Selasa, 28 September 2010
Umno Kelantan menari-nari ikut rentak Mahathir dan Brahim Ali
Bila baca laporan AGM :Umno Kelantan bawa isu 'Melayu hilang kuasa ' menggambarkan tak ada apa lagi yang mampu dilakukan Umno Kelantan selain menjadi 'pak yet' kepada Ibrahim Ali dan Tun Mahathir yang dah pandai pakai serban.Antara lain laporan Bernama itu melaporkan;
Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara dalam perhimpunan agung Umno bulan depan. Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan. Oleh yang demikian, Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan dalam perhimpunan agung parti nanti, katanya kepada pemberita di Bachok hari ini.-Bernama/Malaysiakini.
Di Kelantan bukan Melayu yang hilang kuasa tapi Umno sejak 20 tahun yang lalu. Yang perintah Kelantan ialah juga orang Melayu sama macam Awang Adek cumanya daripada Pas parti yang berbeza ideologi dengan Umno.Kuasa Melayu tak hilang di Kelantan cuma yang hilang ialah royalti minyak, sekatan pembangunan yang dizalimi Umno-Bn diperingkat pusat yang juga ditunjangi orang Melayu Umno.
Kerajaan Pusat Umno-Bn boleh bagi wang kepada APCO talibarut Yahudi Laknatullah RM77 juta daripada menolong rakyat Kelantan yang juga Melayu macam Umno!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam...
BalasPadammelayu akan hilang kuasa jika ditadbir oleh Pakatan Rakyat (kata UMNO) tpi melayu akan hilang negara jika ditadbir oleh UMNO sbb sume yg ada kat malysia ni depa pakat nak bg kat org luar...wallahua'lam