Khamis, 22 Julai 2010

Perpaduan bangsa hanya sedap di mulut -Mat Sabu

Perpaduan sebenar di kalangan umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan kepada Allah dan bukan berasaskan bangsa, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Ia sama dengan mencari pemimpin. Sebagai orang biasa, kita mencari pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

"Begitu juga dengan perpaduan. Kita mahu perpaduan berasaskan ketaqwaan kepada Allah kerana perpaduan berasaskan bangsa lebih banyak melakukan pengkhianatan dari kebaikan," tegas beliau.

Lebih dari itu, katanya lagi, perpaduan berasaskan bangsa "hanya sedap diucapkan di mulut sahaja".

Sama seperti orang-orang Arab, beliau tidak nampak orang-orang Melayu boleh disatukan atas nama bangsa.

"Bangsa Arab tidak pernah bersatu menentang Israel dan tidak pernah bersatu untuk kepentingan rakyat Palestin yang dijajah.

"Kalau perpaduan boleh diwujudkan atas nama bangsa, sudah lama Arab bersatu melawan Israel dan membebaskan bumi Palestin yang ditakluki," katanya.

Malah, katanya, kerajaan-kerajaan Arablah yang berkomplot menentang usaha-usaha yang dilakukan Mufti Baitulmuqaddis, Muhammad Amin al-Husayni yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentang Zionisme dan penubuhan negara orang-orang Yahudi di bumi Palestin.

"Kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang enggan mengiktiraf kemenangan besar Hamas dalam pilihan raya Palestin 2006 dan kini kerajaan-kerajaan Arab jugalah yang bersekongkol melakukan sekatan bantuan kemanusiaan ke atas Gaza," katanya.

Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa, tegas Mohamad lagi, tidak akan dibebaskan oleh perpaduan Arab.

"Palestin, Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa akan dibebaskan oleh orang-orang yang bertaqwa serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang berkaitan dari Eropah," katanya.-Harakahdaily.

Bekaitan;
Hasan Ali dikait lagi dengan isu Umno-Pas -Malaysiakini

4 ulasan:

  1. jangan samakan melayu dengan arab..
    nilai setiap manusia berlainan, cara pemikiran boleh dipupuk, dan jangan katakan mustahil untuk bangsa melayu bersatu

    BalasPadam
  2. Salam...
    Perpaduan sebenar di kalangan umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan kepada Allah dan bukan berasaskan bangsa...mdalam maksudnya...fikir2 dan renung2kanlah...wallahua'lam

    BalasPadam
  3. Untuk SyerAgh...

    "jangan samakan melayu dengan arab..
    nilai setiap manusia berlainan, cara pemikiran boleh dipupuk, dan jangan katakan mustahil untuk bangsa melayu bersatu"

    Benar... melayu dengan arab banyak bezanya. Akan tetapi banyak juga perbezaannya seperti contoh kebodohan melayu dan kebodohan arab lebih kurang sama. Juga boleh dilihat tentang sikap pemalas antara melayu dan arab lebih kurang sama. Bandingkan umat Islam di China, umat Islam di Amerika, umat Islam di Iran, umat Islam di Eropah, mereka jauh lebih bertamadun berbanding arab dan melayu. Walaupun Islam tertindas di negara kafir tersebut tetapi mereka lebih berdikari berbanding melayu dan arab. Melayu dan arab juga ada yang lebih bertamadun tetapi ianya terbalik. Melayu dan arab yang bertamadun akan ditindas oleh bangsa mereka sendiri. Pemimpin pula sibuk mengatakan mereka lebih bijak dari rakyat.

    BalasPadam
  4. Perpaduan cuma akan diminta apabila diri dah lemah.
    Bagi yang dah rasa kuat, in a good swing, akan menyombong diri pula tak kan bersatu dengan yang lemah, tambahan pulak bila dah bermusuh.
    Cara nak beroleh kuasa, tak kira cara macam mana pun walaupun terpaksa bersekongkol dengan puak yang bertentangan prinsip perjuangan.
    Mat Sabu, anda sekurangnya patut merasa lega tak bersekongkol dengan peliwat negara....

    BalasPadam