Isnin, 9 Ogos 2010

Khusrin Tak Dak 4 Senawi?

Takkan Pengarah Jais tak dak 4 Senawi? Khusrin sibuk dengan Nazir atau pengerusi masjid di Selangor yang mesti paling kurang pegang jawatan Nazir atau pengerusi masjid ada sijil 3 Senawi. Setahu aku di Selangor bukan takat 3 senawi lulusan universiti pun ada tapi bukan 3 Senawi la.Tapi boleh hafal surah-surah yang panjang dalam Quran. Khusrin boleh hafal berapa surah pulak kalau nak kira pangkat dan kelayakkan? Imam di Selangor lulusan universiti pun ada tapi tak riuh macam Khusrin pasal kelayakkan!

Malaysiakini- 'Khusrin , tak ada Empat Senawi jangan sibuk' melaporkan;

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sepatutnya mempunyai kelulusan Sijil Menengah Agama sebelum menetapkan supaya syarat untuk mengisi jawatan pengerusi masjid dan surau.

"(Khusrin) hendak pengerusi masjid dan surau paling rendah ada kelulusan Tiga Senawi (Sijil Rendah Agama). Ini saya sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khusrin pada hujung minggu lalu berhubung jumlah penceramah tanpa tauliah di masjid dan surau negeri itu.

"Tapi pengarah JAIS paling kurang kena ada (kelulusan) Empat Senawi. Jangan awak nak sibuk dengan kelusan pengerusi masjid kalau awak sendiri pun tak ada kelulusan.

"Nanti jadi masalah kepada pentadbiran Selangor," katanya yang menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Khusrin itu sebagai "berbau politik."

Katanya lagi, Khusrin juga didakwa sengaja memperbesar-besarkan angka bahawa seramai 20 hingga 30 orang anggota jawatankuasa masjid di Selangor meletakkan jawatan setiap bulan.

"Saya pertikaikan statistik dia. Mungkin mereka rasa bertanggungjawab, mereka letak jawatan, tapi tidak sampai 20 hingga 30 orang setiap bulan.

"Dia memperbesar-besarkan angka itu untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat," kata Khalid lagi. Baca lagi klik tajuk di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan