Khamis, 15 Julai 2010
Elok dah PR gali lubang Umno tutup lubang!
Hari ini gerombolan NGO Perkasa dan suku sakat Pemuda Umno Selangor terkinja-kinja depan Bangunan SUK Selangor dengan lencana yang tertera ;
"Selangor berlubang, selamatkan rakyat Selangor".
Mereka kononnya nak selamatkan negeri Selangor yang kononnya dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor dah berlubang-lubang kerana korek pasir. Korek pasir dua tahun oleh Kerajaan Negeri Selangor sampai berlubang-lubang tapi Umno-Bn perintah Selangor dulu selama 50 tahun dulu korek pasir satu lubang pun taaraakkk! Gambar sebelah malaysiakini.
Umno-Bn dah tak dapat selubang pasir sekarang ini bila dah hilang kuasa lalu dilaungkan 'selamatkan Selangor' kerana periuk nasi Umno yang sapu pasir di Selangor dah semakin terjejas sumber kewangan untuk hadapi pru akan datang.Nak selamatkan Selangor atau nak selamatkan Umno di Selangor?Lagi banyak digali lubang pasir semakin ramai Umno akan jatuh dalam lubang pasir di Selangor. Ini yang dibimbangkan Umno Selangor.
Ruang demokrasi di Selangor sekarang terbuka luas .Sapa tak puas hati boleh tunjuk perasaan takat mana yang mereka larat. Tiada halangan. Dulu tak ada ruang untuk demo kalau tak puas hati , kalau ada pun FRU dah tunggu dengan kayu cota! Nak demo kepala lembu boleh, demo lembu korban boleh , demo pasir berlubang pun boleh cuma yang tak ada demo pasir berdengung! Umno dan Perkasa Selangor demo hinggut-hnggut pintu pagar SUK pun tak mengapa tak ada yang nak melarang. Inilah perangai orang kalah macam ibu ayam baru menetas yang kehilangan anak . Silap sikit saja kira nak sembung tak ketawan hala.
Umno Selangor nak tutup lubang-lubang yang depa gali dulu takut makin banyak terbongkar rahsia Khir Toyo masa jadi MB dulu. Rumah Khir yang berpuluh juta cuba ditutup rapat-rapat supaya satu lubang pun tak pecah!
Apa pun sapa buat tak betoi tak kira PR atau sapa pun lubang-lubang besar sedang menanti anda untuk terjun dalam lubang yang hang pa gali dalam pru akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sebenarnya nak buat rumah Khir Toyo tak cukup pasir ....
BalasPadamsebab tu depa buat demo...
Ikut budget asal buat rumah Khir Toyo pasir Free ...
Alih-alih la ni kena catu...
Apa nak buat ....Toyo....Toyo...