Isnin, 5 Julai 2010

Zambry takut bayang-bayang sendiri, tiang rumah di sangka hantu!


MB 'Mahkamah' di Perak , Zambry takutkan bayang-bayang sendiri bila menganggap orang Umno pun disangkanya daripada parti lawan yang kononnya menyusup ke dalam Umno yang dah busuk hingga ke ususnya. Itulah manusia kalau ambik harta orang buat jamu anak bini makan nampak macam senang hidup tapi sentiasa dalam keluh kesah.Tiang rumah pun di sangka hantu! Kucing terlanggar pinggan di dapur dia kata orang masuk nak merompak rumah dia..atau mungkin taktik Zambry supaya jawatan MB Perak terus berada dalam genggamannya tak direbut oleh pemimpin Umno lain yang jugak nak jawatan MB Perak..

Bernama melaporkan DR Zambry ingatkan anggota Umno taktik penyusupan pembangkang ;

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sekali lagi mengingatkan anggota Umno di negeri itu agar berwaspada dengan penyusupan penyokong pembangkang ke dalam parti yang bertujuan melemahkan Umno.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata pihak pembangkang sekarang semakin terdesak kerana Umno semakin kuat.

"Mereka tahu kekuatan Umno di Perak semakin kuat jadi mereka akan cuba menggugat. Mereka akan bertindak dengan apa sahaja cara untuk memecahbelahkan parti," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perbadanan Taman Negeri di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas kenyataannya kelmarin bahawa pembangkang di Perak dikesan menjalankan strategi dengan menyusup masuk sebagai anggota Umno untuk memecahbelahkan parti dari dalam.

Katanya langkah berhati-hati perlu diambil untuk mengelakkan Umno daripada berpecah belah kerana mereka yang menyusup akan bersifat 'talam dua muka' dan membuat kenyataan-kenyataan memancing serta bermain dengan sentimen kebencian.-Bernama.

1 ulasan:

  1. Salam..
    xyah takut pada penyusupan penyokong pembangkang jika parti tersebut betul2 kuat..wawahua'lam

    BalasPadam