Rabu, 7 Julai 2010

Takkan sampai nak sita kilang cetak

Nampaknya selepas ini media alternatif Pakatan Rakyat hanya akan tinggal akhbar Harakah sajalah selepas suratkabar Suara Keadilan digantung tak bertali. Harakah pun dah kena panggil dengan KDN tapi tak dibatal permit penerbitan . Kuantiti cetakan Harakah mungkin akan bertambah jika permit Suara Keadilan tak disambung.

Dengan gaya Hishamuddin Menteri Dalam Negeri bercakap macam mengugut Suara Keadilan jika akhbar tersebut terus dicetak agak sukar Suara Keadilan akan diterbitkan. Hishamuddin membayangkan akan menyita pejabat Suara Keadilan dan kilang cetak yang mencetak Suara Keadilan . Mereka kerajaan Umno-Bn berkuasa di peringkat pusat boleh buat apa saja ikut kemahuan mereka selagi berkuasa termasuk dalam negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Kerajaan Umno-Bn semakin rakus mencengkam media pro Pakatan Rakyat menjelang pru 13 akan datang.Otak rakyat tidak dibenarkan menerima maklumat yang boleh menyebabkan rakyat bangun menolak kerajaan Umno-Bn.

Baca juga;
Hishamuddin:Suara Keadilan 'melamar' bahaya-Malaysiakini
Harakah: Heret juga media perdana ke KDN-Malaysiakini
Kenyataan Muhyiddin ugut orang Melayu-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam..
    marahkan nyamuk..kelambu dibakar..wawahua'lam

    BalasPadam