Jumaat, 17 September 2010

Khalid Samad dedah 'Ustaz Kamalanathan' bagi hadiah kalimah Allah

Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dedahkan sikap Umno yang sembunyikan dan diamkan diri bila ahli parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan boleh pulak masuk kawasan masjid bagi hadiah dan bantuan kepada orang Islam. Khalid Samad juga menyatakan pihak Mais turut hadir dalam program yang dihadiri 'Ustaz Kamal'. Ini sebahagian daripada gambar yang dicopy daripada blog Khalid Samad Umno, kura-kura dan perahu (klik).

Gambar 3 :- Ahli Parlimen Hulu Selangor bersama ADUN UMNO menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sg. Tengi Selatan. Semua tersenyum lebar dan tiada pula mendakwa di hina atau Masjid tercemar. Ahli Parlimen berkopiah yang telah mengeluarkan fatwa ‘penghinaan’ terhadap ummat Islam kerana terpaksa menerima sumbangan dari orang kafir, pun mendiamkan diri - mungkin kerana sibuk menikmati juadah raya. Saya juga difahamkan oleh seorang sahabat bahawa ada yang berkopiah kerana hendak bersikap tawaddu’, tetapi ada yang berkopiah kerana hendak menyorok ‘bald spot’. WaLlahu 'Alam.



Gambar 4 :- Pengerusi MAIS bersama Ahli Parlimen Hulu Selangor, yang digelar ‘Ustadz Kamal’ oleh beberapa perayu undi UMNO semasa PR kecil Hulu Selangor, hadir bersama dalam majlis gotong royong di perkarangan Masjid FELDA Soeharto. ‘Ustadz’ berkenaan memakai baju berlambang dacing walaupun di dalam kawasan Masjid. Pengerusi MAIS tidak pula memarahi beliau kerana membawa politik ke Masjid atau menanyakan samaada beliau telah bermandi hadas dengan niat dan cara yang betul.



Gambar 5 :- Jika tidak nampak lambang Dacing dalam gambar 4, jelas sekali dalam gambar 5 ini. Lebih hebat, ‘Ustadz Kamal’ bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta. Ke mana perginya Ahli Parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya ummat Islam telah dihina?


1 ulasan:

  1. ibrahim ali!
    Kenapa tak balas balik dan bari arahan kepada MAIS supaya tuduh Ustaz Kamal...... itu?
    Beri komen, tak baik berdiam diri, wahai ibrahim ali. DOSA kalau anda ada pilih kasih.
    Itu lah.... jangan gopoh dan kalut sangat hal Agama... study dulu, yang mana betul dan yang mana tak betul, boleh kah atau tidak!!!!!

    BalasPadam