Khamis, 15 Julai 2010

Demokrasi untuk media dah mampoih

Apa lagi yang ada untuk rakyat yang tidak menyokong Umno-BN. Akhbar alternatif seperti Harakah, Suara Keadilan dan juga Roket terpaksa dihentikan penerbitan buat sementara waktu gara-gara terpaksa tunduk , patuh dan taat kehendak KDN yang jadi kuda tunggangan Umno.

Negara apa Malaysia ini yang mengaku pemerintahan berasaskan Demokrasi tapi dah jadi macam kuku besi yang mengikat , mengongkong, kebebasan bersuara yang dibenarkan Perlembagaan Malaysia. Media pro Umno-Bn tulislah menatang apa pun sikit pun tak dijentik apatah lagi dipulas telinga. Kalau ada pun amaran hanya sekadar lepas batuk atas tangga .

Dah cakap banyak kali rakyat cuba dibutakan penglihatan dipekakkan telinga terhadap penyelewengan kerajaan Umno-Bn yang mengaku tak mau rasuah tapi rasuah jadi makanan harian mereka.

Kenapa Umno-Bn takut dengan media yang tak menyokong Umno yang kuantitinya hanya sekadar 100 ribu naskah setiap kali cetak sedangkan yang melihat salahlaku BN di berita online di internet berjuta orang setiap hari?

KDN dan Umno-Bn hanya sekadar ingin menunjukkan kuasa yang mereka ada kerana permit penerbitan setiap akhbar menjadi hak milik pihak penerbit yang mesti diluluskan! Mereka sekarang sedang menjulang-julang kuasa yang mereka ada yang entah kekal atau tidak dalam pru akan datang.Sekiranya orang Melayu sedar akan mainan kotor pihak pemerintah seperti yang orang Melayu lakukan dalam pru tahun 1999 , sementara orang Cina kekal sokong Pakatan Rakyat Umno-Bn akan jadi pembangkang diperingkat pusat buat pertama kali. Waktu tu baru Umno kenai langit tu tinggi ka rendah..

Baca juga;
Media:Pembangkang diikat, BN tumbuk perut
-Harkahdaily
Gantung permit mungkin formula Apco-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam...
    ingatlah..Allah itu lebih berkuasa dari setiap makluk di muka bumi dan sekalian alam...kuasa yg Allah beri tu hanya sementara..jika bersyukur...Allah tambah nikmat...jika kufur..siksa amatla berat..fikir2lah...setiap yg dipertangungjawabkan..Allah akan soal bagaimana amanah itu kt laksanakan..adakah sebaik mgkin atau sambil lewa..wallahua'lam

    BalasPadam