Ahad, 11 Julai 2010

Pembelian kapal selam : Bala dipanggil polis Perancis



Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah menerima panggilan rasmi daripada polis Perancis untuk memberi keterangan berhubung kes pengambilan komisen dalam pembelian kapal selam oleh Malaysia daripada Perancis, menurut sumber maklumat yang enggan didedahkan nama.

Saksi penting dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang kini melarikan diri ke London ini, akan bertolak ke Paris pada hujung minggu ini, diiringi peguamnya Manjeet Singh Dhillon. Balasubramaniam (gambar kanan) yang telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak pendakwaraya Perancis, akan diambil keterangan oleh polis pada jam 2 petang (waktu Perancis) di Direction Centrale de la Police (DNIF), Nanterre Prefecture.

Sebagaimana yang diketahui, polis Perancis berminat untuk mengetahui maklumat dalaman yang diketahui Balasubramaniam, dalam kes pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia daripada Perancis. Balasubramaniam akan menjadi saksi utama polis Perancis.

Pendakwaraya yang bertanggungjawab untuk menyiasat pembelian kapal selam oleh Malaysia ini telah mengarahkan satu serbuan polis ke pejabat DCNS, pembuat kapal selam pada bulan lalu. Polis telah bersedia untuk menyiasat siapakah penerima komisen dalam pembelian ini.

Menurut sumber maklumat, mereka daripada bidang perundangan di Perancis cenderung untuk mempercayai bahawa penerima komisen ini melibatkan ahli politik peringkat tinggi di Malaysia dan Perancis. Selama ini, nama DCNS kurang positif, malah sedang berdepan dengan siasatan dalam kes pembelian senjata oleh Taiwan dan Pakistan.

Malah, penjual-belian peralatan pertahanan antara DCNS dengan Taiwan dan Pakistan telah melibatkan kes pembunuhan. Antaranya, pendakwaraya Perancis mengesyaki satu kes peletupan yang meragut nyawa 11 orang jurutera kapal selam pada tahun 2002, mungkin merupakan dendam yang dibalas kerana Perancis mungkir janji untuk membayar komisen kepada pegawai tentera Pakistan yang bernilai jutaan dolar Amerika. Baca lagi di Merdeka Review.

1 ulasan:

  1. Salam...
    kes ni da melibatkan penyiasatan dr pihak luar..mga siasatan ini dapat mengungkai kebenaran yg dicari..wallahua'lam

    BalasPadam