Sabtu, 3 Julai 2010

Karpal Singh Nak Negara Sekularisme Sama Macam Umno

Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir kata daripada Pas bersama Dap lebih baik Pas bersama Umno. Ini ekoran daripada kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang minta Karpal Singh pemimpin Dap tunjuk dimana silapnya Islam dan cacat celanya pentadbiran Pas di Kelantan yang berteraskan ajaran Islam.

Perbezaan pendapat itu adalah perkara biasa ,tambah-tambah Karpal Singh bukan penganut agama Islam sudah tentu mempunyai pemahaman yang berbeza tentang Islam. Adakah hanya kerana perbezaan pendapat dua pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu Pas kena bersama Umno?
Bagaimana pulak dengan pemahaman pemimpin Umno tentang Islam?

Kalau Karpal Singh kata Malaysia tetap negara Sekularisme , Umno juga menganggap demikian sama macam Karpal Singh kata. Umno dan Dap sama daripada segi ideologi untuk terus menjadikan Malaysia sebuah negara sekularisme! Tapi kenapa Umno dan Dap tak boleh bersama? Kalau Umno boleh berbaik dengan MCA , Gerakan dan MIC apa kejadahnya Pas tak boleh berbaik dengan orang bukan Islam tanpa gadai prinsip dan ideologi yang termaktub dalam perlembagaannya.

Pas dengan Umno memang sama daripada segi warna kulit dan agama tapi yang membezakan Umno dan Pas adalah dasar perjuangan yang dibawa kedua-dua parti. Bab lain kalau orang Pas pun kaki rasuah macam Umno , kaki bodek haaa tu baru betoi-betoi sama macam Umno yang dulu, kini dan selamanya rasuah! Jangan sampai orang kata Pas Umno serupa kalau bab rasuah nanti semua pakat masuk Umno sebab dah serupa perangai. Kalau pemimpin Pas kata pemimpin Umno hidup mewah tapi dalam masa yang sama pemimpin Pas pun hidup bermewah -mewah sama macam Umno, rumah besar , kereta mewah tak sepadan dengan income memang sama sungguh la Pas dengan Umno.Yang ni Pas kena jaga betoi2. Cegah sebelum parah!

Berkaitan;
Nik Aziz :'Itu pendapat peribadi Karpal'-Malaysian Insider
Pas lebih baik bersama Umno daripada Dap-Mukhriz- Bernama
Muhyiddin:'Umno ibarat kapal lama, tidak bergerak lancar'-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Salam...
    betul tu..yg membezakan sume pahaman politik ialah apa yg diperjuangkan..jgalah nama baik Parti..jgn biar org mengata kita ni same jek ngan depa..wawahua'lam

    BalasPadam