Mari kita tengok mainan gerombolan Melayu dengan Melayu yang saling berebut nak perjuangkan Melayu tapi saling bertikam lidah sesama sendiri. Ada pemimpin Umno sokong Perkasa dan ada pemimpin Umno tak sokong Perkasa. Mampoih pi la hangpa . Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno Malaysia dilihat kurang 'Melayu' kerana tak sebulu dengan Brahim Ali Presiden Perkasa yang jadikan NGO nya sebagai nyawa untuk terus berada dalam persada politik tanah air.'Air ludah' Brahim Ali masih laku dalam kelompok Umno yang jadikan Melayu sebagai senjata supaya orang Melayu terus menyokong Umno.
Sinar Harian Online melaporkan;
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin diingatkan tidak terlalu lantang mengkritik usaha dilakukan oleh Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali kerana ia boleh mengundang perpecahan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, tindakan Khairy mengkritik Ibrahim seolah-olah beliau tidak menghormati kaum Melayu kerana tindakan yang dilakukan oleh Ibrahim adalah untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan orang Melayu.
“Siapa Khairy ni? Dia ni baru jadi Ketua Pemuda tiga empat hari, jangan terlalu lantang mengkritik Ibrahim Ali kerana saya lebih mengenali Ibrahim Ali, kami sama-sama ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam negeri) kerana memperjuangkan bangsa Melayu. Baca lagi di sini.
salam...
BalasPadamFirman Allah dlm surah Al-Maidah Ayat 8 yg bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan"