Sabtu, 17 Julai 2010

Ulama Pro Umno Bersumpah Malaysia Bukan Negara Sekular!


Ini apa yang dilaporkan media Umno Online katanya tokoh ulama Umno ini katanya bersumpah Malaysia bukan negara sekular. Dia bersumpah itu samaada dengan kalimah Qassam iaitu Wallahhi , Wabillahi , Watallahi atau tidak wallahu a'lam!. Kita baca pi la nak kira apa...

Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

“Seluruh umat Islam di negara ini… hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asasl istilah itu,”’ katanya dalam temubual eksklusif dengan umno online.Baca semua klik di sini.

Kalau betoi 'sheikh' ni bersumpah dengan nama Allah dengan kalimah Qassam Malaysia bukan negara sekular beliau bertanggungjawab atas sumpah beliau. Jangan sampai termakan sumpah sudah la...

Takkan Malaysia negara Islam? Perundangan tak Islam, ekonomi tak Islam , judi bersepah-sepah , orang berzina denda dua tiga ribu boleh settle, orang Islam murtad tak ada hukuman nak kira lagu mana?

3 ulasan:

  1. ulama plastik ciptaan sekular!!

    BalasPadam
  2. ulamak plastik ciptaan sekular
    tak kan nak menyalak tuan dia (umno)

    BalasPadam
  3. ulama akhir zaman...

    BalasPadam