Isnin, 12 Julai 2010

Sampai bila 'lagu Altantuya ' berkumandang?


Hang pa menyanyi la lagu apa pun takkan kekal lama.Mula-mula oghang pakat minat dan syok dengan lagu yang dinyanyikan tapi lama kelamaan oghang akan lupa kecuali lagu-lagu raya walaupun lama tiap-tiap tahun akan berkemundang dicorong-corong radio .Terutamanya lagu-lagu klasik seperti 'dendang perantau' nyanyian Allahyarham P. Ramlee.

Bagaimana pulak dengan nama Altantuya yang tak pernah lekang daripada disebut-sebut orang. Bermula daripada tarikh dibom hingga berkecai sampai la ni nama Altantuya masih jadi sebutan.Pasai apa?Kalau tak sebut di Malaysia depa sebut di London. Tak sebut di London depa sebut di Paris. Di Kanada pun depa sebut nama Altantuya.Berhantu sungguh nama Altantuya! Orang yang ada kaitan dengan Altantuya, yang bunuh Altantuya, yang rancang bunuh Altantuya mungkin tak senang duduk walaupun yang bunuh Altantuya dah dihukum gantung sampai mati.


Baca juga;
Najib kecut , pendakwaraya Perancis bakal soal Bala pasal Altantuya di Paris 8 malam ini-Suara Keadilan.

1 ulasan:

  1. Salam..
    Allah tu maha mengetahui setia perbuatan hambanya..sekecil2 zarah perbuatan baik pun Allah akan balas...sekecil2 zarah perbuatan jahat pun Allah akan balas...wallahua'lam

    BalasPadam