Hari ni hari terakhir kita semua pakat posa. Sekarang berada di kampung di utara tanah air. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat anda semua yang sudi jenguk blog saya .
Saja letak gambar di sebelah lepas penat-penat tolong kat dapur ambik gambar boleh pakat-pakat tengok hidangan untuk berbuka dan juga untuk hidangan di hari raya.
Macam-macam ada sup gear box, rendang daging, rendang ayam , kari daging, ketupat daun palas semua masak ramai-ramai dengan sanak saudara yang berkumpul untuk sambut Hari Raya dengan mak -ayah.
Hari Raya kalau tak ada ketupat, lemang tak berapa syok . Pagi raya sebelum solat sunat hari raya pekena lemang dan ketupat dulu dengan kari daging dan rendang baru pi surau untuk solat.
Rasa bertuah hari raya kerana masih ada ibu dan ayah walaupun dah uzur dapat sama-sama meraikan hari kemenangan kita umat Islam berpuasa selama sebulan.
Salam tuan misaimerah,
BalasPadamSalam Eidulfitri dari Pak Long ngan Mak Long kat kampung ni...
Moga hari kemenangan kita semua bermakna... tak gadoh darah tinggi ka dok pekena sup gear box banyak2... haha...