Penduduk Kampung Bukit Katil membantah pembinaan jalan baru yang menghubung jalan utama ke beberapa buah taman melalui Lorong Datuk Demang Hussein, di sini.
Lorong tersebut akan dibesarkan saiznya dan pembesaran itu akan menyebabkan bangunan Pasti Jaya Insan dan surau akan dirobohkan.
Tindakan pihak berkuasa dilihat tidak logik kerana jika benar lorong tersebut hendak dibesarkan mengapa ianya tidak menggunakan tanah kosong di sebelahnya yang tidak membabitkan perobohan Pasti dan Surau.
Malah jika benar jalan baru itu hendak dibina adalah lebih baik ianya dibina di atas tanah berhadapan dengan Klinik Desa Kampung Bukit Katil kerana ianya tidak akan melibatkan rumah dan bangunan-bangunan lain.
Perancangan itu seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan bangunan Pasti dan surau yang telah lama dibina.
Sementara itu, PAS Cawangan Bukit Katil dan Bukit Bayan telah membentuk Jawatankuasa Bertindak menentang projek tersebut di mana Ketua PAS Cawangan Bukit Katil, Mohd Yassin Abdul Ghani telah dilantik menjadi pengerusinya.Jawatankuasa itu telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam beberapa hari lepas bagi menyampaikan bantahan awal.
Dalam perjumpaan tersebut Ketua Menteri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak logik tentang pembinaan jalan tersebut. Jawatankuasa tersebut akan bermesyuarat secepat mungkin bagi merangka tindakan seterusnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata tindakan pihak berkuasa itu sebenarnya berniat jahat dan mereka menghalalkannya atas nama pembangunan.
"Mengapa mereka sengaja membuat jalan di kawasan itu sedangkan banyak tanah kosong lain yang tidak melibatkan bangunan dan ianya lebih lurus boleh diambil.
"Jelas mereka sebenarnya busuk hati dan berdendam dengan kita, mereka sakit hati melihat surau dan Pasti ini diimarahkan oleh penduduk setempat.
"Kita akan menentang projek ini dengan pelbagai cara dan saluran," jelas Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.-Harakahdaily.
Teringat peristiwa Umno roboh Masjid Bujal , Kemaman di Terengganu. Saja teringat..ada banyak di sini.Kepada pencinta2 dan penjilat Umno boleh tengok kerja zalim Umno dulu , kini dan selamanya.
Salam...
BalasPadamUMNO ni memang terkenal dgn hasad dengki...xleh tgk ada sekolah agama, pasti mahupun surau yg diimarahkan..lg2 jika di kaw org PAS...wallahua'lam