Kerajaan Negeri Melaka kata Jumaat ni nak buka sekolah khas untuk pelajar hamil . Sudah tentu pelajar yang hamil itu hasil hubungan tanpa nikah yang dipanggil zina.
Adakah sekolah tersebut menggalakkan orang berzina ? Adakah sekolah khas untuk pelajar yang 'bunting' itu hendak menggalakkan maksiat yang semakin berleluasa? Adakah sekolah tersebut jadi lubuk bagi yang mahu lakukan maksiat sebab lepaih ni dah ada tempat khas untuk mereka beranak ? Perlukah mereka dibela dengan tubuh sekolah khas hasil zina?Adakah ini mencegah zina atau menggalakkan zina?
Macam-macam persoalan timbul samada penubuhan sekolah untuk pelajar yang mengandung anak zina perlu atau tidak. Tidakkah ini mencabar hukum Allah?
Ada yang kata penubuhan sekolah untuk anak zina sebagai lambang orang yang angkuh dan tidak yakin dengan Allah SWT dan hukuman Allah SWT. Mereka cuba tempah bala Allah malah lebih dasyat daripada apa yang berlaku di bazar Ramadhan di Jasin bulan Ramadhan yang lalu! Klik di sini.
Kita ditimpa bala buang anak hasil zina setiap hari dalam longkang, tangga masjid, depan pintu rumah, tong sampah, bunuh anak hasil zina tak kira lelaki atau perempuan. Makin dicakap makin menjadi , makin dilarang makin banyak buang anak. Adakah penyelesaiannya dengan tubuh sekolah untuk pelajar mengandung anak zina?
Tanpa nama di atas terpaksa diedit;
BalasPadamSekolah tu utk remaja bawah umur yg di buntingkan oleh pimpinan umngok/**.Tujuan utama nye ialah utk melindungi jenayah seks golongan atasan mcm kes rahim ***** ***** dan lain2 pimpinan umngok.
akan datang nanti, baget belanjawan melaka meningkat sedikit menampung anak2 luar nikah....
BalasPadamInilah masalahnya jika teras pemerintahan tidak berlandaskan hukum islam pokok pangkalnya adalah kerana kita dipimpin oleh orang yang diartikan sebagai (luka bin luka)..sungguh malu bila sesetengah pihak boleh mendabik dada mengatakan negara kita adalah ketua negara islam (oic) sedangkan hukum hakam negara tidak berlandaskan teras pemerintahan islam sebenar..
BalasPadam