Jumaat, 10 September 2010

Jamuan Aidil Fitri Yang Penuh Erti Pas Kampung Belukar

Hari Raya Aidilfitri di kampung kali ini memang menyeronokkan bagi Pas Cawangan Kampung Belukar Changlun, Kedah kerana dikunjungi ramai masyarakat Islam dan bukan Islam selepas solat sunat aidil fitri.

Rumah saudara Hj Azlan Jan , Pengarah Urusan kilang yang mencetak akhbar Harakah dan Siasah (gambar) dijadikan tempat untuk semua penduduk kampung dan masyarakat bukan Islam menjamu selera juadah hari raya yang disediakan.

Kedatangan masyarakat keturunan India dan Cina telah memeriahkan lagi di pagi Syawal yang mulia itu dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara kaum dan berbeza agama tidak jadi halangan untuk mereka hadir menjamu selera.

Selepas selesai menjamu selera masyarakat pelbagai kaum itu turut adakan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.


1 ulasan:

  1. saya juga turut gembira bersama menyambut aidilfitri di rumah tok saya...



    selamat hari raya aidilfitri..

    BalasPadam