Selasa, 13 Julai 2010

Pakat makan pulut durian kat parlimen takkan permit Harakah tak boleh sambung!


Minggu lepas semua ahli parlimen Malaysia tak kira daripada parti apa pun yang ada di Malaysia ini boleh dok semeja makan makan pulut durian dan segala jenis buah-buahan tempatan termasuk juga dihidangkan daging kambing sampai ada yang pengsan. Tang makan depa boleh bersatu . Ada ahli parlimen Umno bagi durian kat ahli parlimen Pas , suap menyuap begitu selera sekali!

Bagaimana pulak ahli-ahli dan penyokong parti yang berada di bawah. Setengah tempat bertindih bayang pun tak boleh.Terserempak dalam kedai kopi pun tak boleh dok semeja.Depa di atas bukan main lagi mesra.Ada yang kata tengok gelagat ahli-ahli parlimen pakat makan durian sampai naik meloya! Ini apa yang sampai ketelinga aku.

Tu cerita makan. Bagaimanapun hingga kini permit akhbar Harakah dan Suara Keadilan masih digantung penerbitannya.Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih main tarik tali dalam isu permit penerbitan dua akhbar berkenaan.Suara Keadilan dipancung habis-habisan sementara akhbar Harakah mendapat ehsan untuk terus dicetak tanpa permit. KDN ikut telunjuk pemimpin Umno bagi menunjukkan betapa berkuasanya mereka , betapa sombongnya mereka walaupun dah hilang 4 negeri dalam pru yang lalu.

Berkaitan;
Kebebasan akhbar mesti diperjuang, bukan ehsan-Detikdaily
Permit: Harakah hantar jawapan ke KDN hari ini-Harakahdaily
PKR tetap terbit akhbar-Harakahdaily
Suara Keadilan:KDN cipta alasan remeh, bodoh-Malaysiakini
KDN buat laporan polis Suara Keadilan terus diterbit-Malaysiakini
PKR: Wartawan , editor SK nak makan apa ?-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. "Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya? Katakanlah: Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui"..Firman Allah dlm Surah Al-A'raf Ayat 32

    BalasPadam