SPRM tak berani siasat Bala Penyiasat Persendirian tapi Kerajaan Perancis teah panggil Bala untuk bagi keterangan isu jual beli kapal selam Scorpene.
Malaysiakini Mahfuz ;'SPRM takut pada Bala ' melaporkan;
Adalah sesuatu yang memalukan bahawa Perancis yang serius mengenai siasatan dakwaan rasuah itu dan bukannya kerajaan Malaysia, kata ahli parlimen PAS bagi Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
"Sebuah kerajaan asing dan bukannya SPRM yang menyiasat perkara ini. Ini kerana mereka tidak mahu cakap-cakap bahawa salah sebuah agensi milik kerajaan mereka terbabit dalam rasuah, melibatkan ahli politik mereka dan Malaysia.
"Mengapa SPRM tidak menyiasat perkara ini? Mengapa mereka tidak bercakap dengan Balasubramaniam? Ini sangat aneh. Saya rasa suruhanjaya itu takut padanya."
Mahfuz kemudiannya secara berseloroh dengan berkata singkatan untuk SPRM - bermaksud "Suruhanjaya Pondan Rasuah Malaysia" jika ia menunjukkan sikap pengecut seperti itu.
PKR Tian Chua Batu parlimen, yang turut menghadiri sidang akhbar yang sama, bersetuju dengan pandangan Mahfuz.
Katanya, SPRM mesti merasakan ia lebih baik dari polis Perancis, apabila hanya menghantar satu siri "soalan kuiz", sedangkan polis Perancis mengambil berat testimoninya dan bersemuka dengannya.-Malaysiakini.
Berkaitan;
Bala bakal jadi 'agen asing' selepas Anwar-Mahfuz (Harakahdaily)
apa nak jadi dengan Negaraku? Siapa yang boleh diharap kan menyelamatkan Malaysia? Harap kan UMNO dah terlalu lama, Perjuangan Belum Selesai. Belum selesai lagikah mengaut hasil mahsul negara macam penjajah dulu
BalasPadam