Selasa, 6 Julai 2010

Umno Apco sambung kontrak APCO WORLWIDE

Nah ! ambik , puas hati hang pa kepada Melayu -Umno dan penyokong Umno-Bn bila kontrak Apco Worwide syarikat yang ada kaitan dengan Zionis Israel terus disambung khidmat sebagai penasihat kerajaan Umn0-Bn.

Disebalik tuduhan yang berniat jahat dan ada unsur-unsur untuk menakutkan Pas terutamanya kepada golongan bukan Melayu dalam dia-diam depa sambung lagi guna khidmat Apco sebagai penasihat.Tuduh Pas sesat, Presiden Pas sesat tapi mana lagi sesat guna khidmat talibarut Yahudi Zionis Israel untuk pentadbiran negara?

Disebalik isu 'Felda Bangkrap', Wahabbi, JI dan Pengganas , Umno-Bn ambik kesempatan sambung khidmat Apco. Orang Melayu sampai tua kena tipu dengan mainan politik licik Umno.

Malaysian Insider melaporkan Putrajaya sambung khidmat APCO setahun lagi;

Pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat Worldwide untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pentadbiran Najib sudah memperbaharui kontrak dengan APCO Worldwide sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi,” kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya itu diberikan seminggu lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang didakwa ada kontak dengan ejen-ejen Israel.

Malah satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarat-syarat kali berlainan berbanding dengan perjanjian sebelum ini.

“Kali ini, perjanjian antara APCO dan Malaysia kini lebih bersifat terbuka. Di bawah perjanjian baru ini, kedua-dua pihak mempunyai opsyen untuk menamatkan perjanjian pada bila-bila masa sebelum kontrak berakhir dalam tempoh setahun ini,” kata sumber itu. The Malaysian Insider juga diberitahu, pegawai-pegawai APCO yang baru telah dilantik untuk menyelia terma dan syarat perjanjian terbaru ini.

“Juga wujud rasa tidak senang di kedua-dua pihak berhubung soal bagaimana (pertikaian) pelantikan APCO boleh tercetus dan ia tidak dapat dikawal ekoran liputan media dan cara isu ini ditangani.

“Kali ini, saya boleh mengatakan lima pegawai APCO yang baru dilantik untuk menyelia (kandungan) perjanjian baru ini, dan untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar,” kata beliau.

Difahamkan, salah seorang pegawai utama merupakan bekas ketua komunikasi luaran pejabat ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat utiliti tempatan.

Pegawai-pegawai APCO yang berpejabat di Singapura enggan mengulas mengenai perjanjian baru antara pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma itu ketika dihubungi The Malaysian Insider menerusi emel dan panggilan telefon.

“Menjadi dasar APCO untuk tidak membincangkan kontrak secara terbuka,” kata jurucakap syarikat itu menerusi emel kepada The Malaysian Insider.

Firma itu yang berpejabat di Singapura, kini diketuai oleh bekas pengarah urusan Garry Walsh yang juga ketua akaun global bagi Microsoft, salah satu pelanggan utama APCO.-Malaysian Insider.

1 ulasan:

  1. Salam..
    paku serpah, paku serpih,
    mengata org, depa yg lebih...wawahua'lam

    BalasPadam