Khamis, 23 September 2010

Tun Mahathir pun dah lupa siapa khianat siapa

Kata mantan PM Tun Mahathir yang jadi kawan karib kepada pertubuhan Perkasa , Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN- The Malaysian Insider;

Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.

Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.

Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.

Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.

“Kita lihat Nizar di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.Baca semua klik tajuk di atas.

Tun Mahathir mungkin lupa siapa yang mengubah persempadanan semula kawasan pilihanraya selepas piliharaya 1999 yang menyaksikan orang Melayu menolak Umno. Pada tahun 2003 SPR telah buat persempadanan semula kawasan pilihanraya yang menyaksikan Umno-Bn menang besar piilhanraya 2004.Tangan siapa yang khianat semata-mata mahu menang besar pada tahun 2004 yang merubah peta kawasan parlimen dengan tidak memperbanyakkan kawasan parlimen majoriti Melayu kalau bukan kerja Umno?


Cuba baca apa kata laporan Utusan Malaysia selepas pru ke 12 ( 16-3-2008) yang interview prof Dr Mohammad Agus Yusuf yang berkata ;

"Kekecewaan sebenarnya tidak ada batas sempadan. Ia dirasakan oleh semua orang. Kita melihat angin perubahan itu datang macam ombak yang melanda secara serentak. Ini disebabkan oleh lebih 70 peratus pengundi bukan Melayu dan lebih 10 peratus pengundi Melayu beralih kepada pembangkang. Ini adalah kesan daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.

Dulunya selepas pilihan raya umum 1999 yang memperlihatkan majoriti pengundi Melayu menyokong pakatan pembangkang, maka apabila dibuat persempadanan semula kawasan pilihan raya, banyak kawasan campuran diwujudkan untuk memastikan supaya sekiranya orang Melayu mengundi pembangkang lagi, kaum bukan Melayu akan tetap bersama BN. Ternyata strategi lima tahun dahulu tidak menjadi apabila pada tahun ini, majoriti pengundi bukan Melayu pula tidak bersama BN sebaliknya yang kekal setia bersama BN adalah pengundi Melayu".Baca di sini.

Adakah bila kontraktor-kontraktor Umno tidak lagi dapat kontrak kerajaan di negeri -negeri yang mereka kalah dianggap sebagai hak-hak orang Melayu telah digadai kepada kaum lain?Umno yang gila kuasa sanggup buat apa saja untuk menang tanpa fikirkan kesan jangka panjang. Untung sekarung rugi berguni-guni.Tangan mereka yang rosakkan semuanya kini menuding jari mencari salah dan silap kepada pihak lain apabila tidak lagi berkuasa di negeri yang mereka hilang kuasa. Bila kaum bukan Melayu sokong Umno-Bn hak Melayu tidak hilang , bila kaum bukan Melayu tidak sokong Umno-Bn hak Melayu hilang betoika macam tu?

Tu belum kira lagi siapa punya kerja yang melenyapkan tanah-tanah rezab Melayu yang tinggal sekangkang kera, yang melenyapkan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok yang hidup segan mati tak mahu kalau bukan kerja gerombolan Umno dan sekutunya.Begitu juga kerja siapa kalau bukan Umno yang mahu melenyapkan perkataan Islam kepada pertubuhan Islam.

Tangan siapa yang bunuh ustaz dan ulama di Memali yang dianggap pengganas hanya semata-mata mereka tidak mahu ditahan di bawah akta zalim ISA? Mayat-mayat mereka bergelimpangan tanpa ada belas kasihan sikit pun daripada Umno. Malah kisah mereka dilakonkan semula untuk mengiakan pembunuhan tersebut.Tun Mahathir bangga kalau Melayu Umno terus berkuasa selama-lamanya walaupun jadi pengkhianat kepada bangsa dan agama sendiri.Bagi Tun Mahathir hanya 'rojak' Umno-Bn saja yang sedap dimakan dan disumbatkan ke dalam mulut orang Melayu , 'rojak' orang lain sedap macam manapun orang Melayu tak boleh makan!

3 ulasan:

  1. Pembohong besar dah menyalak.Sejak bila mahathir nak pertahankan melayu...???

    Hanye org yg buta mata hati shj yg percaya dgn salakan mahathir tu.Hakikat nye mahathir takutkan jenayah nye selama ini terbongkar.

    Siapa pun yg berkuasa bukan soal kpd nye tetapi yg menjadi keutamaan nye ialah org itu mesti mempertahankan jenayah nye selama ini serta memelihara legasi kekuasaan di bawah restu freemason.

    BalasPadam
  2. M.C.Gay.Gay. u punya komen terpaksa diedit sikit ..
    2010 September 24 02:59

    betui..betui..betui..!!!!

    Jangan la duk percaya Mamak Kutty Pembohong tu..
    Seorang mukmin tak kan tergolek dog dalam lubang hidung dia 2 kali...

    Biaq kita terperheluih dalam lubang ***** brader A****lagi baguih...

    Mamak Kutty ni patutnya dah tergolek dog kena penangan Yasin satu stadium orang PAS kita..Tapi......something wrong somewhere la..mungkin kita satu stadium lupa mandi junub kali tu...Ayuh!!!!Kita buat Yasin sekali lagi....Kebenaran pasti muncul!!!

    Kah! Kah! Kah! Sahih hang tak approve!!!!! Kalau hg Ahlul Bait, tunjukkan keberanian anda!!!! Kalau penakut jenih nak syok sendiri..buat malu Mat Sabu saja...Cheerio!!!

    BalasPadam
  3. saya malas nak baca tulisan diatas. mungkin masa lain saya akan cuba memahami isu kandungan esei tersebut. Saya ingin meluahkan isi hati saya mengenai isu ORANG mELAYU AKAN HILANG KUASA APABILA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH.
    semua orang melayu takut hilang kuasa politik tetapi kenapa orang melayu sanggup meninggalkan umno.
    apakah pemimpin dan golongan fanatik umno masih juga mahu melihat umno tumbang dan melayu hilang kuasa
    kenapa Umno masih mahu lagi memerintah dan meminta Pas berkerjasama dan bersatu dengan umno.
    apakah umno ingat pas ini bodoh macam lembu
    kenapa pemimpin umno dr mahathir, pak lah, tengku ghazali, veteran umno yang selama ini mengaku kesilapan umno masih juga duduk dibawah ketiak umno.
    jika orang melayu hilang kuasa jangan salahkan pas dan rakyat yang mengundi pas.
    pas tidak ada jalan lain selain dari berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP. Jangan harap Pas hendak percaya lagi dengan UMNO
    Apa guna orang Melayu berkuasa kalau orang Melayu sendiri mengaut harta negara untuk orang UMNO dan perut sendiri kemudian menganaktiri dan menzalimi rakyat dan Pas. tak reti bahasa kah pemimpin umno. Eloklah rakyat sedar dan insaf. Semoga PKR dan PAS berfikirlah semasaknya supaya bila berkuasa kelak jangan pula meniru perangai UMNO. Selagi demokrasi ujud selagi itulah kuasa ditangan pengundi dan rakyat. Rakyat akan memilih parti yang terbaik. apakah semua pemimpin melayu ingin melihat negara ditawan oleh golongan bukan melayu. apakah orang melayu akan menjadi rakyat palestin. apakah orang melayu akan melontar lastik dan batu untuk mengambil semula kuasa yang telah hilang kelak.
    Allah akan menurun bala keatas golongan hambanya yang zalim .
    Nasib bangsa Melayu adalah terletak ditangan orang Melayu sendiri.
    Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selamamanaq kaum itu sendiri tidak mahu mengubah nasibnya (maksud ayat alQuran)

    BalasPadam