Jumaat, 16 Julai 2010
Melayu jangan jadi lembu bodoh
Kata Ustaz Azrul Hakim penceramah daripada Shah Alam yang menceritakan kisah tiga ekor lembu yang diperbodohkan oleh seekor singa. Singa yang datang kepada tiga ekor lembu yang berwarna putih , coklat dan hitam lalu berkata kepada tiga ekor lembu itu, "Kita kena cari jalan supaya Tok Penghulu tak nampak kita, kalau Tok Penghulu nampak kita dia akan tembak dan bunuh kita."
Kata tiga ekor lembu tu kepada singa, "kita nak buat macammana supaya Tok Penghulu tak bunuh kita?"Jawab singa, "Kita kena korbankan salah seorang kawan kamu yang berwarna putih kerana warnanya terang senang dilihat Tok Penghulu sebab warnanya terang, caranya ialah biarlah aku makan lembu putih selesai masalah."Lembu yang berwarna coklat dan dan hitam pun bersetuju lalu singa pun makan lembu putih tersebut.
Selang tak berapa lama singa datang lagi kepada lembu coklat dan hitam dan berkata lagi, "Kita kena korbankan kawan kamu yang berwarna hitam sebab antara kita lembu hitam ini akan dibunuh Tok Penghulu sebab antara kita yang hitamlah Tok Penghulu senang nampak, caranya sama biar aku yang makan lembu hitam selesai masalah!" Lembu coklat dan hitam bersetuju cadangan si singa lalu dimakan lembu yang berwarna hitam.
Sebulan kemudian si singa datang lagi dan terus berkata ,"Haaa sekarang kamu lembu coklat , warna kamu dengan aku sama jadi sebelum Tok Penghulu bunuh kamu biar aku yang makan kamu, dan kamu pun dah tak boleh nak lari kemana!" Habis semua lembu kena makan dengan si singa yang cerdik dan putar alam.
Apa alasan kerajaan bila barang naik harga? Tak larat nak tanggung subsidi, negara akan bangkrap jika subsidi diteruskan. Baguih naik harga gula ni sebab rakyat dapat amalkan gaya hidup sihat tak kena kencing maneh! Kalau semata-mata makan gula kena kencing maneh semu-semut yang hurung gula dah lama kena kencing maneh! Kanak-kanak yang makan gula-gula semua kena kencing maneh sebab depa makan gula lagi banyak daripada kita. Alasan bodoh piang nak naik harga barang! Sampai bila kita nak diperbodohkan Umno-BN wahai orang Melayu...
Berkaitan;
Harga petrol antara empat produk naik , subsidi mula dipotong-Malaysian Insider
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam..
BalasPadamnilah akibat yg dpt dengan mengundi mereka...bkn makin sng..bertambah darurat..tgklah pemerintahan oakatan rakyat..2thn lebih memerintah..pelbagai kemudahan merakyatkan ekonomi rakyat diberi...nilah yg perlu ada pd pentadbiran sesebuah negara dan negeri...kt ambil mcm konsep bersedekah...lg bnyak sedekah lg bnyak rezeki Allah tambah...wallahua'lam