Jumaat, 16 Julai 2010

Haa Ambik ! Lubang Sana Lubang Sini Semua Barang Naik!

Seperti biasa bila nak naik barang keperluan utama pengguna minyak petrol , gas masak , gula tak ada pemberitahuan lebih awal tup-tup dengar-dengar malam tadi semua barang keperluan utama dah naik. Rakyat digembar-gemburkan dengan isu pasir yang tak ada kesudahan di Selangor yang seolah-olah negeri Selangor pijak tang mana pun berlubang-lubang.Ulang lagi sekali PR tak pandai korek pasir 2 tahun perintah negeri Selangor berlubang-lubang. Umno-Bn masa perintah Selangor 50 tahun pandai korek pasir sampai satu lubang negeri Selangor tak berlubang!

Gerombolan yang melalak isu pasir itu patut turun demontrasi buat bantahan terhadap kenaikkan harga barang pengguna. Dok kalut dengan korek pasir sampai berlubang tengok-tengok gula pasir yang naik harga . Padan muka hang pa!

Berikut senarai baru harga barangan utama yang naik menjelang bulan puasa bulan depan;

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)-Malaysiakini.
Mungkin ada yang kata , "Alaa minyak petrol naik 5 sen saja apa nak kisah." Tu melambangkan fikiran yang otaknya parti cap keris telanjang yang mengiakan saja apa yang Umno buat.Kerajaan Umno-Bn dapat royalti daripada Petronas RM70 bilion hang pa tau dak! Buat apa pun tak apa janji UMNO! Rakyat bawahan hidup tercekik dengan segala macam harga barang yang mahal hanya ikut rentak mainan kotor parti pemerintah yang pandai gelembong Satu Malaysia.

Kita dihiburkan dengan berita Pas parti sesat, CNN dibayar Anwar Ibrahim , Selangor negeri berlubang, jangan makan gula banyak nanti kena kencing manis (sebab nak naik harga gula) sedar tak sedar barang dah naik . Haa ambik !

Berkaitan;
Kerajaan berkira ,sanggup rampas 5 sen duit rakyat-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam...
    tula...spa suruh pakat skong umno-apco..sume brg pakat naik..pasai pa naik???sbb nak biaya pilihanraya akan dtg (kata temsn off)..wallahua'lam

    BalasPadam