Zul Noordin antara sertai roadshow;

Ahli-ahli Parlimen Bebas khususnya mereka yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun ini akan menyertai program jelajah yang bakal dianjurkan Umno Selangor untuk mendedahkan “sandiwara” Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abd Shukor Idrus berkata, kehadiran wakil rakyat terbabit dapat memberi penerangan jelas kepada rakyat berhubung apa yang berlaku terutama membabitkan isu politik di Selangor.

“Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku, mereka ini pernah berada dalam parti terbabit seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin,” kata beliau dipetik Umno Online hari ini.

Kedua-dua mereka sebahagian daripada anggota Konsensus Bebas yang ditubuhkan oleh lima wakil rakyat yang dahulunya merupakan pemimpin PKR.

Tiga yang lain ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Shukor berkata melalui program ini Umno Selangor yakin dapat memberi penjelasan terutama membabitkan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor supaya “rakyat tidak terus ditiipu dengan permainan mereka.”-Malaysia Insider

1 ulasan:

  1. Salam...
    makin hebat nampaknya Umno-Apco mengatur strategik menjelang PRU 13...wallahua'lam

    BalasPadam