Khamis, 1 Julai 2010

Kerajaan Umno-Bn Dapat Royalti RM30 Bilion

Mari kita baca berita Keuntungan Petronas Susut 24.5 Peratus -Malaysian Insider yang melaporkan;

Keuntungan kumpulan Petronas sebelum cukai bagi tahun lalu merosot 24.5 peratus kepada RM67.3 bilion ekoran harga minyak yang rendah tetapi konglomerat ini masih berupaya untuk membayar dividen RM30 bilion kepada kerajaan pusat. Purata keluaran minyak mentah Malaysia jatuh 3.3 peratus kepada 535,000 tong sehari antara tempoh April-Mac lalu, kata Petronas hari ini.

“Tahun kewangan kajian terbukti sukar dan mencabar bagi Kumpulan Petronas,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Shamsul Azhar Abbas pada majlis taklimat prestasi kewangannya di sini.

Kata beliau, kadar keuntungan berhadapan dengan penurunan ketara memandangkan industri petroleum juga mengalami kenaikan kos secara berterusan.

Keuntungan bersih jatuh ke paras RM40.3 bilion berbanding RM52.5 bilion tahun sebelum itu.

Tanda aras purata harga minyak Amerika Syarikat berada dalam lingkungan AS$79 setong pada suku pertama tahun berbanding AS$43 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun ia masih rendah berbanding AS$147 setong yang pernah dicatatkan pada Julai 2008.

Petronas berkata ia masih mampu mengekalkan paras dividen yang dibayar tahun ini walaupun ia boleh menjejaskan pertumbuhannya memandangkan turut memberi kesan ke atas perbelanjaan modal.

“Kami boleh kekalkan bayaran RM30 bilion (dividen) tahun ini,” kata Naib Presiden Eksekutif (Kewangan) Datuk George Ratilal.-Malaysian Insider.

Dengan jumlah dividen RM 30 bilion kepada kerajaan Umno-Bn yang berkuasa diperingkat kerajaan persekutuan maukah Umno-Bn kalah dan jatuh tergolek dalam pru -13 akan datang? Kelantan yang dinafikan hak untuk dapat royalti minyak tapi terima 'wang sedekah' sebanyak RM20 juta adakah padan dengan kerajaan Umno-Bn dapat berbilion ringgit hasil keuntungan minyak Petronas dan lain-lain negeri yang ada minyak?

Tadi tengok berita TV astro awani nampak orang Melayu Felda di Gua Musang dok terkinja-kinja maki dan marah akhbar Suara Keadilan yang kata 'Felda Bangkrap'. Mereka dok terlompat-lompat pertahan Felda dan Satu Felda tapi depa tak sedar dan tak tahu apa-apa tentang akaun Felda yang rizab tunainya merosot atau berkurangan .Janji boleh makan, tidur dan bila jaga tempat mereka cari makan masih ada depan mata. Mereka dibangangkan oleh kelompok Umno di Felda-Felda . Felda nak lingkup dan mampoih pun tak mengapa janji Satu Malaysia!

Tak dapat duit royalti minyak pun tak mengapa , duit ehsan dan sedekah pun jadilah janji dapat .Mentaliti orang kita cukup senang.Janji dapat, janji kenyang, janji masyuuuk...

1 ulasan:

  1. Salam..
    dah dibesakan bt pape janji dapat..lain sume blkg kira..wawahua'lam

    BalasPadam