Khamis, 23 September 2010

Jepun usir Paris Hilton negara kita ok saja, no problem!

Negara Jepun halang Paris Hilton masuk negara itu dan diarah pulang setelah berada di lapangan terbang negara itu kerana didakwa terlibat dengan pengambilan dadah. Imigeresen negara itu bertegas arah Paris Hilton pulang kenegaranya walupun Hilton buat rayuan kali kedua.

Lapor The Malaysian Insider;Jepun Larang Terus Hilton, Batal Lawatan Asia;

Pewaris empayar Hilton, Paris Hilton terus dilarang daripada memasuki Jepun hari ini walaupun membuat rayuan buat hari kedua hari ini, dan kemudian berlepas ke Amerika Syarikat sebentar tadi.

Keputusan itu menyebabkan dia membatalkan kunjungan ke dua negara Asia yang lain iaitu Malaysia dan Indonesia.

Selebriti itu dilarang memasuki Tokyo ekoran kesalahan memiliki dadah baru-baru ini, kata pegawai-pegawai imigresen Jepun.

CNN melaporkan dia kini dalam perjalanan balik ke Amerika Syarikat.

“Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas (peluang) menemui peminat-peminat di Asia.

“Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semula! Sayang Paris,” kata beliau dalam mesej Twitter dari Tokyo.

Hilton yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita malam tadi dilarang memasuki Jepun dan bermalam di sebuah hotel di lapangan terbang sementara menanti rayuannya didengar hari ini.

Bagaimanapun pihak berkuasa imigresen menolak rayuan dia selepas mendengarnya pagi tadi.

Apa pulak kata pihak imigeresen kita? Kata Imegeresen kita ;

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata Hilton tiada halangan untuk datang ke Malaysia mengikut rancangan asalnya sebelum ini.

Kata Rahman, undang-undang negara ini tidak melarang mereka yang dihukum kerana kesalahan mengambil dadah, hanya pihak yang didapati mengedar dadah dilarang daripada memasuki Malaysia.

“Secara prinsip, tiada halangan untuk dia datang ke Malaysia, tiada halangan imigresen... nama dia tiada dalam sistem, jadi OK,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.


Negara Jepun dia tak kira seleberiti ka , artis pujaan rakyat Jepun ka yang penting depa lebih tegas dan berprinsip. Kalau kita sat boleh sat tak boleh. Semua OK!

1 ulasan:

  1. Salam..
    syabas bt Kerajaan Jepun yg begitu tegasd gn pendirian...jgn jadi mcm Malaysia..slagi blh dbawa masuk artis2 yg popular dan antarabangsa..mereka akan menerima dgn tangan yg tbuka sbb itu sudah mjadi kebanggaan bt pemimpin di Malaysia..mereka xfikir akan bala yg menanti..wallahua'lam

    BalasPadam