Rabu, 14 Julai 2010

Harakah edisi terbaru belum dicetak

Harakah edisi terbaru keluaran hari Jumaat sehingga kini belum dicetak. Pihak kilang yang mencetak akhbar berkenaan mendapat arahan daripada pihak pengurusan Harakah supaya ditangguhkan kerja-kerja mencetak akhbar Harakah. Walau bagaimanapun Fikrah sisipan untuk akhbar Harakah keluaran hari Jumaat telah dicetak. Penangguhan cetakan Harakah edisi hari Jumaat itu mungkin ada kaitan dengan permit penerbitan Harakah yang belum disambung oleh pihak KDN.Kebiasaannya akhbar Harakah dicetak awal pagi dan mula diedarkan disebelah petang hari yang sama.

Semua akhbar media Pakatan Rakyat seperti Suara Keadilan, Harakah dan juga Roket masih belum disambung permit penerbitan dan menjadi tandatanya apa akan jadi dengan semua media alternatif tersebut.

Sementara itu adun-adun Pakatan Rakyat di Selangor hari ini akan buat bantahan terhadap KDN yang tidak menyambung permit penerbitan akhbar-akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Roket pada jam 2 petang di Bangunan SUK .

Berkaitan;
Permit:Harakah hantar jawapan ke KDN hari ini
-Harakahdaily.
Permit:harakah beri kerjasama, kata Hisham-Malaysiakini

2 ulasan:

  1. kalangan penulis dan sasterawan besar kini mula beralih untuk siarkan karya mereka di Harakah setelah mendapati akhbar arus perdana kian tidak mahu layan sumbangan mereka tetapi lebih menumpukan perhatian kepada isu-isu politik termasuk menyebarkan fitnah kepada pembangkang. edaran akhbar arus perdana juga dikhabarkan kian merosot kebelakangan ini.

    BalasPadam
  2. Salam...
    mga Allah membantu segala urusan dlm mendaulahkan Islam..amin ya Rabb

    BalasPadam