Rabu, 7 Julai 2010

Zulkifli Nordin kata beliau masih ahli Pas


Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin yang dipecat daripada PKR kata beliau masih ahli Pas .Mungkin bila dah nama tak lagi jadi sebutan , tak dak kerja, tak tau nak buat apa cari apa-apa isu untuk nama kembali disebut orang. Pas akan alami masalah besar macam mana Brahim Ali yang bertanding atas tiket Pas di Pasir Mas yang jadi duri dalam daging kepada Pas jika Zul Noordin diterima Pas!

Malaysian Insider melaporkan Pas pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR;

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.-Malaysian Insider

2 ulasan:

  1. ahli pas kepala bapak tok wan dia, dia ingat dia glamor sangat ke berpolitik. woit zul ganmpang, lu tak ubah macam anjing kurap

    BalasPadam
  2. Org lain lompat dpt yuran perpindahan berjuta2. Tapi mangkuk ni kena tendang. Satu sen pun tak guna. Ingat RM (rosmah mansur) bodoh nak bagi mangkuk ni duit? RM cuma bagi tiket jln2 pegi new york je. Tu pun lepas puas membodek.

    BalasPadam