Isnin, 5 Julai 2010

Selepas Presiden Pas dituduh pengganas, kini Pas pulak dituduh sesat

Shafie Afdal pemimpin Parti Umno yang halalkan judi bola kata Pas sebagai 'parti ajaran sesat'.Parti Umno yang juga sahabat agen Yahudi Apco Worlwide bukan baru tuduh Pas dengan label sedemikian dah lama dah sejak zaman mantan PM Tun Mahathir lagi .Pas pernah dilabel dengan gelaran 'parti komunis', jumud dan kolot oleh pemimpin Umno. Yang elok perangai hanya Umno walaupun parti Umno menghina agama Islam, persenda Nabi Muhammad SAW yang simpan janggut dan pemimpin Umno juga pernah hina hukum hudud di Kelantan dengan kata ,"kalau nak makan sup tangan sila ke Kelantan ."

Apa yang disebut Shafie Afdal itu tidak lain dan tidak bukan bahawa gendang pilihanraya umum dah bermula. Bermula dengan tuduhan Presiden Pas terlibat dengan JI dan pengganas kini parti Pas pulak dituduh sesat.

Malaysiakini melaporkan Pas parti ajaran sesat , laporan polis dibuat ke atas Shafie;

PAS Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung ucapannya yang didakwa menuduh parti Islam itu sebagai parti ajaran sesat.

Laporan polis itu dibuat di balai polis Sentral Johor Bahru yang diketuai ketua penerangannya Mazlan Aliman, yang diiringi kira-kira 20 penyokong parti itu, pada jam 11.30 pagi tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini pagi ini, Mazlan mendakwa Mohd Shafie yang juga naib presiden Umno, dalam ucapannya perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya kelmarin, telah menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"Itu kenyataan yang biadap, amat keterlaluan. Maka kami membuat laporan meminta pihak polis menyiasat kenyataan beliau itu dan kami mendesak agar beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu," katanya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, kenyataan Mohd Shafie itu dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian semalam .Malaysiakini.

Berkaitan;
Sesat:Salahuddin cabar Shafie debat -Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Salam..
    kalo dah xsuka..mcm2 tduhan dibuat...ingatlah, Allah bersama dgn org2 yg benar..wawahua'lam

    BalasPadam