Malunya bila Pemuda Umno dituduh tak lagi berjuang untuk orang Melayu oleh pemimpin Umno sendiri . Tapi NGo Perkasa pulak jadi idola orang Umno.Tapi kalau dilihat mana-mana demontrasi anjuran gerombolan ini dua-dua pihak ada. Di mana ada Umno di situ ada Perkasa. Ngo Perkosa ..uupp silap Perkasa dikatakan lebih umph daripada Pemuda Umno yang dikatakan Ku Li gila pangkat dan kedudukkan dalam Umno
Khairy Jamaluddin bukan saja disembur Ibrahim Ali tapi turut diterjah Ku Li Ahli Parlimen Gua Musang yang kata Khairy Ketua Pemuda Umno Malaysia dok himpit-himpit PM Najib sebab nak jawatan menteri. Khairy turut tidak disukai mantan PM Tun Mahathir semasa Pak Lah jadi PM dulu. Tapi orang yang puak-puak Umno ni tak suka lah yang menang jawatan Ketua Pemuda Umno! Pelik bin ajaib jugak dah menang tapi dibenci pemimpin Umno.
Dalam pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun lepas pun bukan semua yang menang disukai ahli dan penyokong Pas , tapi depa wala' diam tak kata apa. Yang jeneh diam ni orang kata lagi bahaya daripada yang jeneh riuh! Wallah hu a'lam.
Khairy jugak dikatakan tidak lagi akan pertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan tahun depan. Betoika?
Lapor Malaysian Insider Ku Li ;Perkasa ambil peluang 'vakum' berpunca daripada Pemuda Umno;
Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat Perkasa, NGO berusia dua tahun ini semakin popular di kalangan orang Melayu kerana sayap Pemuda Umno telah gagal dalam memperjuangkan kepentingan mereka.
Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, tindak tanduk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan sokongan kepada dasar Datuk Seri Najib Razak hanya satu helah untuk mendapatkan tempat dalam Kabinet.
“Wujud vakum dalam Pemuda Umno, sedangkan ia seharusnya menjadi jurucakap bagi orang Melayu. Tetapi kepimpinan semasa tidak bercakap tentang nasib orang Melayu,” kata beliau.
“Ini menjejaskan kekuatan Umno,” kata Tengku Razaleigh kepada The Malaysian Insider semasa ditemu bual di sini semalam.
Bekas naib presiden Umno ini mendakwa Pemuda Umno buat masa sekarang telah kehilangan ketabahan dan tenaga dalam memperjuangkan hak orang Melayu dengan pemimpin-pemimpinnya hanya memburu kedudukan masing-masing.
“Ini kelihatan sangat menyedihkan, mereka kata dia hendak menjadi menteri... itu sebabnya dia menyokong Perdana Menteri, itu yang orang memberitahu saya,” katanya lagi.
Hakikatnya, kata Tengku Razaleigh, pada masa-masa lalu Pemuda Umno sentiasa mempersoalkan banyak isu berkaitan dengan nasib orang Melayu.
“Itu yang senantiasa menjadi peranan Pemuda Umno,” kata beliau.
Ketua Umno Gua Musang juga berkata, persekitaran dalam parti dilihat memihak kepada Perkasa untuk memikat lebih ramai ahli Umno yang bersungut.-Malaysian Insider.
Mimpi lah sesapa yg anggap perkasa tu sebuah ngo.
BalasPadamAtas kertas boleh lah kata ngo tetapi seluruh ahli dan pendokong perkasa terdiri dari ahli2 umno dan penyokong umno.
Bergerak atas platform perkasa kerana mereka tau yg mereka akan diperlecehkan dan di tolak kalau bergerak atas nama pemuda umno.
Hanya mereka menempelkan baju perkasa atas baju umno mereka.....matlamat dan tujuan mereka tetap sama.
Pergi mampos lah dgn perkasa@umno ni.