Ahad, 12 September 2010

Paderi Kristian kuburkan impian bakar Al-Quran

Allah SWT menjelaskan dalam Al-Quran dalam surah Al-Waqiah tentang kemuliaan Al-Quran dengan bersumpah yang bermaksud:

"Maka Aku bersumpah dengan masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran . Sesungguhnya sumpah itu sumpah yang besar kalau kamu mengetahui. Al-Quran ini bacaan yang sangat mulia . Pada kitab yang terpelihara (Lauh al-Mahfuz). Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan . Diturunkan dari Tuhan semesta alam. Maka apakah kamu menganggap remeh sahaja Al-Quran ini?"- Surah Al-Waqiah ayat 75-81.

Terkini dilaporkan paderi kristian di Amerika Syarikat telah batalkan hasratnya untuk bakar al-quran setelah dikecam umat Islam di seluruh dunia malah ada negara Islam mahu paderi Terry Jones digantung sampai mati.Itulah kebesaran alquran wahyu Allah jika kita umat Islam pandang lekeh dan lalai daripada membaca al-quran, baca tafsir quran , tidak mahu ikut ajaran al-quran akan ada mahkluk Allah ini yang akan buat honar dan kerja gila dan ini merupakan pengajaran kepada umat Islam di seluruh dunia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar berpandukan al-quran sebagai panduan.

The Malaysian Insider melaporkan Pastor Jones sudah 'kubur' kempen bakar al-Quran ;

Pastor Terry Jones menegaskan gereja diketuainya tidak akan membakar al-Quran sebagai tanda memprotes projek pembinaan pusat Islam beserta masjid berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang ranap dalam serangan pengganas sembilan tahun lalu.

Dalam temu bual kepada program TODAY siaran NBC semalam, Jones dari gereja kecil di Gainesville, Florida berkata: “Kami pastinya tidak akan membakar al-Quran, tidak.”

“Tidak pada hari ini, tidak selama-lamanya,” kata beliau ketika ditekan dengan soalan sama ada berhasrat untuk berbuat demikian pada masa-masa akan datang.

Jones menjelaskan, perkara itu tidak akan berlaku meskipun pusat Islam yang dimaksudkan akan dibina berhampiran WTC.

Beliau terbang ke New York untuk muncul dalam program TODAY dan memberitahu pengendali program itu Carl Quintanilla bahawa tiada pertemuan diaturkan untuk berbincang dengan Imam New York Feisal Abdul Rauf.

Bagaimanapun beliau masih berharap untuk bertemu dengan imam itu kemudian hari.

“Meskipun kami tidak membakar satu naskhah al-Quran pun, tetapi kami sudah menerima 100 ancaman bunuh,” kata Jones.

1 ulasan:

  1. salam...
    betapa hebatnye ISLAM jika umatnye bersatu padu...wallahua'lm

    BalasPadam