Sabtu, 25 September 2010

Jamuan raya PR Seksyen 18 Shah Alam meriah

Semalam pi jamuan raya di Seksyen 18 Shah Alam anjuran Pas cawangan seksyen 18, Pas cawangan seksyen 18 Barat dan PKR seksyen 18 bergabung buat jamuan raya untuk penduduk setempat.

Walaupun hujan turun renyai-renyai tak halang orang ramai tua- muda , kecik besar untuk sama-sama jamu selera dengan macam-macam makanan yang disediakan.

Minggu lepas PM Najib pun turun Shah Alam dalam jamuan raya Umno di seksyen 20 Shah Alam dan beliau rasa terharu atas sambutan orang ramai yang hadir. Ya la makan sapa pun mai bukan boleh jadi ukuran menang kalah dalam pilihanraya.Najib kata kalau macam ni boleh ambik balik Selangor!

Semalam di seksyen 18 pun sama semua rakyat pakat pulun makan sampai licin tapi tu baru anjuran peringkat cawangan bukan negeri.

Rakyat yang datang tak dok pikir pun kata Tun Mahathir PR perintah Malaysia hak Melayu hilang sebab warga Shah Alam dah tau lama dah hak Melayu hilang sejak 53 tahun yang lalu!

Turut hadir ialah peguam Pas yang juga AJK Pas Pusat Hanifa Maidin, Exco Selangor Yaakob Sapari dan Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam saudara Izham .

Baca juga;
Tun Mahathir tepati teori Melayu Mudah Lupa-Harakahdaily
Tun Mahathir tahu Umno akan tumbang pru 13-Harakahdaily

1 ulasan:

  1. salam...
    ckup meriah..tahniah kpd Pas cawangan seksyen 18, Pas cawangan seksyen 18 Barat dan PKR seksyen 18...UMNO br2 ni mhalang berpolitik di sekolah2 tpi ada di satu kawasan DUN PR..UMNO mngadakan jamuan raya di sekolah...cakap xserupa bikin...wallahua'lam

    BalasPadam