Ahad, 5 September 2010

Cara Zainuddin Maidin agar Cina Benci Pas Sokong Umno-BN


Dalam pru ke 10 tahun 1999 menggambarkan kebencian orang Melayu kepada Umno yang amat sangat hinggalah almarhum Fadzil Nor Presiden Pas ketika itu berjaya dijulang sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. Pada ketika itu Pas kuasai 27 kerusi parlimen mendahului parti-parti lain dalam Barisan Alternatif. Pas juga berjaya kuasai Terengganu dan juga Kelantan.Pada ketika itu orang Cina tidak bagi undi mereka kepada Dap , mereka tetap bersama MCA.

Dalam pru ke 11 tahun 2004 akibat 'gelombang biru' Pas gagal pertahankan Terengganu kerana orang Melayu ketika itu seronok dengan Islam Hadari yang dibawa Pak Lah sebagai PM yang gantikan Tun Mahathir. Kelantan yang terus dikuasai Pas tapi hanya perintah dengan 'nyawa-nyawa ikan' nyaris-nyaris terguling rebah di tangan Umno. Orang Melayu tak sokong Pas depa sokong Umno-Bn dalam pru 2004.

Kini keadaan dah berubah orang Cina pulak meluat mereka kepada Umno-Bn melebihi segala-galanya, Pujuk macam manapun dah tak jalan, Bagi bantuan berjuta pun masih tak jamin orang Cina sokong Umno-Bn. Umno tak dapat terima hakikat ini lalu ditiup api perkauman yang halal bagi Umno tidak boleh bagi puak dan kelompok yang tak sokong Umno-Bn.Umno masih tak dapat terima hakikat depa dah tak berkuasa di negeri yang mereka tumbang kepada PR. Tidur mereka tidak lena sejak keputusan pru 12 diumumkan hingga sekarang. Umno atur strategi untuk terus gula-gulakan orang Melayu supaya terus menjadi 'penagih' parti Umno supaya Umno terus berkuasa. Jika undi Melayu seperti tahun 1999 kembali kepada Pas dan orang Cina terus tolak Umno-Bn dalam pru 13 Umno akan tersungkur rebah mungkin akan ada yang lari keluar negara bersama aset mereka yang disimpan di luar negara.

Umno terpaksa buruk-burukkan Pas dengan menggunakan khidmat orang seperti Zainudin Maidin yang dah tak laku dalam masyarakat, hatta orang umno sendiri malu tengok kelaku ZAM yang tergagap-gagap dalam TV Aljazeera 'yes , no, orait, yes , no, orait' dan malukan negara sikit waktu dahulu. Zam kata Pas suruh Tunku Rahman rampas harta merdak orang Cina selepas peristiwa 13 mei 1969. Zainudin Maidin mau orang Cina yang sokong Pas , tubuh sayap dalam parti Pas sekarang ini benci kepada Pas. Awat dah 40 tahun baru Zam terhegeh-hegeh tunjuk gambaq hitam putih kata Pas benci orang Cina , suruh Tunku rampas harta orang Cina?Masa hang berkuasa dulu di Kementerian Penerangan awat tak cakap?Siapa yang akan percaya dengan manusia yang ditolak masyarakat ini?

Lepaih ni Zam akan kata pula Pas suruh Tunku rampas harta orang India pulak. Inilah orang yang dah tak dak kerja, minta simpati pimpinan Umno kot-kot ada jawatan kosong dalam kabinet PM Najib. Lagi deras menyalak lagi cepat dapat jawatan. Kalau dok diam dalam Umno sapa mau?

Berkaitan;
Pas cabar Zainuddin dedah nama-Harakahdaily
Zainudin Maidin tidak layak dianugerah Tokoh Melayu Terbilang-MSO

1 ulasan:

  1. Tokoh Melayu Terbi.... Errrrr... Opp!! oppss!! Nanti kejap! Yg nama maidin-maidin ni Melayu ke? Rasanyer macam sama dgn spesis yg ada naina-naina, merican-merican jer... Ada plak yg ada nama Kutik. Tapi lebih Melayu dari aku yang betul-betul Melayu nie. Sapa depa sebenarnya nie? Aku pun tah paham laaa!

    BalasPadam