Khamis, 1 Julai 2010

Rosmah Bini PM Najib Dan Taukeh Karpet 'Taja' Bala Ke London

Ketika Ahli parlimen Bebas Zahrain minta supaya disiasat siapa yang taja Raja Petra dan P.Bala di London kita didedahkan pulak dengan laporan Malaysiakini bahawa Penyiasat persendirian P.Balasubramaniam yang 'hilang' dan dikatakan berada di London ditaja oleh bini PM Najib , Rosmah Mansor dan Deepak taukeh karpet. Malaysiakini melaporkan ;

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, berkata beliau telah diarahkan oleh anak guamnya bagi menjawap kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidan media di lobi parlimen semalam.

Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London.

M
enurut Americk, Balasubramaniam menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain.

“Wang yang akan digunakan oleh beliau bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang beliau terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah, yang merupakan penaja sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Americk (kanan) berkata SPRM wajar menyiasat kedua-dua mereka.-Malaysiakini Bala : Deepak,Rosmah 'taja' lawatan saya ke London.



Berkaitan;
SPRM hanya alat untuk kekalkan golongan penguasa Umno-Bn-Suara-keadilan.

1 ulasan:

  1. Salam..
    SPRM kna jlnkan tugas dgn sebaik mungkin..da lama da kes ni...

    BalasPadam