Sabtu, 10 Julai 2010

Semakin panas, Chegubard ditahan polis isu Altantuya


Seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog mengenai Altantuya Shariibu.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, beliau ditahan di pejabat PKR Negeri Sembilan di Seremban ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR cabang Rembau kira-kira jam 9 malam pada Jumaat.

“Baru nak pengerusikan mesyuarat cabang Rembau, sekumpulan 15 orang angggota polis serbu dan ambil Chegubard, ditahan dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban,” tulisnya dalam laman blog mikro Twitter.

Badrul yang juga pengarang buku Di Sebalik misteri pembunuhan Altantuya juga menulis bahawa rumahnya di Bukit Chedang, Seremban digeledah polis selepas beliau ditahan.

Beliau memberitahu dibawa sekali ketika operasi itu dijalankan.

Polis kemudian merakamkan kenyataannya di IPD berkenaan, tulisnya lagi.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas dibebaskan dengan jaminan polis hampir jam 12 tengah malam tadi, Badrul mengesahkan laporan-laporan di Twitter berkaitan penahanannya.-Malaysiakini Artikel Altantuya:Pemimpin PKR ditahan polis.

1 ulasan:

  1. Salam...
    besalah adat berjuang..pasti ada onak dan duri..mga dpermudhkan urusan Chegubard..amin

    BalasPadam