Sabtu, 18 September 2010

Gopal Sri Ram sama macam Musa Hasan bila dah pencen


Pakar perundangan mempersoalkan bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram yang mendakwa badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti sebagai “tidak konsisten” dalam pendirian sebelum dan selepas mengakhiri khidmat.

Prof A. Aziz Bari, ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, pada pandangannya Sri Ram (gambar) tidak konsisten dalam melindungi hak asasi, tetapi kini mendakwa hak minoriti tidak dipertahankan oleh badan kehakiman.

“Sebab itu apabila dia kritik rakan-rakan yang masih berkhidmat, saya fikir ini fenomena orang pencen macam Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara bersara Ahad lalu).

“Selepas mendapati kenaikan pangkat Gopal dipetisejukkan di Mahkamah Rayuan sedangkan rakan-rakan yang lebih junior dinaikkan pangkat.

“Gopal Sri Ram hanya dinaikkan pangkat ke mahkamah persekutuan beberapa bulan sebelum pencen,” kata beliau dalam ulasannya mengenai pendirian Gopal Sri Ram yang disiarkan portal berita semalam.

Sri Ram, antara hakim yang menjadi tumpuan kes berprofil tinggi dan keputusan “kontroversi” dinaikkan pangkat sebagai hakim mahkamah persekutuan pada April 2009.

Beliau juga sering digambarkan sebagai hakim yang “kreatif” dalam mentafsir undang-undang dan perlembagaan negara.

Beliau juga menerima perhatian bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan media antarabangsa selepas memenjarakan wartawan Murray Hiebert.

Kata Aziz, sejarah menunjukkan bekas hakim mahkamah persekutuan ini mempunyai rekod tersendiri dalam banyak kes termasuk kes Lim Guan Eng, yang kini merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, dan projek empangan elektrik Bakun lebih satu dekad lalu.

“... yang dia sendiri jelas memberi kemenangan kepada kerajaan.

“Gopal Sri Ram ialah peguam Umno yang menghujah bahawa Umno haram pada 1987. Ini menyebabkan Tengku Razaleigh dan Team B gagal mencabar semula Dr Mahathir yang hanya menang dengan 43 undi.-The Malaysian Insider. Baca semua di sini.

1 ulasan:

  1. salam...
    dah ada dalam satu parti yg sama...patutlah perangai pun sama...walahua'lam

    BalasPadam