Rabu, 15 September 2010

Siapa Ketua Utusan Malaysia, Najib Atau Mahathir?- Nazri Aziz

Bila baca laporan The Malaysian Insider Nazri persoal agenda Utusan perlekeh dasar Najib, sokong Perkasa menggambarkan bahawa akhbar pro Umno itu berpuak-puak dan ada 'team' sendiri yang lebih pro kepada mantan PM Tun Mahathir dan Perkasa. Nazri pulak sejak Tun Mahathir tak berkuasa begitu kerap kritik Tun Mahathir yang satu waktu dulu jadi idolanya. Perangai Umno memang begitu habis madu sepah dibuang.

Kalau Umno sendiri ada yang tak suka dengan agenda Satu Malaysia bagaimana rakyat keseluruhannya nak terima Satu Malaysia? Dulu tak ada Salam Satu Malaysia la ni hari2 media yang dikontrol Umno-Bn dok sebut Salam Satu Malaysia, bidaah yang dibolehkan Umno!

Kata seorang sahabat ,"Dok kira Satu Malaysia, Satu Umno pun dah robek dan koyak robak macam mana nak buat Satu Malaysia."

Lapor The Malaysian Insider;

Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan tindakan Utusan Malaysia seolah-olah memperlekehkan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil berkata, sama ada akhbar milik Umno itu berkonspirasi mahu ‘menggantikan’ beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa arah aliran laporan Utusan Malaysia dan editorialnnya sejak kebelakangan ini menunjukkan akhbar harian itu terbitan Kumpulan Utusan sudah lupa siapa ketua mereka yang sebenarnya.

“Saya tidak boleh faham Utusan. Siapa ketua mereka - Najib atau Dr Mahathir?

“Saya kadangkala tertanya-tanya jika mereka ada agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib,” kata beliau ketika dihubungi malam tadi.

Dr Mahathir bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bersara awal April 2009.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, dengan memainkan kenyataan-kenyataan Dr Mahathir menyokong pertubuhan hak Melayu Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali, ia dengan jelas memperkecilkan konsep 1 Malaysia dibawa oleh Najib.

“Mereka seharusnya mempromosikan konsep 1 Malaysia dan bukannya memperlekehkan program beliau. Saya lihat begitu... mereka menyokong Dr Mahathir,” katanya.

Jelas beliau ekoran perspektif laporan mereka, Utusan Malaysia mahu memberikan lebih banyak liputan kepada pendirian Dr Mahathir berbanding Najib.

“Mereka kelihatan mempunyai agenda sendiri. Adakah mereka mempunyai agenda untuk membawa balik Dr Mahathir untuk menggantikan Najib?” kata beliau.

Bagaimanapun wakil rakyat dari Perak ini menegaskan, kemungkinan ini sangat tipis memandangkan akhbar harian dari Kumpulan Utusan ini adalah milik Umno yang presidennya ialah Najib.

Najib yang dipilih sebagai Presiden Umno akhir Mac 2009 dan kemudian sebagai Perdana Menteri yang keenam memperkenalkan konsep 1 Malaysia.

“Dan sudah tentu, 1 Malaysia adalah agenda Najib, maka akhbar dimiliki Umno seharusnya menyokong Najib dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia.

“Tetapi, saya tidak tahu... saya tidak terlibat dalam soal ini secara langsung.

“Macam di Harakah, mereka mempromosikan program PAS, Suara Keadilan mempromosikan PKR, The Star mempromosikan MCA tetapi akhbar Umno Utusan tidak menyokong ketua sendiri,” katanya.

Baca juga ;

Umno mula rasa Utusan 'senjata makan tuan'-Harakahdaily

Khairy bidas Utusan kerana sokong Perkasa-Malaysiakini

Umno Pulau Pinang minta Gerakan serah kerusi jika tak yakin hadapi PRU-13.

1 ulasan:

  1. Salam...
    nilah jdinya kalo bjuang bkn utk BANGSA MELAYU...tpi utk kuasa dan harta...wallahua'lam

    BalasPadam