Khamis, 9 September 2010

Adakah Musa Hasan bukan seorang 'yes men'?

Ketua Polis Negara Musa Hasan yang akan pencen pada 12 haribulan september ini menurunkan pelbagai peringatan dan nasihat kepada anggota polis supaya tak jadi polis 'yes men'. Musa Hasan seorang anggota polis yang berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri iaitu semasa di bawah Tun Mahathir, Pak Lah dan kini PM Najib. Macam-macam isu panas babitkan orang yang bernama Musa Hasan termasuklah usung tilam bawa ke mahkamah sebagai bahan bukti .

Kata Musa Hasan ;

“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah.

"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.

Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.

Pak turut

Beliau juga mengingatkan anggota polis supaya tidak berpuak-puak dan menjadi 'pak turut' bagi mengelak PDRM daripada gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan..

“Zaman saya tidak ada sesiapa pegawai yang tahu siapa yang rapat dengan saya. Saya tidak pernah memanggil mana-mana pegawai ke rumah saya atau keluar untuk makan minum dengan mereka.

"Ini menjadikan kerja lebih mudah, kerana tidak ada pegawai yang mengampu saya,” katanya.-Malaysiakini IGP ingatkan polis jangan jadi 'orang suruhan.

Yang syok lagi bila Musa Hasan kata ada orang ketiga yang campurtangan urusan polis. Siapa mereka? Musa Hasan sekarang sedang muntahkan apa yang dipendamnya selama ini atau atas sebab apa Musa kata demikian?Adakah PDRM tidak dikuasai orang politik dan pengaruh Menteri bila libatkan pemimpin Umno-Bn?

Berkaitan;

Alat Bn:Buka mulut setelah tarikh bersara diumum-Harakahdaily

KSU nafi dakwaan Musa KDN campuri urusan PDRM-Malaysian Insider

1 ulasan:

  1. Salam...
    jgn jdi org suruhan...tpi bkn tu ke yg mereka amalkan sblum ini..ikut shj tlunjuk UMNO...shinggakan bnyak kes yg masih tidak ada penyelesaian shingga skrg..mana pergi kebenaran???kbnaraan dan kadilan telah hilang bila mereka bkata 'yes men' kpd arahan UMNO..wallahua'lam

    BalasPadam